Forum Antara Benua

Friday, February 24, 2006

Forum Part 9

Forum Dunia Islam Antara Benua Anjuran Bekas Pelajar MRSM
Tarikh - Masa : 4 Feb'06 - 6 am (Malaysia) / 4 Feb'06 - 8am (Australia) / 3 Feb'06 - 11pm (France) / 3 Feb'06 - 10pm (Ireland) / 3-4 Feb'06 - 12midnite (South Africa) / 4 Feb'06 - 3am (Uzbekistan)
Tempat : Chat room Eagropharma (Private Conference )
Tajuk : Manhaj Perjuangan Rasulullah SAW
Perantara : eagropharma
Panelis :
1. heros_de_france (France-xmrsmjasin SPM 1985)
2. drzali911 (Ireland – xmrsmjasin SPM 1987)
3. naga_lawan_otromen (Australia – xmrsmjasin SPM 1990 )

Soalan : Nama saya AAAAAAA. Saya mewakili usrah XXXXX dari Sunderland. Saya ingin melihat pandangan ahli panel berkenaan masalah yang melanda usrah kami. Ada dikalangan ahli usrah saya telah mengkhianati usrah. Mereka keluar dari usrah kami dan menyertai jemaah YYYYY. Bukan setakat itu, pengkhianat-pengkhianat itu menceritakan uslub perjuangan kami kepada jemaah YYYYY. Inilah pengkhianatan yang terbesar pada pandangan saya.

Panelis 2 : Soalan ini sekali lagi diulang sebenarnya. Kita sudah pun menjawabnya tadi. Memandangkan akhi AAAAAAAA baru saja online. Saya minta panelis yang lain untuk menjawabnya. Silakan.

Panelis 1 : Sebelum saya menjawab soalan saudara, saya nak memberikan satu siri soalan kepada saudara. Saudara tidak perlu jawab soalan ini di sini. Bawa siri soalan ini ke Sunderland. Buat usrah dengan rakan-rakan anda. Bincangkan siri soalan ini dalam usrah anda. Simpanlah jawapan kepada setiap soalan dalam diri anda.

Soalan pertama : Jemaah saudara ini sudah dijaminkan syurga yang mana sehingga marah sangat apabila ada ahli yang keluar dari jemaah saudara ?

Soalan kedua : Kalau belum dijamin syurga, pernahkah saudara terfkir dan menghisab diri dan jemaah, mengapakah ada ahli usrah saudara yang beralih arah ke jemaah lain ?

Soalan ketiga : Pernahkah saudara bandingkan amalan hukum syariat antara usrah saudara dengan pengamalan syariat jemaah YYYYY, yang mana satukah lebih kemas amalan syariat ?

Soalan keempat : Saudara menuduh ahli usrah saudara yang beralih arah adalah pengkhianat, sudahkah saudara bertanya kepadanya secara peribadi mengapa dia meninggalkan jemaah saudara ?

Soalan kelima : Setelah bertanya kepada ahli tersebut, sudahkah saudara sedar kelemahan jemaah yang saudara kendalikan ?

Soalan keenam : Kalau saudara belum bertanya kepada dia, apakah saudara sedar bahawa keadilan yang saudara perjuangkan dalam jemaah saudara adalah lebih zalim dari keadilan yang dibawa oleh mahkamah Yahudi, sebab membuat kesimpulan bahawa ahli usrah tersebut pengkhianat tanpa mengambil kira hujah pembelaan darinya ?

Soalan ketujuh : Untuk apa jemaah saudara berjuang ? Apakah untuk jemaah ? Atau untuk orang hormat dan tunduk kepada saudara ? Atau untuk orang memanggil saudara dengan gelaran "ustaz" walaupun saudara sebenarnya seorang secular yang hanya tahu menghafal 10 atau 20 surah Al Quran dan manafsir ayat Quran dan hadith berdasarkan kepala otak sendiri tanpa sokongan ilmu tafsir ?

Soalan kelapan : Pernahkah saudara bertemu dengan pemimpin jemaah YYYYY, minta nasihat bagaimana untuk menjadikan jemaah saudara lebih indah dan bersyariat dan mengenepikan rasa bodoh sombong dan ego saudara, kerana kononnya jemaah saudaralah yang tersyumul dan saudaralah yang paling handal dan hebat berdakwah sebab itu boleh pandang rendah pada jemaah-jemaah yang lain dan keluar fatwa siapa yang keluar dari jemaah saudara adalah pengkhianat ?

Di awal forum kita tadi, soalan ini telah dihuraikan. Antara jawapan yang telah dimajukan oleh saudara saya drzali ialah tentang cerita penghijrahan Nabi kita dari Mekah dan Madinah. Sewaktu Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah, Yahudi di Madinah membuat tuduhan, kononnya Rasulullah sudah berputus asa dengan rakyat Mekah. Dia lari dari Mekah dan menjadikan Madinah sebagai tempat untuk mencurahkan rasa escapism baginda. Begitulah pemikiran kaum Yahudi. Kalau saudara berpemikiran begitu seperti seorang Yahudi, saya memang tak boleh kata apa. Sebab tuduhan saudara kepada kepada ahli tersebut memang tak ada beza dengan tuduhan Yahudi Madinah kepada Rasulullah. Jadi saya nak tanya, apakah saudara memperjuangkan Islam atau memperjuangkan Yahudi ?

Rasulullah berhijrah, bukan untuk mencari jalan untuk meluahkan perasaan escapism. Tetapi hijrahnya Rasulullah adalah untuk membina kekuatan dan mencari sahabat-sahabat dalam perjuangan. Bukannya mencari sahabat-sahabat untuk buat maksiat. Setelah sahabat-sahabatnya disusun, keimanan telah teguh, role model sebuah masyarakat Islam telah terzahir. Rasulullah kembali ke Mekah, dan menakluk Mekah tanpa pertumpahan darah. Ini politik Rasulullah. Baginda cari sahabat dalam perjuangan, bina kekuatan iman dan wujudkan model untuk dicontohi. Inilah yang menjadi titik tolak kemenangan dalam menakluk Mekah dari kafir Quraisy.

Sebenarnya bukan ahli yang cabut masuk jemaah YYYYY itu yang khianat. Sebaliknya saudaralah yang khianat. Khianat kerana menyempitkan perjuangan Islam tetapi berlagak macam perjuangan saudara sudah syumul. Khianat kerana saudara meniru cara Yahudi dalam mengeluarkan fatwa ke atas sahabat yang keluar dari jemaah saudara. Khianat kerana saudara memperjuangkan jemaah dan bukannya Islam. Khianat kerana rasa diri sudah dijamin syurga. Khianat kerana berburuk sangka dengan jemaah YYYYY. Kalau diri sendiri pun tidak terdidik dengan iman dan taqwa, bagaimana ingin mendidik anak-anak usrah ? Memang patut anak usrah lari ke jemaah lain, kerana tidak dapat melihat kredibiliti jemaah saudara dalam mendidik. Orang yang ikhlas ingin berjuang akan nampak kepincangan saudara dalam mengendalikan jemaah saudara. Tetapi orang yang mempunyai mazmumah seperti saudara akan kata, saudaralah "ustaz", saudaralah "mujahid", saudaralah "mursyid", saudaralah "murabbi".

Maaf ya. Cara penyampaian saya agak keras. Sebab soalan saudara juga agak keras, dengan nada sombong dan takbur, sambil menghina sahabat-sahabat kita dari jemaah YYYYYY. Saya tidak memihak kepada sesiapa. Tapi dari gaya saudara, jelas menampakkan sifat mazmumah yang tebal. Jadi saya terpaksa gunakan kaedah Abu Yazid Bustami untuk menjawab soalan saudara. Ini baru gear satu. Ada lagi gear yang hendak saya sampaikan.

Isu kedua yang saudara timbulkan. Rasa tak senang sebab bekas ahli usrah saudara menceritakan teknik berdakwah jemaah saudara kepada jemaah barunya.

Apasal tak suka teknik dakwah kita diketahui orang ? Apasal sensitive sangat orang tahu cara kita berdakwah ?

Apa hendak kita takutkan jika teknik atau style dakwah kita selaras dengan syariat ? Melainkan, kita takut disebabkan teknik kita tidak selaras dengan syariat. Bila sudah tidak selaras dengan syariat, nanti terbukti yang perjuangan saudara bukan untuk menegakkan hukum Allah, sebaliknya untuk menegakkan hukum nafsu saudara. Apa nak takut ? Mengaku pejuang, tapi tak mahu orang tahu teknik perjuangan. Kalau tak mahu orang tahu, macam mana masyarakat nak jadi baik ? Ini berjuang apa ? Saya rasa saudara mesti tak lena tidur, sebab jemaah YYYYY dapat tarik ahli usrah saudara masuk jemaah mereka, lepas itu orang-orang dari jemaah YYYYY tahu pula cara jemaah saudara berdakwah.

Kalau uslub dakwah kita dari manhaj Rasulullah, apa kita nak takut orang tahu ? Kalau uslub dakwah kita selaras dengan syariat, apa kita nak takut ? Kalau kita yakin cara kita berjuang boleh mengajak orang kepada kejayaan dunia dan akhirat, apa kita nak takut ? Kalau sudah terbukti, cara yang kita guna, berjaya mendidik orang untuk takut kepada Allah dan tinggalkan segala larangan Allah, apa kita nak marah kalau orang tahu ?

Melainkan, uslub kita bukan dari manhaj Rasulullah tapi dari teori otak saudara. Lebih-lebih lagi tenik saudara bertentangan dengan syariat. Dan tidak terbukti telah berjaya. Saudara takut, nanti ada orang yang lebih berjaya mengkritik dan komen kelemahan saudara. Ini egolah namanya. Dah tahu bodoh, sombong , tak mahu buat perubahan. Mana nak berjaya, diri sendiri pun kalah dalam perjuangan lawan nafsu sendiri. Sebab itu senang-senang boleh kata jemaah lain tak betul, jemaah saudara saja yang betul. Sebab itu senang boleh tuduh orang yang tak mahu ikut jemaah saudara itu pengkhianat.

Jadi fikir-fikirkanlah.

Panelis 3 : Sebijik seperti apa yang berlaku di room chat Malaysia.

Seperti dinyatakan tadi. Antara factor-faktor penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah adalah untuk mengumpulkan sahabat-sahabat dalam perjuangan. Kemudian membina asas kekuatan iman. Seterusnya melahirkan role model masyarakat Islam agar ianya menjadi bukti keindahan Islam kepada mereka yang masih tidak faham Islam.

Jemaah anda agaknya sudah layakkah untuk menjadi role model ? Tak apa. Tak payah jawab. Biar saya jawabkan sendiri. Ampun maaflah. Saya tengok style anda yang memimpin usrah pun tak layak untuk nak dijadikan role model, mana mungkin jemaah atau usrah anda boleh jadi role model ?
Kalau hendak perjuangkan kebenaran tetapi dalam masa yang sama kita taram kaw kaw kemungkaran macam tak ada batas halal dan haram, mana mungkin kita boleh tegakkan kebenaran ? Sifat riyak itu bukan mungkar ? Sifat rasa jemaah sendiri itu saja dalam kebenaran bukan sifat mungkar ? Sifat buruk sangka, sampai boleh tuduh orang yang keluar dari jemaah kita tanpa ambil kira mengapa dia berhijrah itu bukan sifat mungkar ? Ini sifat Yahudi terus.

Mana mungkin kita perjuangkan Islam sedangkan diri kita saling tidak tumpah bagai seorang Yahudi ? Sebab itu kena lihat perjuangan dari sudut syariat, bukan sudut global. Global ini maksudnya seluruh. Seluruh termasuk halal dan haram. Pahala nak juga, dosa pun nak juga. Kita yang mengaku nak berjuang pun jadi lalang ditiup angin atas dasar global. Nak solat boleh, nak maksiat pun boleh. Nak zikir boleh, nak kibir pun boleh. Nak ceramah boleh, nak zina pun boleh. Nak jadi ahli sufi boleh, nak jadi tok sami pun boleh. Bila ada orang belajar agama, kita cakap pasal agama. Bila ada orang kaki rock, kita jadi metal. Bila ada bohsia, kita jadi bohjan. Ini sesumpah.

Kita memperkatakan iman, sebaliknya kitalah peruntuh iman. Kita berkata tentang ukhwah, sebaliknya kitalah yang memutuskan ukhwah.

Seperti anak-anak usrah saudara. Adakah saudara layan mereka bagai seorang sahabat atau bagai seorang pengikut ? Kita tidak nafikan, Rasulullah SAW mempunyai pengikut. Tapi Rasulullah SAW melayan mereka bagaikan sahabat. Sebab itu kalau Rasulullah SAW berada di kalangan para sahabat baginda, bagindalah yang paling nampak miskin walaupun baginda pemimpin untuk umat ini. Adakah saudara menjadikan diri saudara sahabat kepada anak-anak usrah saudara ?

Ini tidak, mengaku setiakawan dan ukhwah kononnya. Tetapi dengan syarat. Mesti layan aku macam raja. Kena hormat kat aku macam aku ini pemimpin yang mulia. Kalau aku buat salah, tak boleh tegur dan nasihat aku. Kalau aku tak suka engkau, aku boleh fitnah engkau dan ugut engkau. Adakah begini kita bersahabat ? Adakah begini kita membina ukhwah ?

Dan sahabat-sahabat saudara yang senafsu dengan saudara yang sedar kesalahan saudara, tetapi tak mampu nak tegur saudara, terus-terusan menyokong saudara walaupun tahu saudara berbuat mungkar. Atas alasan, ingin mendidik saudara cara berhikmah. Konon-kononnya himah, sedangkan saudara dan kuncu-kuncu saudara sanggup mengorbankan berpuluh-puluh orang malah ratusan orang untuk menjaga hati seorang yang fasik seperti saudara. Ini sudah zalim namanya. Hikmah apa benda. Tak bodoh punya kerja ?

Saudara ada menyebutkan khianat tadi. Bagi saya, saudara lebih khianat. Saudara tahu saudara tidak mampu didik diri saudara. Justeru itu pastinya jemaah saudara pun tidak terdidik. Alangkah khianatnya saudara jika saudara memusuhi jemaah YYYYY sekiranya jemaah YYYYY mampu mendidik anak-anak buah mereka dengan ilmu-ilmu Islam. Yang paling kurang ajar, jika saudara suruh jemaah YYYYY di hapuskan dari muka bumi, dan ahli-ahlinya masuk jemaah saudara. Syariat Nabi mana yang saudara ikut, suruh hapuskan jemaah yang mampu menjadi role model kepada masyarakat Islam, lepas itu ahli-ahli jemaah tersebut masuk dalam jemaah saudara. Sepatutnya jemaah yang gagal ikuti dan contohilah jemaah yang berjaya. Bukan sebaliknya. Mana globalnya perjuangan kita ? Yang paling perlu dipersoalkan, syariat Nabi mana yang saudara ikut ?

Apa yang saudara sebut dalam soalan saudara, membuktikan betapa sedikitnya sahabat saudara dalam perjuangan ini. Saya yakin, memang saudara tidak punya ramai sahabat. Apa yang ada di hadapan saudara, itulah sahabat. Alangkah ruginya saudara. Sepatutnya saudara menghubungkan silaturrahim dengan jemaah YYYYY, dan minta pandangan dari mereka dalam merancang corak perjuangan. Tetapi kerana keegoan saudara, saudara memusuhi jemaah YYYYY. Alangkah ruginya saudara.

Kalau hal titik bengik ini pun sudah hasad dengki. Tak payahlah nak cakap pasal perjuangan. Jangan disuburkan sifat hasad dengki ini dalam perjuangan. Menikam saudara sendiri dari belakang. Berlakon alim dan warak, sebaliknya disebalik wajah manusia itu, terselindung wajah syaitan. Ianya tidak menyumbang kepada ukhwah. Tidak menyumbang kepada keimanan. Sebaliknya kita sudah pun booking tempat di neraka Allah.

Oleh itu, saya menyeru saudara. Ubahlah pendirian dan niat saudara dan jemaah saudara. Andainya saudara tidk mahu berubah, tidak mengapa. Allah tetap mulia. Andainya saudara merasakan kesukaran untuk berubah, Allah akan gantikan tempat saudara dengan orang-orang yang lebih ikhlas, untuk mendokong perjuangan menegakkan hukum-hakam Allah.

Tadi abang saya dah isytihar. Sekali lagi saya nak isytiharkan disini. Saya dan ahli panel yang lain bukanlah orang yang terbaik di kalangan kita. Tetapi dalam kejahatan kami, di lubuk hati ini ada cita-cita untuk menjadi baik. Baru bercita-cita. Belum baik lagi. Jadi janganlah nak suburkan kejahatan kami dengan lakonan-lakonan kononnya audara seorang mujahid pendakwah yang berilmu global, sedangkan kami sendiri lebih mahir melakonkannya dari saudara. Wallahu a'lam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home