Forum Antara Benua

Friday, February 24, 2006

Forum Part 4

Forum Dunia Islam Antara Benua Anjuran Bekas Pelajar MRSM
Tarikh - Masa : 4 Feb'06 - 6 am (Malaysia) / 4 Feb'06 - 8am (Australia) / 3 Feb'06 - 11pm (France) / 3 Feb'06 - 10pm (Ireland) / 3-4 Feb'06 - 12midnite (South Africa) / 4 Feb'06 - 3am (Uzbekistan)
Tempat : Chat room Eagropharma (Private Conference )
Tajuk : Manhaj Perjuangan Rasulullah SAW
Perantara : eagropharma
Panelis :
1. heros_de_france (France-xmrsmjasin SPM 1985)
2. drzali911 (Ireland – xmrsmjasin SPM 1987)
3. naga_lawan_otromen (Australia – xmrsmjasin SPM 1990 )

Soalan : Alam cyber merupakan satu alam yang hakikatnya tidak wujud. Sejauhmana keyakinan ahli panel, kejayaan berdakwah menggunakan saluran cyber ?
Panelis 2 : Adakah saudara kurang meyakini kejayaan berdakwah di alam cyber ?
Soalan : Saya merasakan kesukaran kejayaan di alam cyber, sebab batasan cyber terhad.
Panelis 1 : Terhad yang bagaimana ?
Soalan : Kita tidak bertemu secara zahir dengan sasaran dakwah. Hanya kenal melalui id, suara dan gambar yang ada di profile, itu pun kalau ada gambar.
Jawapan Panelis 2 : Saya nak membetulkan dahulu persepsi saudara. Alam cyber ialah suatu alam yang pada zahirnya nampak tak wujud, tetapi sebenarnya wujud. Sebab apa saya mengatakan demikian ? Sebab kita boleh berinteraksi, kita boleh berbual, kita boleh membuat urusniaga, kita boleh mencari pasaran dan macam-macam lagi kita boleh buat. Jangan disebabkan kita tak bertemu secara zahir, maka kita kata ianya tak ada. Contohnya, roh. Semua umat Islam yang beriman percaya kewujudan roh. Tapi adakah antara kita yang pernah nampak roh ? Contoh satu lagi, udara. Udara wujud sekeliling kita. Ada sesiapa nampak macam mana rupa udara ? Tak seorang pun boleh nampak udara. Tapi adakah udara wujud ? Memang wujud. Sebab kalau tak ada udara, kita semua dah mati tak bernafas. Jadi alam cyber, walaupun nampak tak wujud, sebenarnya ada. Jika orang boleh berurusniaga dan membuat keuntungan duniawi, mengapa para dai'e tidak mengambil kesempatan ini untuk membuat keuntungan akhirat ? Orang boleh jadi kaya raya melalui internet. Orang boleh kristiankan manusia lain dengan internet. Orang boleh buat dosa dan maksiat dengan internet. Takkan kita yang bercita-cita memperjuangkan Islam tak boleh gunakan internet untuk sama-sama mengajak orang menjadi hamba Allah ?

Jawapan Panelis 1 : Sebenarnya bukan dakwah di alam cyber yang terhad, tetapi mentaliti pendakwah yang mengatakan begitu yang terhad. Kita belum benar-benar terjun ke medan dakwah, kita sudah letakkan halangan dalam berdakwah. Kita memomokkan diri kita dengan mengatakan berdakwah di alam cyber ada halangan dan terhad. Sebenarnya akal dan jiwa para pendakwah sebenarnya yang terhad. Erti kata lain, dai'e yang menyokong kenyataan tadi belum bersedia untuk menjadi seorang dai'e. Fikiran dia sebenarnya yang terbatas. Terbatas disebabkan kebodohan dan kejahilan. Mungkin juga terhalang oleh keegoan. Dia tahu dia tidak mampu melakukan nasihat dan teguran, dia gunakan alasan "ada halangan dan terhad" sebagai penutup kelemahan diri sendiri. Saya tidak nampak halangan ini membataskan usaha dakwah. Kalau secara realiti, alam cyberlah yang langsung tak ada batasan. Kalau tak percaya cuba buka website lucah dan maksiat. Dedah habis. Apa yang terbatasnya ? Alam zahir, alam realiti, cuba pergi telanjang bogel kat traffic light simpang empat. Mahu ditangkap polis kalau buat begitu. Di alam cyber, nak telanjang macam mana pun polis tak terhalang. Jadi, dai'e yang mengatakan alam cyber terhad, sebenarnya mentaliti dia yang terhad. Akal dia sebenarnya yang terhad sebab tak mampu memikirkan mekanisme untuk berdakwah secara kreatif dan innovasi berdasarkan syariat.
Apa pun perancangan dan strategi yang kita buat untuk menyampaikan dakwah, letaklah hukum syariat didepan. Utamakan syariat. Kita rancang strategi, lepas itu periksa dengan ilmu syariat, sama ada ianya selaras dengan perintah Allah atau tidak. Rancanglah dengan idea yang terbaik. Wujudkan diskusi demi diskusi dengan sahabat-sahabat yang sudah berjaya. Masalahnya, kita ni jahil. Tak pandai. Dahlah jahil, ego pula tu. Tapi kita nak berlagak pandai. Bila tak mampu nak buat, kita cerita pada orang lain yang dakwah di alam cyber ni terhad dan ada halangan.
Cuba masuk PALLTALK, setiap hari ada orang di Islamkan di chat room. Kepada sesiapa yang menggunakan Yahoo Messenger boleh masuk ke room ISLAM chat. Tiap hari ada majlis pengIslaman di chat room. Jadi dai'e yang mengatakan alam cyber terbatas dan terhad, adalah ibarat katak di bawah tempurung. Dia ingat apa yang ada di dalam kepala otak dia itulah yang boleh dibuat. Tak pernah lihat kejayaan orang lain. Kalau dia lihat kejayaan orang lain, dia buat tak nampak, sebab hasad dengki. Kalau setakat buat tak nampak, boleh tahan lagi. Ini dia buruk-burukkan dai'e yang telah berjaya sebab dia tak berjaya. Kepada dai'e yang begini. Saya hendak gunakan satu istilah kepadanya kerana hasad dengki dan memburukkan orang yang menegakkan kebenaran. Laknatullah a'laihim.
Saya juga menyeru orang yang sebegini, untuk jangan mengaku sebagai dai'e. Kerana merekalah yang akan meruntuhkan kejayaan iman dan ukhwah yang dibina oleh para dai'e yang mukhlis.

Jawapan Panelis 3 : Panas wei sessi dialog. Makin rancak. Memang ramai yang berpendapat seperti yang awak katakan tadi. Entah dari mana entah tok guru yang bawa fahaman begini.
Dalam usaha kita berdakwah, persediaan diri hendaklah ada. Apakah persediaan diri ? Setidak-tidaknya kita mampu mendidik dan mentarbiah diri sendiri untuk tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Sebagaimana kita mahu orang lain mendidik kita dengan cara berhikmah, begitu jugalah seharusnya kita berhikmah dalam mendidik manusia. Anggaplah sasaran dai'e itu tetamu kita dan kita layanlah mereka sebagai tetamu. Bagaimana melayan tetamu ? Layanlah tetamu berdasarkan 3 juzuk yang dimiliki dalam diri mereka iaitu jiwa, akal dan fizikal. Arwah datuk saya berpesan ...."Jiwa dilayan dengan memberikan kekuatan iman. Akal dilayan dengan memberikan idea-idea baru dan bernas dalam usaha untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya serta menghidangkan corak perjuangan yang boleh dicapai oleh tetamu. Fizikal dilayan dengan memberikan kemudahan zahiriah untuk beribadah dan untuk berjuang."... Andainya 3 juzuk yang ada di dalam diri sendiri pun kita tidak terlayan, mana mungkin kita ingin melayan jiwa sasaran dai'e di medan dakwah ? Jiwa kita pun masih bercelaru antara dosa dan pahala. Jiwa tidak peka dengan dosa. Mana mungkin kita mahu melayan jiwa sasaran dai'e. Akal kita pun bersimpang-siur dengan ideologi orientalis. Terikat dengan pemikiran yang jumud. Terikat dengan teori-teori yang diperolehi dari pembacaan dan bukannya amalan. Mana mungkin kita mahu melayan akal sasaran dai'e ? Dari fizikal, persediaan zahiriah dalam beribadah pun sudah cacat dengan Allah dan sesama manusia. Member kamceng buat dosa, kita jadikan diri kita syaitan bisu dan sedaya upaya cuba menyembunyikan kemungkaran yang dibuat oleh kawan kita atas alasan tidak mahu mengaibkannya. Apabila ada dai'e yang menegur kesalahan kawan kita, kita serang dai'e itu secara langsung atau secara halus, sambil menuduh kononnya tiada hikmah. Kononnya tidak prihatin dengan sasaran dai'e. Mana mungkin kita melayan fizikal sasaran dai'e ? Kalau sasaran dai'e tu orang kampung yang tak pernah terdedah kepada perjuangan, mungkin kita boleh kelentong kaw kaw. Dan ajak mereka menubuhkan kumpulan Ayah Pin Generasi Kedua. Tapi orang yang professional yang mampu membezakan antara hak dan bathil, akan mengatakan kitalah pendakwah yang jumud, yang jahil muraqab, yang bacul dan dayus. Apakah kita tergolong dalam manusia yang beriman dengan separuh dari ayat Allah dan kufur dengan separuh lagi ayat-Nya ?
Kenyataan yang mengatakan usaha di alam cyber ini terhad, menandakan terbatasnya akal pejuang untuk berfikir. Ini juga adalah bukti lemahnya akal kerana tidak mampu dilayan oleh yang empunya diri. Mengapa jadi sedemikian ? Jawapannya, dia menuntut dengan kafir musyrik dalam membina perjuangan. Segala-gala maklumat untuk perjuangan hanya diperolehi dari pembacaan, bukannya dari amalan dan dia sendiri tidak pernah terjun sendiri ke medan perjuangan. Teori-teori itu dibentangkan kepada tok-tok gurunya yang kafir yang musyrik, agar tok-tok gurunya yang kafir dan musyrik mengetahui cara menyekat gerakan dakwah Islam. Setelah tok-tok gurunya yang kafir dan musyrik berpuas hati dengan usahanya, maka MA dan PhD dianugerahkan kepadanya. Jika begini sifat yang dimiliki oleh pejuang Islam, amatlah saya kesali. Tertipu dengan usahanya untuk berjuang. Disangka MA dan PhD yang diperolehi dengan menghidangkan teori-teori perjuangannya kepada musuh Islam adalah suatu pengorbanan dan perjuangan. Bodoh punya manusia.
Dakwah di alam cyber bukan setakat sampaikan ilmu di chat room, lepas tu suruh sasaran dai'e amalkan tanpa bimbingan dan panduan. Lepas bersyarah, cuci tangan......"Lantak engkaulah nak buat apa benda dengan ilmu yang kau dah dapat. Kerja aku menyampaikan bukan memimpin kau orang semua beramal. Sebab dakwah di alam cyber terhad." ..... jika sebegini pemikiran umat Islam yan mengaku pejuang, memang patut alam cyber ini lebih meriah dengan program mungkar dan maksiat. Sebab para pejuang yang jumud. Yang hanya nampak, dakwah ini hanyalah sampaikan ilmu kepada umum, lepas itu lantaklah umum nak jadi apa.
Tidak ada strategi langsung untuk mengenal pasti, siapakah orang-orang yang mampu membantu perjuangan mereka. Tiada inisiatif untuk kenal dan didik para pendengar untuk terus-terusan beramal dan berjuang menyampaikan kalimah Allah di muka bumi. Tidak terfikir untuk mendekati lebih rapat rakan-rakan di alam cyber , demi melahirkan kakuatan untuk rakan-rakan beramal. Kalau setakat buat gathering untuk lihat muka-muka awek, saya rasa kalau kita pergi ke tempat pertunjukan fashion, wajah awek yang jadi model tu cun lagi
Kalau gathering yang mengundang maksiat kita boleh anjurkan, mengapa kita tidak boleh anjurkan gathering yang bercorak ibadah ? Portal UKHWAH.COM, alhamdulillah telah mampu dan banyak kali menganjurkan program gathering bercorak ibadah. Saya ucapkan tahniah dan mendoakan program tersebut akan terus istiqamah. Kepada mereka yang buat gathering maksiat, saya ingin menyampaikan janji yang sememangnya pasti, bertaubatlah sebelum terlambat. Kerana anda sudah pun menempah tempat yang amat buruk di akhirat nanti. Jadi perjuangan di alam cyber tidak cukup dengan buka satu chat room, panggil ustaz-ustaz, paksa mereka beri kuliah tanpa sebarang perancangan dan matlamat. Semata-mata untuk isi masa terluang dan halwa telinga. Tidak ada matlamat yang jelas. Habis program balik asal. Lepas itu kita kata, dakwah di alam cyber very limited.WSebab itu dalam pendidikan Islam, yang tidak cenderung ke timur ataupun ke barat. La syarqiah wala gharbiyah. Hanya cenderung ke arah Kaabah, dalam berdakwah kita bukan setakat menitik beratkan persoalan ta'alim iaitu memberi ilmu, kita juga menitik beratkan persoalan tarbiyah. Tarbiyah wa ta'alim. Inilah dakwah. Dakwah yang dibina atas foundation tarbiyah dan ta'alim. Kalau ta'alim saja, itu bukan dakwah yang hakiki. Kalau tarbiyah saja, ilmu tidak diberi, nak tarbiyah apa benda ? Beria ilmu lepas itu terus disusuli dengan tarbiyah. Kerana natijah yang kita inginkan dalam berdakwah ialah pengamalan dan penyampaian. Inilah dakwah.
Wardina Safiyyah, dari seorang gadis liar yang tak tahu sembahyang. Setiap malam melepak di disco dan night club. Dididik dan ditarbiah oleh seorang arkitek yang menyamar menjadi seorang kerani, berchatting dengan Wardina di alam cyber. Akhirnya Wardina berubah. Aktiviti sosial yang bertentangan syariat ditinggalkan sedikit-sedikit. Amal ibadah dilaksanakan sebagai seorang Muslim walaupun pada usia sebegitu agak sukar untuk belajar Alif Ba Ta. Tetapi demi kesedaran untuk beragama, dia usahakan juga. Akhirnya, dia berjaya. Justeru itu, dia memilih lelaki yang mampu mendidiknya ke arah beragama sebagai suami.

Ini bukti yang nyata andainya kita ikhlas dalam perjuangan dan kita mahu melihat syiar Islam tertegak, kita tidak akan meletakkan sebarang halangan dalam perjuangan ini. Kalau banyak sangat songel dalam perjuangan, eloklah untuk tidak berjuang. Tinggalkan sahaja perjuangan ini kepada mereka-mereka yang pada anggapan orientalis .... "manusia gila yang mencari kedamaian melalui penderitaan. Perjuangan ditegakkan dalam suasana kesenangan dan kemudahan"....Kerana itulah yang dikehendaki oleh orientalis. Agar umat Islam yang ingin berjuang, leka dan ralit dengan kesenangan dan keindahan duniawi. Berjuang cara senang. Tak berani untuk mengorbankan kepentingan diri. Sedangkan dalam perjuangan, ia menagih pengorbanan. Tiada perjuangan yang tidak menuntut pengorbanan, sama ada berkorban harta, masa, jiwa, tenaga, keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. Yang penting dan utama ialah syiar Islam, hukum-hakam Allah tertegak di muka bumi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home