Forum Antara Benua

Friday, February 24, 2006

Forum Part 2

Forum Dunia Islam Antara Benua Anjuran Bekas Pelajar MRSM
Tarikh - Masa : 4 Feb'06 - 6 am (Malaysia) / 4 Feb'06 - 8am (Australia) / 3 Feb'06 - 11pm (France) / 3 Feb'06 - 10pm (Ireland) / 3-4 Feb'06 - 12midnite (South Africa) / 4 Feb'06 - 3am (Uzbekistan)
Tempat : Chat room Eagropharma (Private Conference )
Tajuk : Manhaj Perjuangan Rasulullah SAW
Perantara : eagropharma
Panelis :
1. heros_de_france (France-xmrsmjasin SPM 1985)
2. drzali911 (Ireland – xmrsmjasin SPM 1987)
3. naga_lawan_otromen (Australia – xmrsmjasin SPM 1990)


Soalan : Apa pandangan ahli panel berkenaan gerakan dari jemaah berbeza dalam konteks penyatuan umat Islam ? Tidakkah ianya akan memecah belahkan umat Islam ?

Panelis 2 : Kita tidak menganggap jemaah atau gerakan yang berbeza sebagai pemecah perpaduan selagi kesemuanya bersama-sama mendokong matlamat yang sama iaitu untuk menegakkan hukum syariat Allah di dunia ini. Contohnya senang. Katakanlah kita tinggal disebuah negara X. Di negara X ini, ada 10 buah keluarga yang mendiami 10 buah rumah. Maknanya satu rumah, satu keluarga. Undang-undang negara X mengatakan, semua rakyat kena pakai seluar made in China. Jadi isi rumah dalam negara tersebut memakai seluar made in China. Jadi adakah perlu kesepuluh-sepuluh keluarga itu tinggal dalam sebuah rumah dan bakar sembilan buah rumah yang lain semata-mata nak tegakkan undang-undang pakai seluar made in China ? Kalau ikut akal, ini kerja bodoh. Selagi semua rakyat pakai seluar made in China, mengapa harus dimusnahkan sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang dasar negara ? Takkan kita nak suruh orang Kelantan tinggal serumah dengan orang Melaka ? Orang Kelantan susah hendak makan pedas, tak macam orang Melaka. Orang Melaka cili padi, mereka buat ulam. Begitu juga dengan perjuangan menegakkan hukum syariat. Selagi gerakan jemaah mematuhi hukum syariat, bab-bab furu' atau masalah teknikal jangan dijadikan isu yang besar. Inilah masalah gerakan-gerakan Islam yang ada. Kita bergaduh diperingkat teknikal, sampai lupa hendak pertahankan dan perjuangkan dasar. Kita banyak bergaduh dalam menentukan kenderaan yang ingin kita naiki. Ada yang nak naik taxi, ada yang hendak naik kapalterbang, ada yang nak naik train, ada yang nak naik kapal laut. Sedangkan matlamatnya sama, hendak pergi ke Mekah. Tapi disebabkan kita sibuk bergaduh nak naik kenderaan yang mana, akhirnya kita tidak sampai ke matlamat. Saya harap, jika ada pendapat sebegini, ubahlah pemikiran itu demi melihat hukum syariat diagungkan. Wallahu a'lam.

Panelis 1 : Saya pernah ditanya berkenaan perpaduan dan perpecahan dalam gerakan Islam oleh adik saya. Saya menjawab kepadanya, yang dimaksudkan bersatu itu bukanlah semestinya bersatu dibawah satu jenama. Yang paling utama ialah kita hendaklah bersatu dari segi :

1. Bersatu dari segi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
2. Bersatu dari segi ibadah
3. Bersatu dari segi akhlak
4. Bersatu dari segi hal-hal khilafiah
5. Bersatu dari segi menentukan kawan dan lawan

Kalau kita boleh bersepakat dalam kelima-lima syarat ini, insya-Allah ada sejuta gerakan, namun setiap tindakan dan perkataan akan selari dengan syariat. Tapi, kalau salah satu dari syarat tersebut dicabuli, dalam satu jemaah pun boleh bergaduh dan pecah ukhwah. Cuba bayangkan. Sebuah jemaah, ada ahli yang kata dosa kecil tak mengapa tetapi ada ahli yang lain mengatakan dosa sekecil mana pun tak boleh sebab balasannya tetap masuk neraka. Jadi bagaimana ? Boleh bersatukah ?

Cuba bayangkan pula, satu jemaah. Ada ahli yang nak jadikan jemaah mereka laksana masjid, tetapi ada pula ahli yang nak jadikan jemaah mereka pusat pelacuran. Bagaimana ? Boleh bersatukah ?

Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan sidang hadirin-hadirat sekelian. Bersama-samalah kita memperkemaskan ilmu Islam dan mengamalkannya. Supaya kita mampu untuk membezakan yang mana satu yang halal dan yang mana satu yang haram.

Panelis 3 : Terima kasih kepada kedua-dua ahli panel kita. Saya cuma hendak menambah. Teknikal perjuangan ini banyak dan luas. Ada orang kata, kena lihat secara global. Ini pinjam kata-kata orang ni. Saya orang kampung, lahir kat kampung nelayan, tak reti nak guna istilah bombastic. Hanya pinjam kata-kata orang. Orang kata perjuangan kena lihat secara global. Kalau rasa tidak senang dengan jemaah atau gerakan yang sama-sama ingin menegakkan hukum-hakam Allah di muka bumi, saya rasa orang yang cakap nak berdakwah secara global itu pun tak faham apa benda makna global. Kecoh dengan hal-hal furu'iah, sehingga boleh menyalahkan orang lain yang ingin menegakkan hukum-hakam Allah.

Satu lagi masalah yang saya nampak, ialah budaya berebut keahlian. Kempen orang masuk jemaah dia jangan masuk jemaah lain. Sampai kalau ada orang buat program dakwah, disuruh ahli-ahli jemaahnya pulaukan program dakwah jemaah orang lain. Paling khianat, kalau ada orang yang ingin mengisi program dakwah di jemaah lain, dia tidak izinkan. Kalau boleh program dakwah di jemaahnya saja yang di isi. Bukan di jemaah lain. Seandainya terjadi begini, dimanakah keikhlasan kita dalam perjuangan ini ? Kembalilah kepada ilmu tauhid kita. Untuk apa dan kepada siapa kita menyembah dan beribadah ? Kembalilah kepada ilmu feqah kita, apakah hukum kita memusuhi sesuatu gerakan yang tidak menyalahi syariat ? Kembalilah kepada ilmu tasauf kita, tidakkah kita sudah menempah tempat di neraka kerana sifat ujub, riyak dan hasad dengki ? Jadi dimana globalnya kita jika kita berpemikiran sebegini ? Sebab itu, nilailah sesuatu berdasarkan syariat dan bukan menilai sesuatu berdasarkan global. Yang menentukan hak atau bathilnya sesebuah perjuangan adalah sejauh mana kesungguhan dalam mematuhi hukum syariat dan bukannya sejauh mana menjadi global. Kalau menjadi global sehingga berani mencampur adukkan yang halal dengan yang haram, syariat Nabi mana yang diikut itu ? Kalau menjadi global, sekejap ke masjid, selesai urusan di masjid terus berdangdut di disco, dimana hebatnya menjadi global ? Pahala mahu, dosa pun mahu. Syurga mahu, neraka pun mahu.

Memang saya tak nafikan, tak ramai sebenarnya yang inginkan Islam. Terutama di alam cyber. Bak kata orang, market dakwah di alam cyber ni kecil. Memanglah kecil, kalau keupayaan akal dan fikiran disempitkan dengan teori-teori global yang jumud. Orang yang benar-benar inginkan Islam di alam cyber memang sedikit bersesuaian dengan firman Allah ...."Sedikit sekali hamba-Ku yang bersyukur"... Tetapi bilangannya sedikit tetapi purchasing powernya tinggi dan besar, secara tidak langsung mewujudkan market yang besar. Ini pandangan orang dakwah yang sejati di alam cyber. Banyak perkara yang boleh dibuat dalam menyampaikan dakwah khususnya di alam cyber. Kita hanya perlu mematuhi syariat dalam setiap teknikal dakwah yang kita lakukan. Jangan dijumudkan pemikiran dengan teori-teori yang kita sendiri tidak praktikkan, lebih-lebih lagi jangan dijumudkan perjuangan dengan istilah bombastic. Sekian

0 Comments:

Post a Comment

<< Home