Forum Antara Benua

Monday, January 29, 2007

Israk Mikraj Part 1


Text (Terjemahan) Forum Dunia Islam Antara Benua Ansara Jasin
Tarikh - Masa : 21 Aug'06 - 10 pm (Malaysia) / 21 Aug'06 - 12 midnite (Australia) / 21 Aug'06 - 3 am (France) / 21 Aug'06 - 2 am (Ireland) / 21 Aug'06 - 4am (South Africa) / 21 Aug'06 - 7am (Uzbekistan)
Tempat : Chat room Eagropharma (Paltalk Private Conference )
Tajuk : Light of Truth (Cahaya Kebenaran)
Perantara : garden_of_jannah
Panelis :
1. heros_de_france (France-xmrsmjasin SPM 1985)
2. naga_lawan_otromen (Australia – xmrsmjasin SPM 1990)


Soalan : Selain dari agama-agama yg sudah sedia ada di dunia seperti Islam, Kristian, Yahudi, Buddha & Hindu, terdapat lagi agama-agama lain yang muncul. Bagaimana kita ingin menyeru manusia kepada agama kebenaran ?

Jawapan :

Panelis 1 : Saya ingin mengajak saudara/i untuk berfikir. Apakah yg dikatakan agama itu ? Apakah semua agama dalam dunia ini sama sehingga boleh diliberalkan ? Di sini saya ingin mengajak saudara/i untuk berfikir tentang Islam dan pandangan agama lain tentang Islam.

Dalam Islam, agama adalah undang-undang atau peraturan yg lengkap dan sempurna yang didatangkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW, untuk disampaikan kepada manusia sekelian supaya manusia tunduk dan patuh kepada perintah Allah untuk mendapatkan kejayaan di dunia & di akhirat.

Pendek kata, dalam Islam terkandung segala sistem dan cara hidup. perkara-perkara yang boleh memberi kebaikan kepada umat manusia di perintah oleh Allah untuk dilaksanakan . Dan bagi mempastikan ianya dilakukan maka Allah menetapkan hukum WAJIB dan SUNAT ke atas perintah suruhan-NYA, agar umat manusia akan meletakkan tanggungjawab dan berusaha melaksanakannya.

Sementara perkara yang mendatangkan mudarat kepada manusia diperintahkan Allah untuk ditinggalkan. Dan bagi mempastikan perkara tersebut dijauhi, maka Allah menetapkan hukum HARAM & MAKRUH ke atas perintah larangan-NYA. Maka dengan itu, manusia akan menghindari dari melakukannya.

Sebab itu Islam merupakan cara hidup. Segala aspek kehidupan ada terkandung dalam Islam. Dari sekecil-kecil sistem hidup, seperti buang air di tandas, sehinggalah dalam aspek sistem kenegaraan.

Cuba cari dalam agama lain. Adakah mereka mengajar umatnya cara nak buang air ? Adakah diajar umatnya cara hendak makan ? Adakah diajar umatnya cara memiliki keluarga ? Adakah diajar umatnya perundangan negara ? Adakah diajar umatnya cara menghukum penjenayah ?

Dalam Islam, perkara yang paling hina pada kacamata manusia seperti membuang air di tandas, itu pun ada cara dan adab yang ditunjukkan dalam ajarannya. Begitu juga dalam hal ehwal kenegaraan. Islam menunjukkan cara dan adab dalam pentadbiran dan menghukum dalam perjalanan sesebuah negara. Dan apa yg ditunjukkan oleh Islam adalah sangat terperinci. Lebih terperinci dari prosedur ISO atau pun JCIA.

Agama Kristian. Adakah ditunjukkan cara-cara nak menyucikan diri selepas membuang air di tandas ? Adakah dalam agama Kristian diajar air yang mana satu suci serta menyucikan, air yg mana satu suci tetapi tidak menyucikan ? Begitu juga dalam beribadah kepada Tuhan. Adakah Kristian mengajar syarat-syarat sah & batal untuk beribadah kepada Tuhan ? Kalau tidak ada, tidakkah Kristian adalah agama yang bakal menyukarkan umatnya ?

Dalam Islam kita diajar bab TAHARAH dan cara beristinjak. Kita diajar tentang pembahagian air. Air yang mana satu boleh digunakan untuk bersuci. Dan sebagainya. Inilah keindahan Islam. Islam yang menyediakan segala kemudahan kepada umatnya untuk beramal. Umatnya hanya perlu mematuhi hukum yang telah Allah sediakan.Inilah keindahan Islam.

Cuba lihat agama-agama lain. Adakah mereka mengajar umatnya untuk hidup dengan bersistem ? Kalau kita memperincikan agama-agama tersebut, dalam persoalan ibadah, mereka sendiri masih kabur. Cuba tanya mereka, apakah rukun ibadah mereka ? Saya jamin tak ada. kalau mereka kata ada, antara satu sama lain tak akan ada keselarian. Tak ada piawai. Sebab agama yang mereka anuti adalah hasil ciptaan dan modifikasi manusia.Kalau dalam bab ibadah kepada Tuhan pun mereka sudah tidak ada sistem dan cara yang piawai. Nyata sekali ianya bukan agama kebenaran.

Islam agama fitrah. Apa yang diperintahkan oleh Allah dalam ajaran Islam adalah bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia. Fitrah kejadian manusia, inginkan kesenangan dan kemudahan. Jadi ajaran Islam menyenangkan dan memudahkan umatnya untuk beramal. Kerana setiap perintah suruh dan perintah larang dari Allah diperincikan dengan jelas untuk umat Islam beramal dengan mudah tanpa memecahkan kepala untuk berfikir membuat jalan dan kaedah untuk beramal.

Panelis 2 : Apabila kita membicarakan soal agama, kita tidak akan lepas lari dari memperkatakan hal ehwal ketuhanan dan kenabian. Ajaran Islam menitikberatkan umatnya untuk kenal kepada Allah SWT, Tuhan Sekelian Alam. Perkara pertama yang wajib diketahui dalam beragama, ialah mengenal Tuhan. Setelah kita mengenal Tuhan, barulah keyakinan dan amalan kita dapat dilaksanakan dengan ikhlas dan mutlak sebab kita sudah tahu dan kenal siapa yang disembah.

Islam mengajar umatnya tentang kewujudan zat Allah SWT yang tidak sama dengan zat makhluk. Islam juga mengajar bahawa untuk mengenal Allah SWT adalah melalui kita mengenal sifat-sifat Allah yang bersandar pada zat-NYA. Islam juga mengajar umatnya mengenal Allah melalui nama-nama Allah. Maka dari sini, pengetahuan tentang nama dan sifat Allah dijadikan pembantu dalam kita berfikir akan kewujudan dan keagungan Allah SWT.

Islam juga mengajar umatnya akan kewujudan Nabi & Rasul yang diutus oleh Allah SWT bagi menyampaikan panduan, peraturan atau pun hukum-hakam kepada umat manusia. Dan Rasul dan Nabi ini mempunyai sifat-sifat yang telah ditentukan Allah dan mereka adalah pilihan Allah, bukannya pilihan pengikut mereka.

Sekarang ramai telah wujud Nabi palsu di akhir zaman, bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW. Maka tidak hairanlah wujudnya ajaran-ajaran sesat yang bertopengkan agama. Walaupun tok-tok guru ajaran sesat ini tidak mengaku Nabi, tetapi dalam tindak tanduk mereka menggambarkan bahwa mereka mampu menerima wahyu direct dari Allah SWT.

Inilah antara intipati ajaran Islam.

Cuba kita bandingkan dalam agama-agama yang lain. Sebagai contoh Kristian. Adakah Kristian mengajar penganutnya cara-cara mengenal Tuhan ? Adakah Kristian mengajar penganutnya sifat yang wajib bagi Tuhan, sifat yang mustahil bagi Tuhan dan sifat yang harus bagi Tuhan ? Adakah Kristian mengajar penganutnya nama-nama Tuhan yang agung yang mampu membantu penganutnya untuk kenal, siapa Tuhan ? Adakah Kristian mengajar penganutnya tentang sifat-sifat Nabi dan Rasul, sifat yang wajib, sifat yang mustahil dan sifat yang harus ?

Jika Kristian mengajar penganutnya Ilmu Tauhid, saya yakin Kristian akan mengatakan Nabi ISA AS adalah salah seorang Nabi & Rasul. Mereka tidak akan mendakwa Nabi Isa AS adalah anak Tuhan. Begitu juga agama-agama yang lain seperti Buddha dan Hindu. Adakah mereka mengajar penganut agama mereka cara mengenal Tuhan ? Kalau mereka mengajar untuk mengenal Tuhan, takkan adanya penganut Hindu menyembah patung berhala yang mereka sendiri buat. Tidak akan ada juga penganut Buddha menyembah Buddha Tuhan yang mati sebab diracun. Tidak ada juga penganut Kristian menyembah Nabi Isa AS sebagai anak Tuhan. Kerana apa ? Kerana Tuhan tidak bersifat dengan sifat-sifat yang digambarkan oleh agama-agama tersebut.

Sebab itu agama-agama palsu ciptaan manusia, mengajak manusia menganut agama mereka atas dasar kesenangan duniawi. Mereka mempromosikan kehidupan sosial tanpa batasan yang nikmatnya hanya sementara. Kristian mempromosikan kematian Jesus Christ sebagai alasan kononnya Tuhan mengorbankan anaknya untuk menyelamatkan manusia. Apakah Tuhan itu lemah sehingga terpaksa mengorbankan anak sendiri ?

Yang pastinya mustahil Tuhan mempunyai anak dan untuk Tuhan menyelamatkan manusia, Tuhan tidak memerlukan sebarang syarat kerana Allah SWT sebagai Tuhan yang menjadikan alam ini, kudrah & iradah adalah milik Allah. Allah berkuasa melakukan apa saja tanpa syarat dan mustahil Allah dari memiliki sebarang sifat kelemahan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home