Forum Antara Benua

Friday, February 24, 2006

Forum Part 1

Forum Dunia Islam Antara Benua Anjuran Bekas Pelajar MRSM
Tarikh - Masa : 4 Feb'06 - 6 am (Malaysia) / 4 Feb'06 - 8am (Australia) / 3 Feb'06 - 11pm (France) / 3 Feb'06 - 10pm (Ireland) / 3-4 Feb'06 - 12midnite (South Africa) / 4 Feb'06 - 3am (Uzbekistan)
Tempat : Chat room Eagropharma (Private Conference )
Tajuk : Manhaj Perjuangan Rasulullah SAW
Perantara : eagropharma
Panelis :
1. heros_de_france (France-xmrsmjasin SPM 1985)
2. drzali911 (Ireland – xmrsmjasin SPM 1987)
3. naga_lawan_otromen (Australia – xmrsmjasin SPM 1990 )


Muqaddimah

Panelis 1 : Asssalamu a'laikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama-tamanya mari kita mengucap syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul dan berhimpun di majlis mingguan kita. Cuma pada kali ini majlis ini dijadikan majlis yang lebih meriah bersempena sambutan Maal Hijrah 1427 Hijri, beserta majlis syura sambutan 25 tahun MRSM Jasin yang akan diadakan tidak lama lagi.

Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, mudah-mudahan dengan mengucapkan selawat dan salam ke atas baginda, akan bertambahlah kecintaan kita kepada baginda sebagaimana kecintaan baginda kepada umatnya.

Pada saat ini, kita berhimpun untuk mengupas perjalanan perjuangan Rasulullah SAW, agar dengan kupasan dan perbincangan kita nanti, akan menghasilkan buah fikiran-buah fikiran yang bermanfaat untuk kita ceduk dan gunapakai dalam gerakan kita dalam menyeru yang maaruf dan mencegah yang mungkar. Saya berharap, selaku orang yang dipercayai oleh saudara-saudari, bukalah hati dan fikiran kita dalam sessi kupasan ini. Kerana apa yang bakal dikupas tidak semestinya indah dan manis pada penerimaan kita. Kerana di dalam menyelusuri jejak perjuangan di dunia ini, tidak pernah dijanjikan kesenangan ataupun kegembiraan. Tetapi yang dijanjikan hanyalah salah satu antara dua perkara. Iaitu kemenangan atau syahid. Jadi sama-samalah kita bersedia untuk bermuzakarah dan mengambil iktibar ilmu yang bakal kita temui. Silakan

Panelis 2 : Alhamdulillah. Terima kasih kepada saudara hero. Salam sejahtera kepada semua. Seperti yang telah dinyatakan oleh saudara kita tadi, jalan jihad ini tak pernah cantik, indah dipandang mata, tak pernah gembira. Banyak yang menangis dari ketawa. Tetapi dalam tangisan dan dalam kedukaan, ada kebahagiaan. Inilah jalan yang kita ingin tempohi. Inilah jalan yang ingin kita lalui. Dan jalan ini kita tidak ingin berhenti di sekerat jalan. Sekali kita lalui jalan ini, tidak akan kita berpaling semula ke belakang dan akan kita teruskan sehingga ke penghujung. Alangkah malangnya kalau kita sudah menderita untuk mencapai 50% perjalanan, lalu kita berpatah balik ke belakang. Oleh itu syura kita pada kali ini, agar dapat menyuntik semangat baru kepada kita untuk terus berhibur dengan penderitaan dan tangisan. Supaya kita akan sampai ke penghujung perjalanan ini bersama. Walaupun ada diantara kita datang dari pelbagai jemaah dan gerakan, tapi matlamat kita satu iaitu untuk menegakkan syariat Islam di muka bumi. Apa yang bakal kita bual bicarakan nanti bukan untuk sedap telinga mendengar, tetapi juga boleh menjadi tamparan kepada kita atas kesilapan yang kita pernah lakukan dalam perjuangan ini. Sebab itu, majlis ini agak selective agar yang mengikutinya merupakan individu-individu yang berani berhadapan dengan kenyataan dan terus menuju ke puncak perjuangan dengan penuh pengorbanan. Sekian

Panelis 3 : Assalamu a'laikum warahmatullahi wabarakatuh. Testing-testing. Boleh dengar ke ? OK Alhamdulillah. Saudara-saudari yang dikasihi sekelian. Mari kita merenung sejenak akan beberapa istilah yang sering dilafazkan dalam gerakan-gerakan Islam.

Seandainya seseorang itu banyak bersedekah, dia digelar munfiq. Seandainya seseorang itu kuat beribadah, dia digelar abid. Seandainya seseorang kuat berjuang, dia digelar mujahid. Seandainya seseorang hafaz Al Quran, dia digelar hafiz. Jika seseorang kuat berdaakwah, dia digelar dai'e. Kalau dia pandai mengubat penyakit, gelaran yang layak buat dirinya hanyalah tabib atau doktor atau tok pawang. Namun kesemuanya itu bukanlah gelaran yang sempurna yang telah terukir di dalam Al Quran yang dijanjikan syurga. Gelaran yang nyata dijanjikan syurga ialah muttaqin. Sedangkan, gelaran-gelaran yang disebutkan terlebih dahulunya tadi, hanyalah jalan-jalan untuk menuju dan mencapai gelaran muttaqin. Jadi janganlah berbangga dan berpuas hati seandainya kita hanya berjaya melalui jalan, sedangkan matlamat belum lagi dicapai.

Semoga muzakarah kita pada pagi ini akan membuahkan hasil. Kesatuan hati sesama kita dicapai walaupun berlainan jemaah gerakan. Yang penting dan utama ialah agar hukum-hakam Allah ditegakkan di mukabumi ini.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home