Forum Antara Benua

Monday, January 29, 2007

Farewell Ramadhan Part 3

Text Forum Dunia Islam Antara Benua Al Ansar Foundation

Tarikh - Masa : 26 Oct'06 - 10 pm (Malaysia) / 26 Oct'06 - 12 midnite (Australia) / 26 Oct'06 - 4 pm (France) / 26 Oct'06 - 3 pm (Ireland) / 26 Oct'06 - 4 pm (South Africa) / 26 Oct'06 - 7 pm (Uzbekistan) / 26 Oct'06 - 10 pm (Indonesia ) / 26 Oct'06 - 9 pm(Thailand) / 26 Oct'06 - 10 pm (Singapore) / 26 Oct'06 - 10 pm ( Brunei ) / 26 Oct'06 - 10 am (Canada) / 26 Oct'06 - 4 pm (Syria)

Tempat : Chat room Eagropharma (Paltalk Private Conference )

Tajuk : Farewell Ramadhan 1427H

Perantara : garden_of_jannah

Panelis :
1. ansari008
2. heros_de_france
3. naga_lawan_otromen


Soalan : Majoriti kita disini dari golongan fuqaha wal masakin. Miskin-miskin belaka. Sedangkan hadis menyebut orang miskin lebih hampir kepada kekufuran. Ikut hadis, orang miskin lebih hampir kepada kekufuran. Bolehkah ahli panel memperjelaskan kedudukan orang miskin dalam perjuangan Islam ?

Jawapan :

Panelis 1 :

Ada satu hadis berbunyi :

"Kemiskinan itu hampir kepada kekufuran”

Miskin ini menyebabkan kekufuran rupanya kalau ikut hadis. Jadi siapa yang miskin, dia mudah kufur. Begitukah makna hadis tu ? Kalau begitu makna hadis, bagaimana pula ada satu dalam hadis Nabi berdoa :

"Ya Allah, Ya Tuhan ku, Hidupkanlah aku sebagai seorang miskin dan matikanlah aku sebagai seorang miskin, serta bangkitkanlah aku di Hari Kiamat bersama orang yang miskin."

Macam mana ini ya ? Satu hadis kata orang miskin akan jadi kufur. Satu hadis lagi Nabi sendiri berdoa untuk jadi miskin, mati dalam keadaan miskin dan bangkit bersama orang-orang miskin. Macama mana ya ? Nabi nak ajak orang jadi kufurkah ? Kan hadis itu, Nabi sendiri minta untuk jadi miskin, dan miskin itu senang jadi kufur. Takkan Nabi menyeru agar umat jadi kufur ?

Begitu juga ada hadis dan ayat Quran yang melarang manusia melaknat dan mencela orang. Ada juga hadis dan ayat Quran yang menyuruh melaknat dan mencela orang. Dalam hadis yang mahsyur tentang Ramadhan yang baru kita lalui, Nabi mengaminkan doa Jibrail, antara doa Jibrail ialah celakalah orang yang tak ambil peluang untuk mendapat rahmat dan pengampunan Allah di bulan Ramadhan. Macam mana ya ? Nabi merestui dan redha agar orang yang tak ambil manfaat dibulan Ramadhan mendapat celaka.

Jangan kita jadi macam orang secular yang baru belajar bahasa Arab. Bila jumpa hadis begini, dia terjemah sepatah-sepatah makna dari Arab ke Melayu. Lepas itu dia berfatwa sendiri.

Ikutlah adab yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bila orang yang mendewakan asobiah memperolok-olokkan ayat-ayat Allah. Tuan Guru kembali mengupas ilmu berdasarkan pandangan dan kupasan ulamak muktabar. Sebab Tuan Guru Nik Aziz sedar, dia tak layak nak kupas ilmu. Jadi demi menegakkan kebenaran, Tuan Guru bersandar kepada ulamak-ulamak muktabar dalam menghuraikan istilah biadap, samseng yang disebut dalam Al Quran.

Di zaman Nabi S.A.W., Nabi S.A.W. pernah berkata :

"Sampaikanlah dari ku walau sepotong ayat"

Sahabat-sahabat yang mendengar, begitu ghairah untuk beramal. Bila Nabi S.A.W. bersabda pula :

"Barangsiapa mengucap LA ILAHA ILLALLAH akan masuk syurga"

Abu Hurairah terus bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain dan menyampaikan sabda Nabi S.A.W. Sehinggalah Abu Hurairah bertemu dengan Omar Al Khattab. Bila Abu Hurairah menyampaikan sabda Nabi S.A.W. kepada Omar Al Khattab. Omar Al Khattab terus menempeleng sekuat hati muka Abu Hurairah. Mengapa sahabat yang terkenal dengan ukhwah dan kasih sayang boleh menempeleng dan ditempeleng ? Peristiwa ini dirujukkan kepada Nabi S.A.W. Apa kata Nabi ? Nabi S.A.W. kata, Abu Hurairah benar, Omar Al Khattab pun benar. Dua-dua benar. Abu Hurairah benar sebab dia menyampaikan apa yang disabdakan oleh Nabi S.A.W. Omar Al Khattab juga benar sebab pada pandangan jauh Omar Al Khattab, kalau setakat ucap LA ILAHA ILLALLAH, tapi tak sembahyang, tak puasa, tak bayar zakat, memfitnah, takkan boleh masuk syurga. Omar AL Khattab khuatir, orang yang terkemudian hanya mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH tanpa melakukan amalan yang lain, sudah cukup mengharapkan untuk masuk syurga Allah.

Dua sahabat Nabi S.A.W. yang diredhai, tetapi satu hanya mengikut lurus kata sabdaan Nabi S.A.W. sementara seorang lagi berpandangan jauh dan nampak perkara yang tersirat dalam sabdaan Nabi S.A.W. Watak Omar Al Khattab watak seorang pemimpin, kerana dia berpandangan jauh. Nabi S.A.W. pernah bersabda :

"Kalau ada lagi Nabi selepas aku, Omar lah orangnya"

Untuk memperjuangkan Islam dan memimpin jemaah atau komuniti, perlu ada orang yang berpandangan jauh seperti Omar Al Khattab. Bukan orang yang berpandangan singkat yang tahu diri dia bodoh, tetapi berlagak ada banyak ilmu.

Jangan salah faham. Nanti ada pula yang kata Abu Hurairah jumud. Abu Hurairah tidak jumud. Dia hanya menyampaikan apa yang Nabi S.A.W. sabdakan. Dia tak pula menentang atau memusuhi pandangan jauh yang terhasil dari diri Omar Al Khattab. Dia berlapang dada dengan pandangan dan fatwa orang lain.

Orang jumud, mereka tak mahu menerima pandangan orang lain. Dia rasa pandangan dialah sahaja yang betul, orang lain salah belaka. Bila rasa diri sendiri betul, orang lain salah belaka, mulalah tuduh orang frust berjuang, tuduh orang tak faham uslub dakwah, fitnah sana, fitnah sini. Krisis yang berlaku sekarang, semua disebabkan orang jumud yang berlagak alim. Tak mahu menerima kenyataan bahawa orang lain lebih berpandangan jauh dari diri dia. Lalu dituduh pejuang frust, dituduh tak ada hikmah dan sebagainya. Inilah jumud sejumud-jumud manusia.

Kita orang yang hidup jauh dari zaman Nabi S.A.W. 1400 tahun jauhnya. Kalau hendak beramal, ikutlah orang yang telah Nabi S.A.W. jamin kejayaan mereka dunia dan akhirat iaitu para sahabat dan orang dizaman salafussoleh. Kalau kita ikut orang selain mereka, kita tidak boleh berlapang dada dengan pandangan jauh orang lain lalu kita hujani mereka dengan tuduhan dan fitnah.

Begitu juga bab mencela dan melaknat. Kalau kita semua menjadikan ilmu kupasan ulamak muktabar sebagai panduan beramal dengan Al Quran dan hadis, tak timbul masalah. Masalah yang timbul ialah bila kita guna akal sendiri dan berlagak macam ulamak mujtahidin, sedangkan ilmu asas fardhu ain pun kita masih belum menguasai sepenuhnya.

Sama juga dengan miskin. Miskin yang macam mana menghampiri kekufuran ? Kalau kita buka kitab Ihya Ulumiddin, Imam Ghazali mengupas di dalam bab adab pergaulan. Antaranya pergaulan dengan fakir miskin. Miskin yang menyebabkan kekufuran ialah miskin yang tidak membawa kepada sabar dan redha. Miskin yang tidak sabar dan redha. Kalau miskin yang sabar dan redha, itulah antara sifat terpuji yang mulia. Jadi kalau kita sedar makna yang tersirat yang sebenar, maka kita tidak memerangi kemiskinan, sebaliknya kita memerangi sifat tidak sabar dan tidak redha. Kita akan didik orang miskin agar sabar dan redha dengan kemiskinan. Supaya orang miskin akan bersama-sama Nabi bangkit di akhirat.

Sama juga dengan mencela dan melaknat. Kalau kita lihat keadaan mencela dan melaknat. Kalau kita juga berpandukan ilmu kupasan ulamak muktabar, kita tak memusuhi mencela dan melaknat. Di haruskan mencela dan melaknat ke atas orang yang fasiq dan munafiq yang mengajak orang buat maksiat. Dilarang mencela dan melaknat orang yang mengusahakan keimanan. Kalau semua orang berpandukan ilmu kupasan ulamak muktabar, dia tidak akan memusuhi orang yang mencela dan melaknat orang munafiq dan fasiq. Sebaliknya mereka akan memusuhi perbuatan nifaq dan maksiat yang menjadi amalan orang munafiq dan fasiq.

Sekarang totokromo umat Islam yang berjuang guna internet sudah terbalik. Ulamak muktabar salafussoleh dia tak mahu ikut. Dia suka ikut ulamak modern. Susah-susah sangat, tak jumpa ulamak, mereka guna kamus Arab-Melayu, terjemah sepatah-sepatah, lepas itu buat kesimpulan sendiri. Tak hairan orang semakin sesat. Ulamak muktabar yang sudah diberi jaminan oleh Nabi ditolak. Cara ulamak muktabar salafussoleh beramal tak diikut. Ulamak chatting yang penuh mazmumah hasad dengki dijadikan pakar rujuk. Timbullah krisis demi krisis demi krisis dalam rumahtangga sendiri. Bila ditanya mengapa dahi ulamak benjol ? Dia jawab kena baling dengan periuk belanga oleh bini tua kerana nikah dengan bini muda tak inform bini tua. Ini semua jadi sebab tak ikut cara ulamak muktabar beramal. Dia ikut nafsu, sebab itu dalam kehidupan peribadi pun berkrisis.

Kepada orang-orang awam yang masih tercari-cari kebenaran. Awas, sekarang ramai orang bukan ulamak berlagak macam ulamak. Sebab itu ada hadis . Di akhir zaman nanti akan wujud ahli-ahli pidato yang bila dia berpidato seolah-olah dia membawa kebenaran, tetapi sebenarnya dia mengajak orang membuat jalan ke neraka. Wal iya zubillahi min zalik.

Kemiskinan, amat sedikit umat Islam mengambil iktibar dan ambil kesempatan ke atas orang miskin. Orang kristian banyak ambil kesempatan. Mereka pancing orang miskin dengan duit, untuk mengkristiankan umat Islam. Orang yang berjuang dengan internet, jangankan nak Islamkan orang miskin, nak Islamkan diri sendiri pun gagal sebab sibuk berteori dan berlakon jujur.

Kesimpulannya, tak hina jadi miskin dengan syarat hendaklah sabar dan redha. Biarlah miskin tetapi sabar dan redha, kerana sifat sabar dan redha itu yang menjadi nilaian disisi Allah kerana itulah sifat orang bertaqwa. Tak salah orang miskin berjuang. Yang salah orang miskin yang tidak sabar dan redha. Kesimpulan tambahan kedua, jangan hendak memandai jadi ulamak fatwa kalau belum sempurna penguasaan cabang-cabang ilmu dalam Islam. Wallahu a'lam.

Panelis 3 : Uwais Al Qarni, sebelum dia lahir ke dunia, Rasulullah S.A.W. telah berpesan kepada Saidina Omar dan Saidina Ali untuk mencarinya. Rasulullah S.A.W. memberitahu akan ada seorang yang datang bersama-sama tentera bantuan dari Yaman, pernah kena sakit sopak dan telah sembuh dari penyakit sopaknya. Yang tinggal hanyalah bekas sopak sebesar dua dirham. Rasulullah S.A.W. sebut susur galur keturunannya dan namanya. Setiap kali ada kabilah datang dari Yaman, Saidina Omar dan Ali akan berkejar mendapatkannya dan mencari Uwais Al Qarni. Sehinggalah zaman kekhalifahan Omar, waktu itulah Uwais Al Qarni, seorang pemuda soleh, yang fakir, yang tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit ditemui oleh Saidina Omar. Pesan Rasulullah S.A.W. kepada Omar dan Ali, andai bertemu dengan Uwais Al Qarni, mintalah Uwais Al Qarni mendoakan untuk mu kerana doanya makbul.

Itulah Uwais Al Qarni. Seorang pemuda yang soleh, yang faqir tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di di langit. Walau hidup dalam kemiskinan, setiap malam Uwais akan berjalan di setiap lorong-lorong di bandar untuk mencari fakir miskin yang senasib dengannya. Andai ditemui seorang miskin yang kelaparan, Uwais akan menyelongkar tempat pembuangan sampah untuk mencari sisa-sisa makanan buangan orang. Rezeki yang diperolehi itu diberikan kepada saudaranya yang kelaparan. Justeru itu dia berdoa :

“Ya Allah , Andainya ada orang yang mati kelaparan di malam ini, jangan sesekali Kau salahkan Uwais. Uwais sudah berusaha mencari rezeki untuk disedeqahkan kepada orang yang yang kelaparan.”

Uwais berjalan lagi. Dia bertemu orang yang kesejukan dalam kedinginan malam. Uwais berusaha memanjat pokok tamar dan mendapatkan pelepah tamar. Dengan pelepah tamar itulah dia menyelimutkan orang yang kesejukan dari kedinginan malam. Lantas Uwais berdoa :

“Ya Allah, Andainya ada orang yang mati kesejukan di malam ini, jangan sesekali Kau salahkan Uwais. Uwais sudah berusaha sedaya mungkin untuk melindungi orang yang kesejukan dari kedinginan malam”

Begitulah sifat Uwais Al Qarni. Dan begitulah sepatutnya sifat fakir miskin. Walaupun hidup mereka terlalu susah dan sukar, tetapi andainya jiwa mereka terdidik dengan iman dan taqwa merekalah sebaik-baik umat. Dari merekalah terhasil senjata yang paling canggih buat pejuang Islam iaitu doa. Kerana doa faqir miskin yang sabar dan redha dengan kemiskinan adalah antara doa-doa yang makbul. Dan inilah juga tugas-tugas kita, untuk mendidik golongan fakir miskin untuk sabar dan redha dengan kemiskinan. Agar nantinya mereka boleh berperanan menjadi ahli doa buat para pejuang Islam. Dan yang paling penting ialah tugas kita untuk mendidik diri agar terus patuh kepada hukum syariat Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home