Forum Antara Benua

Monday, January 29, 2007

Israk Mikraj Part 3

Text (Terjemahan) Forum Dunia Islam Antara Benua Ansara Jasin
Tarikh - Masa : 21 Aug'06 - 10 pm (Malaysia) / 21 Aug'06 - 12 midnite (Australia) / 21 Aug'06 - 3 am (France) / 21 Aug'06 - 2 am (Ireland) / 21 Aug'06 - 4am (South Africa) / 21 Aug'06 - 7am (Uzbekistan)
Tempat : Chat room Eagropharma (Paltalk Private Conference )
Tajuk : Light of Truth (Cahaya Kebenaran)
Perantara : garden_of_jannah
Panelis :
1. heros_de_france (France-xmrsmjasin SPM 1985)
2. naga_lawan_otromen (Australia – xmrsmjasin SPM 1990)


Soalan : Dunia sekarang, sambutan ajaran sufi dapat dilihat semakin berkembang. Malah di Eropah sendiri sambutan yang agak luar biasa terhadap ajaran sufi. Tetapi demand terhadap ajaran sufi juga telah membuka ruang kepada ajaran-ajaran sesat untuk mencari pengaruh dan pengikut. Apa komen ahli panel ?

Jawapan :

Panelis 1 : Ajaran Islam dibina berlandaskan 3 cabang ilmu. Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawwuf. Untuk menjadi muslim yang mukmin lagi muttaqin, ketiga-tiga cabang ilmu ini hendaklah dipelajari, difahami, diyakini dan diamalkan bersama. Tidak pula ajaran Islam terbina oleh Ilmu Feqah semata. Tidak juga ajaran Islam terbina oleh Ilmu Tauhid semata dan tidak juga ajaran Islam terbina atas Ilmu Tasawwuf semata.

Imam Malik pernah berkata : Seorang yang berfeqah tetapi tidak bertasawwuf adalah fasiq. Seorang yang bertasawwuf tetapi tidak berfeqah adalah kafir zindiq.

Dalam siri-siri kuliah dan tazkirah yang kita lalui bersama, kita telah didedahkan kepada tujuh aqabah berdasarkan kitab Minhajul Abidin susunan Imam Al Ghazali. Walaupun kitab Minhajul Abidin merupakan kitab ilmu Tasawwuf, namun aqabah yang pertama wajib dilalui oleh seorang Muslim untuk menjadi hamba Allah yang mukhlis ialah aqabah ILMU. Terkandung di dalamnya ketiga-tiga ilmu Fardhu Ain yang wajib dipelajari oleh setiap muslim yang berakal iaitu ilmu Tauhid, Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawwuf. Ini membuktikan ajaran sufi atau ajaran tasawwuf TIDAK dapat dipisahkan dengan dua juzuk ilmu yang lain iaitu Ilmu Tauhid dan ilmu Feqah.

Sesat. Sejauhmanakah sesuatu perkara itu diukur akan kesesatannya ? Bagaimana kita ingin tahu sesuatu perkara itu sesuatu yang haq atau sesuatu yang bathil ?

Tidak lain dan tidak bukan ialah dengan ILMU.

Dengan ilmu kita dapat menyuluh sesuatu perkara sama ada bertentangan dengan ilmu aqidah, ilmu syariat atau ilmu akhlak. Seandainya amalan atau perbuatan atau fahaman yang dibawa bertentangan dengan ilmu asas Islam, inilah yang dikatakan sesat. Walaupun tok guru jemaah tersebut mengaku Wali Besar, atau mengaku mampu berjumpa Nabi setiap masa atau mengaku boleh memindahkan ajal orang kepada orang lain atau mampu memarahi malaikat sewaktu di alam barzakh atau pandai membuat ramalan bagai kahin-kahin di zaman jahiliah. Tak ada nilai sezarah pun di sisi Allah seandainya bertentangan dengan ajaran Islam. Bahkan Rasulullah SAW dalam sabda baginda menjanjikan tempat duduk di dalam neraka buat pemuka-pemuka ajaran sesat ini.

Oleh itu kepada mereka yang berminat menceburi jalan sufi. Jangan sesekali mengabaikan ajaran asas dalam Islam iaitu Ilmu tauhid, Ilmu Feqah dan ilmu Tasawwuf. Andainya diabaikan ajaran asas tersebut, walaupun sedikit, ianya sudah pun lari dari matlamat sebenar iaitu untuk menjadi hamba Allah yang mentadbir alam ini dengan hukum-hakam yang telah Allah wahyukan kepada Rasulullah SAW.

Dan yang perkara pertama dan paling utama yang perlu dilakukan ialah dengan membetulkan niat. Niat bukan untuka melihat perkara-perkara ghaib atau benda-benda pelik. Bukan untuk memperoleh ladunni atau karomah. Kerana pengalaman kerohanian adalah anugerah Allah. Dan hal ehwal kerohanian ini adalah rahsia Allah. Sebaliknya niat untuk menjadi hamba Allah yang mampu melaksanakan titah perintah-NYA.

Panelis 2 : Arwah datuk saya pernah berkata, Sebaik-baik dan semulia-mulia karomah bukanlah disebab seseorang itu mampu terbang diudara atau berjalan di atas air. Kerana yang mampu terbang diudara adalah burung dan yang mampu bergerak di air adalah ikan. Manusia dijadikan sebaik-baik makhluk berbanding haiwan. Maka sebaik-baik dan semulia-mulia karomah ialah jika mampu mendidik manusia yang jahiliah untuk menikmati nikmat iman dan Islam. Kerana didikan itu mampu menyelamatkan dari menjadi bahan bakaran api neraka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home