Forum Antara Benua

Friday, February 24, 2006

Forum Part 3

Forum Dunia Islam Antara Benua Anjuran Bekas Pelajar MRSM
Tarikh - Masa : 4 Feb'06 - 6 am (Malaysia) / 4 Feb'06 - 8am (Australia) / 3 Feb'06 - 11pm (France) / 3 Feb'06 - 10pm (Ireland) / 3-4 Feb'06 - 12midnite (South Africa) / 4 Feb'06 - 3am (Uzbekistan)
Tempat : Chat room Eagropharma (Private Conference )
Tajuk : Manhaj Perjuangan Rasulullah SAW
Perantara : eagropharma
Panelis :
1. heros_de_france (France-xmrsmjasin SPM 1985)
2. drzali911 (Ireland – xmrsmjasin SPM 1987)
3. naga_lawan_otromen (Australia – xmrsmjasin SPM 1990

Soalan : Apa pendapat ahli panel tentang peranan kepimpinan dalam geraakan dakwah ?

Panelis 2 : Kepimpinan ini merupakan salah satu alat dalam berdakwah bukannya matlamat. Janganlah dijadikan suatu isu yang besar sehingga kita melupakan matlamat perjuangan.

Panelis 3 : Kepimpinan yang selayak untuk kita teladani dan contohi ialah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Juga yang ditunjukkan oleh para sahabat radhiallahu a'nhuma serta yang ditunjukkan oleh para salafussoleh. Sebagaimana yang disebut didalam hadis yang bermaksud ....." Sebaik-baik umat ialah di kurun ku, di kurun selepas ku, dan dikurun sesudah itu ".... Maksudnya, kepimpinan yang perlu kita contohi yang dah confirm berjaya di dunia dan akhirat ialah yang ada sekitar 300 tahun dari kehidupan Rasulullah SAW. Merekalah yang boleh kita contohi. Bukannya ikut style saya, atau drzali atau abang hero. Kalau ikut style kami, insya-Allah tak berjaya. Tapi kami usahakan untuk meneladani contoh-contoh mereka yang hidup 300 tahun sekitar zaman Rasulullah SAW. Andainya ada yang dilakukan bersesuaian dan selaras dengan apa yang diamalkan oleh orang-orang yang telah berjaya, silalah contohi dan teladani. Seandainya ada sesuatu yang bersalahan dengan orang yang telah berjaya, lebih-lebih lagi bertentangan dengan syariat, silalah teguri dan nasihati kami.

Saidina Umar Al Khattab, sewaktu menjadi khalifah, pernah beliau berpidato di atas mimbar masjid Nabi. Dia menyeru rakyatnya untuk menyokongnya dalam menegakkan makrufat. Andainya dia melakukan kemungkaran, dia menyeru rakyatnya memperbetulkannya. Bangkit seorang dari rakyatnya lalu berkata, ....."andainya khalifah melakukan kemungkaran dan tidak mahu diperbetulkan, maka akan aku perbetulkan khalifah dengan mata pedang"..... Mengalir air mata Umar Al Khattab, sambil berkata ..." Aku bersyukur kepada MU Ya Allah kerana memberikan aku rakyat yang berani membetulkan penyelewengan ku " ..... Inilah yang perlu kita pelajari untuk menjadi seorang pemimpin.

Panelis 1 : Menjadi pemimpin bukanlah suatu tiket untuk kita mengaut keuntungan duniawi. Lebih-lebih lagi dalam gerakan dakwah. Kita berdakwah bukanlah untuk di sanjung, bukanlah untuk minta orang hormat kita. Kalau orang tidak hormat kita, kita musuhi dia. Menjadi seorang pemimpin merupakan suatu bebanan yang amat besar kerana tanggungjawab yang dipukul amat berat. Saya ingin berkongsi dengan saudara-saudari sekelian akan ciri-ciri yang perlu ada kepada pemimpin yang ingin memimpin gerakan dakwah. Antaranya :

1. Pemimpin mestilah dapat menguasai ilmu Syariat, mampu mengamalkan, mempertahankan dan memperjuangkan kesucian hukum syariat tersebut.
2. Pemimpin mesti mampu menyampaikan ilmu dan teknik perjuangan Islam kepada ahli-ahlinya. Pemimpin yang gagal menyampaikan doktrin perjuaangan Islam kepada pengikutnya merupakan pemimpin yang gagal.
3. Pemimpin mesti mampu menyelesaikan permasalahan pengikutnya. Setiap masalah pengikutnya merupakan maslah buat seorang pemimpin. Kegagalannya menyelesaikan masalah pengikut akan mencacatkan kewibawaannya sebagai pemimpin.
4. Pemimpin mesti mempunyai personaliti sahsiah Islamiah dalam ibadah, akhlak, tarbiah dan hubungan sesama manusia. Sifat tawaddhuk, zuhud, sabar, caring dan lain-lain sifat mahmudah mesti terkumpul dalam dirinya. Kerana nilai murni inilah yang akan menjadi cermin kepada pengikut untuk di contohi.
5. Pemimpin mesti mampu menjadualkan aktiviti jemaah yang boleh mengundang keredhaan Allah. Biar sedikit program tak mengpa, yang penting istiqamah, berkesan untuk diamalkan dan mendapat keredhaan Allah. Inilah mutu yang hakiki. Kalau banyak program tetapi tidak bermutu kerana tidak mendapat redha Allah, sebaliknya mendapat murka Allah, elok jangan dibuat program. Pemimpin harus pandai mengikuti perkembangan pengikut berdasarkan program yang disusun.
6. Pemimpin mesti pandai mengeluarkan arahan dari masa ke semasa kepada pengikut agar program yang disusun untuk jemaah diikuti dan ilmu yang diperolehi dapat diamalkan.
7. Pemimpin mesti menghargai setiap perkembangan positif yang dibuat pengikutnya sambil menyatakan kesyukuran kepada Allah. Ini akan mencetus motivasi dan kasih sayang antara pemimpin dan pengikut.
8. Pemimpin mesti berupaya mendidik doktrin perjuangan dalam diri pengikut sehingga mereka lebih mementingkan akhirat dari dunia.

Lihatlah dalam diri kita. Apakah kelapan-lapan ciri tersebut ada dalam diri kita ? Kalau ada, maknanya anda layak untuk memimpin. Kalau tak ada, jadi tak usahlah hendak berebut jawatan kepimpinan. Didiklah diri sendiri agar dapat mentaati Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home