Forum Antara Benua

Friday, February 24, 2006

Forum Part 11

1Forum Dunia Islam Antara Benua Anjuran Bekas Pelajar MRSM
Tarikh - Masa : 4 Feb'06 - 6 am (Malaysia) / 4 Feb'06 - 8am (Australia) / 3 Feb'06 - 11pm (France) / 3 Feb'06 - 10pm (Ireland) / 3-4 Feb'06 - 12midnite (South Africa) / 4 Feb'06 - 3am (Uzbekistan)
Tempat : Chat room Eagropharma (Private Conference )
Tajuk : Manhaj Perjuangan Rasulullah SAW
Perantara : eagropharma
Panelis :
1. heros_de_france (France-xmrsmjasin SPM 1985)
2. drzali911 (Ireland – xmrsmjasin SPM 1987)
3. naga_lawan_otromen (Australia – xmrsmjasin SPM 1990 )



Soalan : Dalam usaha mendidik dan memperbaiki masyarakat, ahli panel melibatkan peranan sahabat dalam perjuangan. Sebagai penggerak sebuah gerakan atau jemaah, bagaimanakah Naqib kaedah terbaik mendidik ahli-ahli untuk menjadi sahabat dalam perjuangan, seterusnya berganding bahu bersama Naqib untuk mendidik dan memperbaiki masyarakat ?

Panelis 2 : Sahabat memang perlu ada dalam perjuangan, seperti yang disebutkan tadi. Kalau kita ingin mewujudkan masyarakat Islam yang sebenar, kita perlu punya shabat. Contohnya. Dalam sebuah masyarakat, kita dituntut melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah. Paling kurang 40 ahli jemaah. Di sini kita sudah nampak tuntutan untuk berjemaah. Begitu juga, kalau kita ingin laksanakan tuntutan fardhu kifayah yang lain. Mana ada orang yang boleh jadi cikgu, boleh jadi tentera, boleh jadi doktor, boleh jadi buruh binaan, boleh jadi jurutera, boleh jadi arkitek, boleh jadi jurujual dan sebagainya dalam satu masa secara rasmi. Ini tanda kita perlukan sahabat dalam jemaah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Dari jemaah itulah kita salurkan tanggungjawab kepada ahli-ahli yang sudah menjadi sahabat berdasarkan kepakaran dan bakat yang ada pada dia. Kalau dia berbakat di bidang perniagaaan, kita suruh dia wujudan ekonomi Islam. Kalau dia berbakat dibidang pendidikan, kita lantik dia jadi guru dan tenaga pengajar. Kalau dia berkepakaran di bidang perubatan, kita letak dia sebagai doktor. Dan sebagainya. Meletakkan tanggungjawab kepada tempat yang sesuai. Inilah keadilan. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, ini adalah penzaliman. Jadi Naqib kenalah pandai melihat watak yang ada pada ahli-ahlinya. Pandai menilai sama ada boleh dijadikan successor selepas Naqib dah tak ada atau meninggal dunia. Supaya perjuangan yang dibina tidak berkubur bersama-sama Naqib yang meninggal dunia.

Panelis 3 : Dalam mendidik anak usrah, banyak factor yang pelu diambil kira. Ianya tidak semudah berteori dan mengaku global. Sedangkan tok naqib sendiri berpandangan perasan diri sudah global. Untuk mempastikan anak-anak usrah terdidik, tok naqib itu sendiri hendaklah terdidik. Kalau tok naqib punya fikiran pun saling tak tumpah cam fikiran Salman Rushdie atau saling tak tumpah fikiran Aerial Sharon, jangan haraplah anak usrah akan berubah walaupun tok naqib mengaku berfikiran global dengan teori-teori jumudnya yang diperolehi hasil pembacaan yang dia sendiri tidak praktikkan dengan serius.

Kalau boleh keluar fatwa jemaah yang sedang berusaha melahirkan contoh ikutan adalah salah dan perlu ditutup, ke mana globalnya fikiran tok naqib. Sebuah jemaah yang lebih bersyariat secara zahir, disuruh tutup dan kembali ke sebuah jemaah yang didalamnya berlaku percampuran antara haq dan yang bathil, dari syariat mana tok naqib yang perasan global ini ambil ? Biasanya orang perasan, orang yang syok sendiri dan masuk bakul angkat sendiri ini, hidup dia memang tak ke mana. Bukan setakat tak kemana, tetapi sentiasa resah dan gelisah. Takut orang lain lebih berjaya dari dia. Sedangkan dia tak sedar bahwa kejayaannya yang sebenar ialah bila sudah masuk ke syurga. Itulah kejayaan sebenar. Tok naqib yang jumud begini, sahabat pun tak ramai. Walaupun kenalan ramai, itupun kenalan dia tak reti nak respect dia. Selalu kena kelentong dengan kenalan yang talam dua muka. Jadi tok naqib kenalah mempunyai syarat-syarat untuk melayakkan diri dia mendidik anak usrah. Jangan asyik hendak mengaku global, sedangkan kepala otaknya pun hanya sebesar separuh biji tempurung kelapa.

Syarat pertama yang perlu ada ialah seorang naqib yang faham seruan dakwah atau perjuangan. Kalau tok naqib tak faham seruan, itu yang jadi masuk bakul angkat sendiri. Perasan global, sedangkan tindakan macam musuh Islam, tidak berlaku adil dan membuat keputusan atas dasar hawa nafsu yang menafikan perjuangan orang lain. Jangankan dapat kekuatan iman, dapat ukhwah sesama jemaah pun tak berjaya. Terbarai di tengah jalan. Kini, timbul persoalan, Bagaimana ingin mengenal seruan perjuangan ? Senang saja. Tok naqib wajiblah mengenal Islam itu secara keseluruhan, bukan juzuk-juzuk tertentu saja. Kena faham dan yakin, bahawa Islam merupakan cara hidup yang syumul dan sempurna. Ini tidak. Mengaku global, tapi tidak syumul. Dia faham bab munakahat, tapi bab tauhid dia kantoi. Dia faham bab puasa, tapi bab zakat dia kantoi.

Syarat kedua ialah tok naqib kenalah mengenal diri sendiri. Tahu kelemahan dan kelebihan diri di mana. Agar kelemahan akan dia usahakan untuk perbaiki. Agar kelebihan akan diusahakan untuk berkongsi dengan anak-anak usrah. Tok naqib wajib tahu, sejauh mana tahap keimanannya kepada Allah, sama ada di peringkat iman taqlid atau iman ilmu atau iman yang hakiki. Begitu juga tahap nafsu. Tok naqib kena tahu di mana tahap nafsu dia, sama ada nafsu ammarah, lauwamah, mulhamah atau mutmainnah. Dari situ dia akan tahu bagaimana untuk mendidik diri sendiri menuju ke arah kesempurnaan dalam beribadah kepada Allah. Juga tok naqib kena pandai melihat antara akal, jiwa dan perasaan, yang mana satu kekuatan yang lebih dominan dalam dirinya. Kalau kekuatan perasaan lebih dominan, elok turun saja dari jawatan naqib. Sebab orang yang kuat perasaan mudah merajuk dan mudah kena tipu. Sebab itu senang tertipu dengan istilah global yang bombastic. Takkanlah seorang kaki merajuk layak jadi tok naqib ? Kalau anak usrah provoke sikit atau berhujjah dengannya, nanti dia terasa hati.

Syarat ketiga ialah tok naqib perlu melakukan pengawasan yang rapi ke atas dirinya dan anak-anak usrah. Antara yang perlu diawasi ialah makan minum kerana makan minumlah yang menjadi darah daging. Antaranya lagi ialah pendidikan, agar pendidikan yang disalurkan akan melahirkan salah satu dari dua golongan iaitu mujtahid atau pun mujahid yang bakal menyambung perjuangan di masa akan datang. Antara yang perlu diawasi ialah pergaulan, jangan sampai pergaulannya menjadi asbab untuk dia mencari alasan di sebalik perkataan global untuk menyembunyikan kemungkaran yang dilakukan oleh kenalan pergaulannya.

Syarat keempat ialah tok naqib mestilah menjadikan diri contoh ikutan yang baik. Kita ingin orang jadi baik, tapi kita sendiri buat maksiat. Cakap tara serupa bikin. Takkan berjaya perjuangan sebegini. Kita suruh orang jadi global, buka fikiran dan minda, tetapi fikiran tok naqib hanya sebesar separuh biji tempurung kelapa. Anak usrah pun berani mempermain-mainkan tok naqib. Depan tok naqib tunjuk baik, belakang tok naqib, anak usrah menjadikan tok naqib bagai seorang badut di sarkas.

Syarat kelima ialah mempunyai pandangan yang jauh dan mampu melihat kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Ini bukan bermakna tok naqib kena jadi ahli nujum yang kononnya mampu melihat masa akan datang. Tetapi berdasarkan pengalaman dan sejarah, naqib mampu menilai kejadian yang bakal terjadi berdasarkan pengalaman sejarah. Sebab itu yang layak menjadi tok naqib ialah orang yang mempunyai akal yang kuat yang mampu menganalisa sesuatu peristiwa dengan pantas dan mengkorelasikan peristiwa dalam corak perjuangan.

Syarat keenam ialah seorang naqib mestilah kuat kemahuan. Tidak tergugat dengan sebarang halangan. Kalau datang halangan, akan dicari jalan untuk menghapuskan halangan. By hook or by crook. Tetapi tidak mengenepikan syariat. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Kalau tok naqib boleh kata, alam cyber ini banyak halangan dalam berdakwah, itu tanda tok naqib yang tidak ada sifat kuat kemahuan. Itu juga membuktikan jumudnya pemikiran tok naqib walau dia mengaku global. Dia menjadikan alasan global untuk menyembunyikan pemikirannya yang jumud. Tok naqib, dengan kekuatan kemahuan ini, Kesukaran dalam perjuangan dapat ditundukkan. Masalah yang timbul akan diselesaikan. Tidak ada sifat putus asa atau frust dalam perjuangan.

Syarat ketujuh ialah tok naqib kena optimis dengan masa depan perjuangan. Sifat optimis ini lahir dari kefahaman tentang ilmu Islam, kesedaran tentang tanggungjawab untuk memperjuangkan Islam dan terhasil dari pemikiran dan perancangan yang teliti akan corak perjuangan yang akan dilaksanakan setelah reality praktikal membuktikan kejayaan corak perjuangan tersebut. Dari sinilah lahirnya prinsip-prinsip dalam perjuangan. Setiap pejuang mesti mempunyai prinsip dalam perjuangan. Dari prinsip itulah nanti akan lahir identity. Orang yang tak ada prinsip, dia tidak ada pegangan. Macam lalang. Maka identity yang lahir darinya ialah kejumudan. Walaupun dia mengaku teori yang digunapakai merupakan corak perjuangan yang global.

Syarat yang kelapan ialah karisme. Tok naqib kena ada karisme. Masalahnya karisme ini adalah anugerah Allah sejak lahir. Jadi dalam erti kata lain. Kalau kita sedar kita tidak punya karisme, janganlah direbutkan jawatan kepimpinan. Tak payah nak kempen-kempen untuk orang sokong kita untuk jadi Big Boss. Tak payah nak ugut-ugut orang lain yang kita rasa kononnya hendak merampas jawatan kepimpinan dari kita. Kalau sedar diri tidak ada karisme, elok senyap. Jangan dicetuskan perseteruan dengan menjadi tukang hasud dan batu api. Melaga-lagakan sesama Islam. Ini kerja munafik.

Oleh itu, letakkanlah diri kita ditempat yang sepatutnya. Kerana itulah keadilan yang dituntut oleh Islam. Barulah tidak timbul penzaliman dalam memperjuangkan Islam.

Panelis 1 : Naqib perlulah melatih ahli-ahlinya untuk menjadi seorang insan yang sempurna yakni yang bertaqwa. Cara mendidik mereka untuk menjadi insan bertaqwa ialah dengan disuburkan imannya, ditajamkan akalnya dan dipelihara kesihatan fizikalnya. Maka ahli akan beroleh kekuatan yang padu iaitu kekuatan jiwa, akal dan fizikal. Jadi, naqib perlu menilai dari semasa ke semasa pencapaian ketiga-tiga kekuatan tersebut dalam diri ahli-ahlinya. Segala kebolehan dan perkembangan di dalam ahli-ahlinya dipertimbangkan sebelum menyalurkan tanggungjawab kepada ahli tersebut. Kalau ahli, maksiat depan mata pun takut nak tegur, asyik cari memacam alasan, takkan kita nak lantik dia jadi Ketua Anak Usrah ? Kalau ketiga-tiga kekuatan iaitu akal, jiwa dan fizikal tidak diambil kira dalam pengagihan tanggungjawab, dikhuatiri penempatan carreer yang salah akan berlaku. Seorang yang patut jadi cikgu, disuruh jadi tukang masak. Seorang yang patut jadi jurubina, disuruh jadi jurutulis.

Dalam membuat penilaian terhadap seseorang ahli, naqib perlu menimbangkan perkara berikut.

50% dari daya usaha dan kemampuan menjawab permasalahan teori ilmiah dalam perjuangan.
50% dari aktiviti bersama masyarakat. Dari 50% ini, 20% dinilai dari kerajinan dan mutu ibadah. 10% dari segi kecergasan. 10% lagi dari segi kerajinan mengatur hidup seharian. 10% akhlak dalam pergaulan.
Pengawasan yang rapi oleh naqib akan mempastikan kesungguhan ahli dalam perjuangan dan melayakkan ahli menerima tanggungjawab untuk mendidik masyarakat ke arah keredhaan Allah. Dengan cara ini, bukan sahaja kejayaan dalam melahirkan kader-kader dalam perjuangan dicapai. Kejayaan dicapai kerana mampu menilai dengan lebih tepat dan dekat perkembangan ahli, malahan juga akan mengeratkan rasa ukhwah sesama naqib dan ahli. Ukhwah yang bertunjangkan rasa keimanan yang kuat. Maka akan melahirkan suatu kefahaman dalam jemaah dan keselarasan dalam setiap tindakan. Yang hak sama-sama diamalkan dan diperjuangkan. Yang bathil sama-sama dicegah dan ditentang. Di sini lahirnya identity yang disebutkan oleh saudara saya tadi. Identiti sebagai seorang yang mencari syahid. Sanggup menderita di dunia demi mengejar syahid di sisi Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home