Forum Antara Benua

Friday, February 24, 2006

Forum Part 6

Forum Dunia Islam Antara Benua Anjuran Bekas Pelajar MRSM
Tarikh - Masa : 4 Feb'06 - 6 am (Malaysia) / 4 Feb'06 - 8am (Australia) / 3 Feb'06 - 11pm (France) / 3 Feb'06 - 10pm (Ireland) / 3-4 Feb'06 - 12midnite (South Africa) / 4 Feb'06 - 3am (Uzbekistan)
Tempat : Chat room Eagropharma (Private Conference )
Tajuk : Manhaj Perjuangan Rasulullah SAW
Perantara : eagropharma
Panelis :
1. heros_de_france (France-xmrsmjasin SPM 1985)
2. drzali911 (Ireland – xmrsmjasin SPM 1987)
3. naga_lawan_otromen (Australia – xmrsmjasin SPM 1990 )

Soalan : Apa pandangan saudara pendapat yang mengatakan kita kena mendahulukan dosa besar dalam memperbetulkan sesuatu, dosa yang kecil boleh ditangguh dalam berdakwah ?
Jawapan Panelis 1 : Ni ajaran sesat mana pulak ni ? Mai habaq sat, tok guru mana cakap macam tu ? Kalau seorang pendakwah boleh berkata begitu, nasihat saya kepadanya eloklah jangan jadi pendakwah.
Sebagai pendakwah, kita menegur dosa, tak kira besar atau kecil. Apa yang berlaku di hadapan mata dan yang kita temui hendaklah ditegur, dinasihati dan diperbaiki. Bukan pejam mata pada dosa kecil dan jadikan alasan hendak tegur dosa besar dulu untuk tidak menegur dan memperbaiki perbuatan dosa kecil.
Sebab itu kepada para pendakwah dan saudara semua, saya nak nyatakan. Kami yang anda pilih untuk menjadi ahli panel dalam forum net ini, bukanlah manusia yang baik sangat dan layak untuk jadi ahli panel bagi menjawab segala persoalan saudara semua. Tetapi kami telah anda jemput sebagai ahli panel, terpaksalah kami mengisi program ini. Tapi pada pandangan kami yang jahat ini, kalau para pendakwah hanya nak tegur dosa besar dan anggap dosa kecil bukan priority, kami bertiga ini tak jadi ahli panel dalam forum ini. Mungkin sekarang kami sedang jadi ahli panel di room sex atau room maksiat yang lain.
Saya yakin, bekas MRSM Jasin kenal dengan adik saya. Dalam sejarah MRSM Jasin dialah pelajar yang bertumbuk dengan warden, bertumbuk dengan cikgu. Kalau ke pekan Jasin, bertumbuk dengan samseng Cina Jasin. Dajalnya adik saya sampai peringkat bakar sekolah MRSM. Bukan setakat itu, dengan rumah-rumah warden pun dia bakar sampai masuk berita TV. Bomba datang nak padam api, bomba pun dia pukul tak bagi padam api. Apa yang dia buat itu semua adalah dosa kecil. Bukan dosa besar seperti syirik, judi, riba dan zina. Kalau nak tunggu kita memperbaiki dosa besar baru nak memperbaiki dosa kecil, saya rasa adik saya sekarang dah bakar Twin Tower KLCC atau Putrajaya. Jadi kalau pendakwah memegang prinsip, tegur dan perbaiki dosa besar dan anggap dosa kecil tak salah, eloklah jangan jadi pendakwah. Sebab prinsip yang perlu dipegang oleh para pendakwah ialah menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Menegakkan yang makruf di mana-mana sahaja. Mencegah yang mungkar di kala kita temui kemungkaran, tak kira dosa besar atau dosa kecil. Barulah hukum-hakam syariat dapat ditegakkan dimuka bumi.
Jawapan Panelis 2 : Saya ingin menambah sedikit dari apa yang diperkatakan oleh saudara hero. Saya amat-amat bersetuju dengan jawapan saudara hero. Jika benar kita ingin berdakwah, jadilah dai’e yang mukhlis. Kalau dai’e mengatakan kena utamakan dosa besar dalam menyampaikan dakwah, dosa kecil ini kita buat tak tahu. Eloklah suruh da’ie tersebut pergi ke Gereja, kuil Hindu dan tokong Buddha. Itu semua dosa besar. Dosa menyembah berhala. Buat apa hendak sibuk-sibuk berdakwah kepada umat Islam yang tidak menyengutukan Allah. Kalau dai’e boleh kata dosa kecil tak penting. Itu tanda dai’e yang sombong yang riyak dan ujub. Dia sudah hilang rasa kehambaan dengan Allah. Dia sudah rasa diri sudah selamat dan dijamin syurga dengan apa yang dia dah lakukan.
Sebagai umat Islam yang beriman, tidak kira dosa besar atau dosa kecil, asal dikatakan dosa sahaja, tempatnya di neraka. Wal iyazubillah. Kalau dai’e boleh kata dosa kecil tak penting, itu tanda dia hanya Islam tetapi tidak beriman. Kan ada Nabi (SAW) menegur para sahabat. Nabi kata katakanlah kami sudah berIslam sebab belum beriman. Iman itu keyakinan. Iman taqlid pun iman juga. Tapi iman atas dasar ikut-ikutan. Tidak disokong dengan ilmu dan dalil. Lebih-lebih lagi tidak disokong dengan kefahaman dan keyakinan. Sebab itu ulamak mujtahidin menyatakan, orang yang beriman taqlid ini, aqidahnya tidak sah. Hakikatnya dia adalah kafir. Kalau dai’e beriman taqlid, sebab itu senang saja dia mengatakan dosa kecil tak penting. Sedangkan orang yang benar-benar mahu menghampirkan diri dengan Allah. Yang benar-benar mahu mendapat kasih sayang Allah, jangankan dosa kecil, perkara makruh pun dia tidak berani buat. Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Antara halal dan haram terdapat perkara yang syubhat. Kita dituntut meninggalkan perkara yang syubhat. Inikan pula dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar. Dosa , walau sekecil zarah, tetap balasannya di neraka. Wal iyazubillah.
Kalau kita sebagai dai’e, tidak mampu menegur dan menasihati, anggaplah ini kelemahan kita. Banyak-banyak istighfar dengan Allah dan bermunajat kepada-Nya agar diberi kekuatan untuk menunaikan kewajipan dan bukannya menjadikan alasan ……. “dosa kecil bukan tujuan utama berdakwah, kena utamakan dosa besar”…….. untuk menutup kelemahan diri sendiri dan mengatakan diri dialah yang hebat sebab hendak tegur dosa akbar.
Saya yakin, dai’e yang sebegini, dia tidak akan ke mana. Dakwahnya akan terus gagal dan gagal dan gagal. Sebab apa ? Sebab hubungan dia dengan Allah sudah cacat. Dia meremehkan perkara yang mengundang kemurkaan Allah. Orang yang macam ini, eloklah suruh dia duduk saja di rumah, dakwah dulu diri sendiri, baru boleh dakwah kepada orang lain. Sebab apa ? Sebab nanti ada pula manusia yang jahil-jahil terikut-ikut ideology yang dia bawa. Nak berjuang cara senang. Sedangkan dalam perjuangan tak ada yang senang. Alang-alang hendak senang, duduk saja di rumah dengan anak bini. Tak payah hendak berjuang.

Jawapan Panelis 3 : Orang yang sebegitu bacul dan dayus. Wallahu a’lam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home