Forum Antara Benua

Friday, February 24, 2006

Forum Part 8

Forum Dunia Islam Antara Benua Anjuran Bekas Pelajar MRSM
Tarikh - Masa : 4 Feb'06 - 6 am (Malaysia) / 4 Feb'06 - 8am (Australia) / 3 Feb'06 - 11pm (France) / 3 Feb'06 - 10pm (Ireland) / 3-4 Feb'06 - 12midnite (South Africa) / 4 Feb'06 - 3am (Uzbekistan)
Tempat : Chat room Eagropharma (Private Conference )
Tajuk : Manhaj Perjuangan Rasulullah SAW
Perantara : eagropharma
Panelis :
1. heros_de_france (France-xmrsmjasin SPM 1985)
2. drzali911 (Ireland – xmrsmjasin SPM 1987)
3. naga_lawan_otromen (Australia – xmrsmjasin SPM 1990 )



Soalan : Masalah berebut pengikut, adalah masalah serius dalam gerakan dakwah sekarang. Begitu juga isu teguran oleh satu jemaah kepada jemaah yang lain. Kebiasaannya yang berlaku, apabila satu jemaah ditegur kesilapan. Jemaah yang ditegur akan mencari kesilapan jemaah yang menegur. Walau kesilapan yang kecil, akan diperbesarkan. Bagaimana jalan penyelesaian pada pandangan ahli panel ?

Panelis 3 : Senang saja. Suruh saja jemaah yang tidak boleh menerima teguran mengubah motto perjuangan mereka dari perjuangan Islam kepada perjuangan Yahudi. Begitu juga individu yang ada ilmu agama dan faham apa yang dibuatnya tak betul, tetapi kerana nak suruh orang kata diri dia betul, dia sanggup lakukan perkara yang zalim, suruh saja dia isytihar diri dia zalim atau munafik. Kan mudah begitu.Baru senang orang yang baru nak belajar berjuang kenal. Yang mana satu Islam yang tulen, yang mana satu Islam yang munafik.

Bila orang tegur kesilapan kita, kita serang. Kita hentam. Kita lanyak. Kita buruk-burukkan peribadi orang yang menegur. Apakah ini diajar kepada kita dalam Islam ? Kalau benar-benar ingin perjuangkan Islam, gunalah kaedah Islam. Berlapang-dada dengan teguran dan menghisab diri. Seterusnya perbaiki diri dan jemaah. Bukannya mencetus perseteruan. Ini perbuatan munafik. Menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran.

Saya nak tanya kepada anda semua ? Untuk apa kita berjuang dan berkorban ? Untuk apa kita eratkan ukhwah dan silaturrahim ? Adakah untuk menyuruh orang sanjung ? Adakah untuk kita memenuhkan ahli dalam jemaah kita sedangkan jemaah kita masih belum sempurna ? Adakah untuk nak suruh orang iktiraf kita sebagai orang baik ? Sedangkan Allah SWT lah yang sebaik-baik penilai.

Mengapa terjadinya begini ? Tak lain dan tidak bukan ialah faktor keimanan. Imannya sudah cacat dengan Allah. Bila iman cacat dengan Allah, sebab itu matlamat bercabang. Bila iman sudah cacat dengan Allah, sebab itu ada hasad dengki. Kalau iman tak cacat dengan Allah, dia akan sedar bahawa perjuangan ini bukanlah untuk dirinya, tetapi untuk kemuliaan Islam.

Lihat apa kata Khalid Al Walid sewaktu Khalifah Umar Al Khattab melucutkan jawatannya dari seorang Jeneral Perang kepada seorang Prebet Lapuk. Khalid Al Walid kata ....."Aku mulia kerana Islam bukan kerana jawatan".....

Nah, kalau kita mempunyai pendirian seperti Khalid Al Walid yang mulia kerana Islam, apa salah kita menerima teguran yang walaupun pahit, tetapi merupakan ubat yang mujarab untuk kita menyembuhkan kesilapan yang telah kita lakukan. Melainkan memang dia gunakan Islam untuk kepentingan peribadi dia dan kroni-kroni dia. Dia tak akan terima teguran, dan menganggap orang yang menegur itu saja nak compete dengan dia. Lalu diburuk-burukkan orang tersebut. Macam mana nak tertegak ukhwah ?

Saya menyeru, marilah kita sama-sama kembali kepada Al Quran dan Sunnah. Tekadkan hati dan satukan niat. Bahawasanya Islamlah yang patut diagungkan dan dimuliakan serta diperjuangkan bukannya jemaah dan individu di dalam jemaah.

Panelis 1 : Apa guna kita berebut pengikut. Lagi banyak pengikut, lagi banyak tanggungjawab. Kalau kita mampu mendidik tak apa. Kalau orang tegur kesilapan kita, kita isytihar perang, diri sendiri belum dididik macam mana nak dididik orang lain. Lagi banyak pengikut, lagi susah nak didik. Jangan tamak untuk ada pengikut yang ramai. Didik dulu pengikut yang sedia ada. Kadang-kadang saya lihat. Masya-Allah, cakapnya berapi-rapi. Semangat. Tapi pengikut tidak terdidik. Kemudian cerita nak tambah pengikut lagi, biar lagi ramai. Jangan tamak. Kalau pengikut ada 40 orang, yang benar-benar inginkan Islam hanya 3 atau 4 orang. Yang bakinya cuma nak gunakan Islam untuk release tension. Tak payahlah nak susah-susah cari pengikut. Buat malu saja. Tumpukan saja kepada yang sedia ada. Lebih-lebih lagi, iman kita pun belum terdidik, sebab itu niat kita ada macam-macam. Didik diri dulu. Selepas itu didik pengikut yang sedia ada. Baru fikir nak tambah pengikut.

Panelis 1 : Dari awal forum, kita sering mendengar nasihat yang menyuruh kita ikuti orang yang telah berjaya. Cuba lihat sejarah orang yang hasad dengki begitu. Pernahkah orang yang hasad dengki dan jemaahnya berjaya dalam perjuangan ? Singkaplah sejarah. Cuba bawakan saya fakta bahawa orang yang hasad dengki, berjaya dalam perjuangannya. Bawalah walau seorang pun. Saya yakin, orang yang hasad dengki ini walaupun dia sedar perjuangan dia tidak berjaya, dia akan suruh orang yang berjaya untuk ikut cara perjuangan dia.

Kalau hendak hasad dengki, baik tak payah berjuang. Bungkus sahaja jemaahnya. Bubarkan saja. Jangan bazir masa dengan orang yang hasad dengki. Melayu pula memang famous dengan hasad dengki ni. Baik golongan agama, mahupun golongan sekular. Asal nama Melayu, cukup glamour dengan hasad dengki. Walau mengaku buat MA atau PhD dibidang tasauf. Tapi diri sendiri hasad dengki. Pantang tengok kejayaan dalam perjuangan dicetus oleh orang lain. Pantang kesilapan dia ditegur oleh orang lain. Terus temperature marah dia naik.

Jangan bazirkan masa dengan orang hasad dengki. Kalau Naqib-naqib di sini ada sifat begini, tak payah berjuang. Buang masa. Anak-anak usrah pun tak payah ikut. Sebab takkan ke mana perjuangan saudara-saudari semua dengan orang dan jemaah yang hasad dengki.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home