Forum Antara Benua

Monday, January 29, 2007

Farewell Ramadhan Part 9

Text Forum Dunia Islam Antara Benua Al Ansar Foundation

Tarikh - Masa : 26 Oct'06 - 10 pm (Malaysia) / 26 Oct'06 - 12 midnite (Australia) / 26 Oct'06 - 4 pm (France) / 26 Oct'06 - 3 pm (Ireland) / 26 Oct'06 - 4 pm (South Africa) / 26 Oct'06 - 7 pm (Uzbekistan) / 26 Oct'06 - 10 pm (Indonesia ) / 26 Oct'06 - 9 pm(Thailand) / 26 Oct'06 - 10 pm (Singapore) / 26 Oct'06 - 10 pm ( Brunei ) / 26 Oct'06 - 10 am (Canada) / 26 Oct'06 - 4 pm (Syria)

Tempat : Chat room Eagropharma (Paltalk Private Conference )

Tajuk : Farewell Ramadhan 1427H

Perantara : garden_of_jannah

Panelis :
1. ansari008
2. heros_de_france
3. naga_lawan_otromen


Soalan : Apa pandangan ahli panel berkenaan tuduhan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan ada di antara ahli panel di sini tidak mahu berdakwah kepada masyarakat dan meninggalkan sasaran dakwah ?

Jawapan :

Panelis 1 : Apa itu dakwah ? Dakwah dalam bahasa Arab membawa makna seruan atau panggilan. Kita berdakwah, maknanya kita menyeru atau kita memanggil. Dari konteks Islam, ianya membawa makna menyeru untuk melaksanakan perintah yang disuruh Allah dan menyeru untuk meninggalkan perintah tegahan Allah. Saya tidak berapa jelas dengan maksud cik XXXXXXXXX tentang soalan tadi.

Memanglah tidak wajar seorang Islam, tidak mahu menyampaikan seruan dakwah. Kepada mereka yang mengikuti pengajian Fardhu Ain tentang ilmu tauhid di Faith Clinic. Kita pernah menghuraikan akan tuntutan kalimah syahadah. Salah satu tuntutan kalimah syahadah yang menjadi rukun pertama dalam 5 rukun Islam ialah menyampaikan seruan. Malah salah satu sifat yang wajib bagi Nabi ialah tabligh iaitu menyampaikan. Ini juga dakwah. Jadi jika kedapatan orang Islam yang tidak mahu menyampaikan seruan, hakikatnya dia telah berdosa.

Tapi cuba kita selidiki, benarkah ada diantara ahli panel disini tidak mahu berdakwah ? Kalau nak kata saya tidak mahu berdakwah, saya sedang menyampaikan dakwah sekarang? Nak kata ahli panel yang lain tidak mahu berdakwah dan meninggalkan dakwah ? Mereka juga bersama-sama saya memegang mikrofon untuk berdakwah.

Sepanjang seperkenalan saya dengan ahli keluarga Suhaimi, masya-Allah sejak dari dulu. Sejak zaman ayah saya, keluarga Suhaimi memang terkenal dengan hal ehwal dakwah. Maahad Muhammadi di Kota Baru, ditubuhkan oleh Almarhum Sheikh Muhammmad Fadlullah Suhaimi. Kalau keluarga Suhaimi tidak mahu berdakwah, tentu tak wujud sekolah tersebut yang masih berdiri sampai sekarang. Begitu juga Madrasah Al Maarif di Singapura, kalau keluarga Suhaimi tidak mahu berdakwah, mustahil boleh buat sekolah yang mendidik orang ke arah iman dan taqwa. Logikkan ?

PERIPENSIS (Persatuan Islam Dan Pencak Silat Singapura ) Seingat saya waktu zaman budak-budak dulu, sebelum hijrah ke Syria berlaku rusuhan kaum di Singapura. Almarhum Us. Taha Suhaimi anak kepada Sheikh Fadlullah Suhaimi, menubuhkan PERIPENSIS dan ramai orang Melayu datang bernaung dan dijadikan pusat gerakan untuk melindungi orang melayu Islam dan memperjelaskan status umat Islam kepada bukan Islam dan Cina di Singapura. Ini pun dakwah juga.

Dua orang ahli panel kita adalah adik beradik dari sebuah keluarga yang mempunyai pertalian yang rapat dengan keluarga Suhaimi. Al Ansar Foundation, ditubuhkan oleh ahli panel kita, seorang student pioneer MRSM Jasin mempunyai pertalian dengan keluarga Suhaimi. Al Ansar berkembang sebagai organisasi yang sibuk mengumpulkan anak-anak yatim dan membuat kerja kebajikan umat Islam. Matlamatnya jelas untuk menegakkan hukum Allah. Nak kata ahli panel ini tidak berdakwah, sepanjang program yang saya ceburi di Faith Clinic paltalk, setiap malam ada saudara baru yang mengucapkan syahadah dan memeluk Islam. Inikan dakwah juga.

Bagi setiap pejuang kebenaran biasalah serangan dan tuduhan dilemparkan oleh musuh-musuh Islam. Selagi apa yang kita lakukan dan perkatakan tidak bersalahan dengan syariat Allah, serangan peribadi dan tuduhan yang dilakukan oleh orang yang hasad dengki.

Musuh-musuh Islam itu adalah juga musuh-musuh Allah. Dari hadis Nabi S.A.W. ada diperjelaskan siapakah musuh-musuh Islam. Musuh-musuh Islam ada lima.

1. Syaitan
2. Nafsu
3. Muslim yang a'si yang fasiq
4. Kafir harbi
5. Munafik

Permusuhan antara kebenaran dan kemungkaran telah wujud sejak penciptaan Adam A.S. Permusuhan ini akan berterusan sehinggalah hari kiamat.

Azazil sanggup mengorbankan iman dan rela disiksa di dalam neraka kerana keegoannya untuk tidak menuruti perintah Allah. Dia jadi Iblis. Lalu dia bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam A.S. Antara cara Iblis menyesatkan anak cucu Adam A.S. dia akan menggunakan orang-orang yang hasad dengki. Iblis membisikkan dalam hati orang jahil yang hasad dengki untuk memusuhi orang yang berdakwah. Orang hasad dengki yang menyusahkan pendakwah. Merekalah yang melontarkan macam-macam tuduhan kepada orang yang berdakwah. Orang yang hasad dengki beginilah orang Islam yang a'si atau fasiq.

Iblis bukan sahaja menggunakan orang yang fasiq. Iblis cari juga orang yang ada ilmu agama. Orang yang ada ilmu agama tetapi tak beramal dengan ilmu yang dia ada. Iblis bisikkan dalam hati orang yang ada ilmu agama untuk memusuhi dan dan hasad dengki kepada orang yang berdakwah. Nanti orang yang ada ilmu agama akan terfikir dalam hati dia :

"Aku alim. Aku hafal banyak surah. Aku hafal banyak hadis. Si polan tu pulak tak hafal ayat Quran. Tak tahu hadis. Semua main taqlid. Mana layak nak berdakwah. Biar aku gunakan kedudukan aku sebagai orang alim untuk cerita pada semua orang yang si polan tu tak mahu berdakwah dan tak layak jadi pendakwah "

Ini pun ada juga dalam masyarakat kita. Orang yang tonjolkan agama, tetapi untuk tujuan membuat dosa. Inilah golongan munafiq. Tak salah kalau kita jumpa orang macam ini, kata kat batang hidung dia

"Awak ini menggunakan ayat Quran untuk menyesatkan manusia, awak ini munafiq " .

Tak salah. Tak berdosa. Imam Hassan Al Basri pernah buat. Imam Al Ghazali pernah buat. Abu Yazid Bustami pun pernah buat macam tu. Malah ramai sheikh-sheikh sufi sebelum menerima murid, orang yang datang pada dia, dia cela cukup-cukup. Agar mazmumah dan ego tertekan.

Khalifah Omar Al Khattab waktu dia jadi khalifah, sebab kuasa di tangan dia, dia tak kata terus-terang kat batang hidung orang munafiq. Style Saidina Omar , dia bunuh terus. Saidina Omar gunakan tentera didikan Saidina Muhammad Abu Basyir untuk bunuh orang-orang munafiq.

Antara berkata terus-terang dengan membunuh, kalau ikut hukum adat, membunuh lagi teruk dan lagi zalim dari kita marah, kutuk dan caci. Tapi Saidina Omar, dia tak marah, dia tak kutuk. Dia senyum bila jumpa orang munafiq. Bila dia balik ke rumah lepas berjalan malam, dia arah tentera elite dia ke rumah orang munafiq dan bunuh. Ini diceritakan dalam sejarah hidup Khulafaur Rasyidin. Ada sesiapa di antara kita yang dah dijamin syurga kat sini nak kata Saidina Omar tu tak ada hikmah ? Ada sesiapa di antara kita kat sini nak kata Saidina Omar tu tak ikut sunnah ? Kalau ada pun mungkin orang Syiah saja yang akan kata begitu. Kalau ada orang yang bukan Syiah, kata Saidina Omar tak ada hikmah, tak ikut sunnah, elok dia buat wasiat, kalau dia mati, suruh anak bini dia tanam dia kat sebelah makam Nabi. Sebab dia tu lebih mulia dan lebih layak dikebumikan di sebelah Nabi dari Saidina Omar.

Kita kena faham apa itu hikmah. Jangan kita sempitkan definisi hikmah. Orang dulu, nak dapatkan hikmah berpuasa berpantang waktu belajar agar ilmu yang dipelajari ada roh hikmah. Bila belajar sedikit, faham banyak. Bila mengajar sedikit, anak murid senang faham. Orang sekarang, baca buku Wahabi, baca buku Syiah, baca buku orientalis, baca buku Sunni, tapi tak amal. Ilmu dapat bukan untuk amal. Tapi untuk jadi modal dia bercakap. Nanti orang akan endorse dia sebagai orang alim, sebagai ustaz. Itu bukan hikmah. Itu tak ikhlas namanya. Bila depan orang ramai dia cakap agama. Bila dia seorang diri dia tak ikut agama.

Jadi hati-hati bila menerima berita dan tuduhan yang dilemparkan oleh orang fasiq dan golongan munafiq. Wallahu a'lam

Panelis 2 : Saya masih tak faham maksud saudari. Adakah saudari maksudkan tentang scenario yang berlaku antara room MXQXXXM dan adik saya ?

Penanya : Ya. Sebab sudah agak lama insiden tersebut berlaku. Tetapi pihak yang tidak berpuas hati masih menimbulkan isu yang meleret-leret. Saya tidak memihak kepada sesiapa, tetapi dakwaan yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak berpuas hati menyebabkan kredibiliti dan maruah Dr XXX XXX XXX tercemar, dan tak mustahil satu hari nanti orang akan hilang kepercayaan kepadanya. Satu lagi masalah yang timbul, pihak yang tidak berpuas hati akan mengganggu majlis ilmu, ganggu email, sehingga hilang suasana untuk belajar. Akhirnya kita terpaksa mengendalikan program secara private. Saya minta maaf jika soalan ini agak personal untuk dijawab oleh Dr XXX XXX.

Panelis 2 : Bagus. Saya suka orang yang berterus-terang macam saudari. Ramai lelaki sekarang, tak berani nak berterus-terang. Kalau kita panggil dia pondan, dia melenting. Dia bawa keluar dalil Quran dan hadis nak tunjuk dia tu lelaki. Tapi bila bini berdiri di depan, senyap menikus.

Isunya disini, ahli panel tak mahu berdakwah.

Seperti Ustaz Ansari katakan diawal tadi, setiap muslim yang mengucap syahadah wajib berdakwah iaitu wajib menyeru agar melakukan perintah suruhan oleh Allah dan perintah larangan dari Allah.

Dari prespektif chat room dan alam cyber, katakanlah ada seorang chatter yang bisu. Ya bisu. Tak boleh bercakap. Dia masuk chat room, dia baca text yang ditaip. Dia dengar syarahan yang di VC. Jadi dia tak boleh nak berVC, adakah bermakna dia tak berdakwah ?

Situasi kedua. Seorang chatter, dia boleh berbicara tetapi dia tak ada ilmu agama yang tinggi untuk dia bersyarah dan berceramah. Adakah ini bermakna dia tak berdakwah ?

Situasi ketiga. Seorang chatter, dia ada ilmu agama, tetapi dia tak ada kemahiran untuk bercakap dan bersyarah. Adakah ini bermakna dia tak berdakwah ?

Situasi keempat. Ada satu chat room katakanlah nama chat room Bendul. Di chat room tu pun ada ceramah, ada kuliah, ada VC. Kemudian Pengisi yang isi program sokmo di MXQXXXM, tak isi program di chat room Bendul, adakah bermakna Pengisi tu tak mahu berdakwah ? Adakah bermakna Pengisi tu merajuk dan meninggalkan sasaran dakwah sebab tak mengisi program di chat room Bendul ?

Zaman sekarang orang mengaku global. Tetapi pemikiran tak global. Fikiran sempit. Jumud. Tapi mengaku global. Kalau kita nyatakan realiti pada dia yang dia tu akal sempit, akal jumud, dia melenting. Dia bawa keluar ayat Quran dan hadis nak tayang pada orang yang dia tu global, fikiran luas.

Dakwah itu bukan bersyarah sahaja. Dakwah itu bukan berVC di chat room sahaja. Dakwah itu bukan dalam chat room sahaja.

Lisan. Ianya salah satu anugerah Allah. Lisan boleh digunakan sebagai salah satu alat untuk berdakwah.

Salah satu.

Bukan satu sahaja.

Lisan adalah salah satu alat untuk berdakwah. Alat dakwah ini bukan lisan sahaja. Lisan bukan segalanya.

Alat dakwah ni ada banyak. Berlambak. Selama mana tak bertentangan syariat, silakan. Jangan disebabkan orang tak ada ilmu nak disyarah, kita tuduh dia tak mahu berdakwah. Jangan disebabkan orang tak ada kemahiran bercakap, kita tuduh dia tak mahu berdakwah. Allah tak ajar macam ni. Nabi pun tak ajar. Saya pelik. Orang yang boleh bawa ayat Quran dan hadis Nabi, dia sendiri jumud. Dia sendiri sesat. Dan siapa yang ikut pendapat dia, dia jadi pula menyesatkan. Sesat lagi menyesatkan. Ini realiti.

Katakanlah, room MXQXXXM. Disebabkan orang tak berceramah kat sana, kita kata orang tu tak mahu berdakwah. Kalau macam tu Tuan Guru Nik Aziz tak berceramah kat MXQXXXM, maknanya Tuan Guru Nik Aziz tak mahu berdakwahlah ya ? Ustazah Norbahyah atau Dr Fazilah Khamsah, mereka tak bermotivasi di MXQXXXM, maknanya mereka tak berdakwahlah ya ? Dolah Badawi dia tak berceramah kat MXQXXXM, kira Dolah Badawi pun tak berdakwah dan merajuk dengan MXQXXXM. Begitukah ?

Orang sekular. Taulah belajar bahasa Arab sepatah dua perkataan. Bila terjemah makna dakwah secara lughawi, dakwah maknanya seru atau panggil. Bila seru atau panggil tu, tentulah dengan suara. Jadi orang sekular yang baru kenal Islam ni, yang baru tahu bahasa Arab sikit-sikit, nak tunjuk pandai. Nak tunjuk dia pakar bab agama. Padahal sekular. Dia terjemah sepatah-sepatah bahasa Arab. Yang dia nampak dakwah, maknanya seru. Seru kena guna suara. Jadi nak dakwah, caranya berceramah saja, bersyarah saja.

Inilah masalahnya bila orang sekular yang jahil nak tunjuk pandai. Kemudian ada lagi downline sekular yang bodoh sikit dari orang sekular yang pertama. Nampak orang sekular pertama boleh sedikit buat gempak dengan bahasa Arab, terus label Ustaz. Itu yang nampak dakwah itu hanya ada kat MXQXXXM saja. Itu yang nampak berdakwah hanyalah berVC, bersyarah, berceramah di MXQXXXM. Jumudkan ?

Kalau begitu, hebat lagi ukhti garden_of_jannah. Walaupun baru Islam dua tahun lebih, dia boleh himpun kawan-kawan dia beratus orang buat program Faith Clinic. Artis dan pelakon hollywood pun datang dengar dan berdialog. Yang lagi hebat, program garden_of_jannah tiap malam orang kafir masuk Islam. Program di MXQXXXM ada orang kafir masuk Islam ? Ini kalau kita nak tunjuk riyak kat orang jumud yang ego. Kita confront with facts and figures. Kalau dia nak tunjuk eksyen juga, bodoh sombong namanya. Siapa yang ikut dan setia pada si bodoh sombong, memang dua kali bodoh sombong.

Bukan kita nak takbur. Nanti ada pula muslimah sekular yang dua kali bodoh sombong dari tok naqib sekular room MXQXXXM hantar artikel pasal riyak dan ujub. Padahal kita nak confront guna facts and figures, supaya si bodoh sombong dan jumud berfikir. Biar terbuka tempurung kelapa yang jadi kediaman katak.

Yang saya nampak, ada beberapa sudut yang diselewengkan dan dijumudkan.

Pertama, dakwah hanyalah berVC, mengisi program di MXQXXXM. Jadi uslub cuba melahirkan contoh, itu bukan dakwahkah ? Uslub cuba melahirkan teladan dalam suasana menuntut ilmu yang tenang dan beradab berbanding suasana tok guru bagi kuliah, orang yang konon nak dengar kuliah bersembang, mengorat, mencarut, memaki hamun. Habis bagi kuliah, room jadi disco dangdut. Adakah kaedah dakwah melahirkan contoh diluar room MXQXXXM adalah salah sehingga patut dimusuhi dan diprovoke ?

Kedua, sasaran dakwah hanyalah yang ada di MXQXXXM. Jadi yang di luar MXQXXXM yang masih lagha dengan maksiat. Yang masih belum beriman. Yang masih tak kenal Allah, itu bukan sasaran dakwahkah ?

Ketiga, diajar pula dalam Forum di portal mereka, menuduh orang yang tak isi program di MXQXXXM kononnya merajuk dan tak layak jadi da'ie. Mudahkan mereka berfatwa ? Kemudian di hujung tulisan, dia bawa satu ayat Quran dan suruh orang berhati-hati membuat kenyataan. Pandaikan syaitan tipu kita ? Dia tahu, keluarkan kenyataan yang tak betul, tanpa siasatan, itu bahaya dan berdosa. Tapi dia buat tak apa. Pandaikan syaitan tipu manusia ? Guna ayat Quran lagi tu. Jangan main-main.

Yuzhirul Islam wayubtinul kufra. Menzahirkan Islam dan menyembunyikan kekufuran. Subhanallah. Inilah tanda kebesaran Allah. Dibuktikan depan mata kita, bahawa ada golongan munafik di kalangan kita yang menggunakan ayat Quran untuk memfitnah orang lain dan ajak orang lain untuk mengikut pendapat dan fatwa dia yang menyesatkan. Halus sungguh permainan syaitan.

Saya tujukan soalan-soalan dan jawapan ini kepada mereka yang mahu berfikir. Islam ini untuk orang yang berakal. Orang yan tak ada akal, gila dia tak terikat dengan syariat Islam.

Dakwah. Dakwah ini secara lisan sajakah ? Ada berapa banyak hadis dalam Sahih Bukhari ? Ada berapa hadis dalam sahih Muslim ? Begitu juga dengan hadis yang dikumpul oleh sunnan sittah yang lain. Ada berapa banyak hadis ? Adakah dengan sejumlah kesemua hadis Bukhari, Muslim, Abu Daud, An Nasaai, Termidzi dan Ibnu Majjah, itu yang membentuk ekonomi Islam, pendidikan Islam, keluarga Islam dan lain-lain lagi ? Baca hadis bab pendidikan, lepas baca "POP" terus jadi sekolah Islam. Baca hadis bab ekonomi, lepas baca "POP" terus jadi supermarket Islam. Baca dan syarah hadis bab keluarga Islam "POP" bini terus bunting ada baby dalam perut. Macam "kun fayakun". Begitukah sepatutnya ? Tidak.

Lisan, lisan juga. Tetapi yang paling penting lisan itu hendaklah dizahirkan dengan lisanul hal. Dakwah dari segi perbuatan. Cuba lihat definisi iman. Iman tu apa ? Iman ialah membenarkan dengan hati, dilafazkan dengan lidah dan dizahirkan dengan amal perbuatan. Kena zahirkan. Kena buktikan. Bagaimana hendak zahirkan ? Bagaimana hendak buktikan ? Ialah dengan amal perbuatan. Kalau setakat membenarkan dengan hati sahaja, atau melafazkan dengan lidah sahaja, tetapi dari segi perbuatan masih buat maksiat, masih buat mungkar, masih fitnah orang. Itu belum beriman namanya. Sebab tak cukup syarat definisi iman.

Kalau kita beriman dengan Allah. Hati meyakini, lidah melafazkan syahadah dan zahirkan amal perbuatan dengan melaksanakan segala perintah Allah sama ada yang perintah suruh atau pun perintah larang.

Begitu juga dakwah. Kena zahirkan dengan perbuatan. Ini mengaku pandai dakwah. Tapi isteri sendiri tak terdakwah untuk menerima Islam keseluruhan. Itu yang bila nak poligami, kena kelentong bini. Bila bini tahu suami poligami, disebabkan bini tak terdakwah, itu yang menyebabkan periuk belanga hinggap kat dahi suami. Bagaimana nak membentuk rumah ku syurga ku, kalau awal permulaan rumah tangga terpaksa buat dosa menipu ? Itu dosa satu, yang dayus takut bini tu dah satu hal. Cakap pandai, semua teori. Mainan kata-kata. Dari segi amalan, out, rejected. Nak tau layak ke tidak untuk jadi pendakwah, bukan room MXQXXXM yang jadi kayu ukuran. Bukan juga fatwa oleh ulamak besar TXXXXXXXXXK yang jadi ukuran, tapi sejauh mana kita mampu untuk tunduk dan patuh kepada hukum yang terkandung dalam Al Quran dan Sunnah. Ulamak besar TXXXXXXXXXK tu pun takut dengan bini. Tak payahlah nak ikut orang yang takut bini. Kalau dengan bini dah takut, macam mana nak berdepan dengan Yahudi dan Nasrani?

Sebab itu TXXXXXXXXXK tak pernah hubungi orang yang dituduhnya secara personal dan berbincang baik-baik. Tak salah adik saya panggil dia bacul dan dayus. Kerana begitulah sikap dia. Dia mengeluarkan kenyataan terhadap adik saya tanpa berbincang dengannya. Rasa saya mahkamah Yahudi pun lagi adil dari TXXXXXXXXXK sebab mahkamah Yahudi nak hukum orang dia bicarakan dulu. Adakah orang munafiq, yang takut bini, yang menyelewengkan makna Quran dan hadis, yang lebih zalim dari Yahudi kita nak jadikan ikutan ? Terpulang kepada saudara dan saudari untuk memikirkannya.

Pendekata, amal perbuatan yang lebih utama selepas lisan. Dakwah dalam melahirkan contoh, itu yang lebih utama dari cakap-cakap kosong. Kalau nak cakap, ramai orang boleh bercakap. Burung kakaktua pun boleh bercakap. Tapi kalau kita zahirkan dalam bentuk perbuatan, ianya telah menjadi model. Model yang menerangkan jutaan perkataan. Tak payah nak sakit tekak bersyarah. Sekian.

Panelis 3 : Terima kasih kepada yang bertanya. Adoi ada lagi rupanya isu ni. Tak habis-habis lagi. Letih melayan sebenarnya.

Pertamanya saya nak mohon ampun maaf kepada semua. Sebenarnya disebabkan sayalah, saudara dan saudari tak merasa tenang sewaktu sessi tazkirah di Teratak Ilmu dan kita terpaksa beralih ke Paltalk secara berperingkat. Itupun dilakukan dalam room private dan by invitation. Unsur-unsur provokasi yang timbul, adalah disebabkan oleh saya. Selagi saya ada, maka akan berlarutanlah provokasi-provokasi oleh mat-mat probok. Sebab itu saya mohon maaf kepada semua. Insya-Allah kita bersabarlah. Kesukaran ini hanyalah sementara.

Saya juga minta maaf kepada ahli panel yang lain. Sepatutnya soalan ini saya yang jawab sendiri, kerana ianya melibatkan soalan personal untuk saya. Tapi kedua-dua ahli panel lain menjawab. Jika ada kebaikan dan ilmu yang bermanfaat dan hujjah yang selaras dengan akal yang bersyariat, sama-samalah kita terima dan jadikan panduan.

Sebenarnya memang benar seperti yang dikatakan oleh orang yang menuduh. Memang saya tak layak jadi pendakwah. Memang benar saya tidak layak untuk berdakwah. Saya tidak layak untuk berdakwah kepada orang-orang yang pandai dan alim yang sudah dijamin syurga. Sebab saya tak ada ilmu. Ilmu saya sikit sangat dan saya belum dijamin syurga. Mana mungkin seorang yang tak ada ilmu dan belum dijamin syugra nak berdakwah kepada satu golongan yang alim, ahli fatwa dan sudah dijamin syurga ? Bila bercakap, saya hanya bertaqlid kepada apa yang diajar oleh arwah datuk saya. Sikit sangat saya bawakan ayat Al Quran atau pun sabda Rasulullah S.A.W. dalam percakapan atau sembang-sembang saya. Sebab itu saya bertungkus lumus untuk belajar dan menimba ilmu di Teratak Ilmu. Jadi kalau mereka menuduh saya jahil, tak layak jadi da'ie, maka itu adalah memang wajar. Mana mungkin seorang yang tak ada ilmu macam saya nak berdakwah kepada orang-orang yang alim dan telah dijamin syurga ? Mereka mampu mengupas ilmu agama lebih baik dan pandai dari imam-imam mujtahidin dan salafussoleh walau mereka belajar macam mana nak kira duit ribak. Lihat saja mereka bawa ayat Quran dan hadis, tak guna pun kaedah usul fiqh, tak guna mustalahal hadis, tak guna asbabun nuzul, terus ambil makna zahir ayat Quran atau hadis, terus berfatwa. Hebat. Sungguh hebat. Ulamak salafussoleh pun dia boleh kondem, itu kehebatan ilmu mereka. Hebat. Jadi siapalah saya nak dakwah mereka. Saya jahil.

Saya cuma nak bawakan satu cerita. Cerita ya. Bukan fatwa. Saya nak cerita pasal Rasulullah S.A.W. Cerita ini pun arwah datuk saya yang cerita kepada saya. Saya cuma ulang tayang saja disini.

Rasulullah S.A.W. dilahirkan di Mekah. Di Mekah dia mulakan dakwah dengan sembunyi-sembunyi. Rasulullah S.A.W. Sebelum Rasulullah S.A.W. isytihar bahawa dia adalah Rasul akhir zaman, Muhammad Bin Abdullah digelar sebagai Al Amin. Baik Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufian dan semua orang di Mekah mengenali Muhammad sebagai Al Amin. Tetapi bila Muhammad mengisytiharkan bahawa dirinya adalah Rasul akhir zaman, sekelip mata gelaran Al Amin diubah kepada gelaran ahli sihir, gila, majnun dan entah apa-apa gelaran lagi yang saya tak tahu nak sebut. Maka sejak itulah Nabi S.A.W. dimusuhi. Sehinggalah Nabi S.A.W. diperintahkan berhijrah ke Yathrib. Dulu nama Yathrib, sekarang orang kenal sebagai Madinah.

Di Madinah, Rasulullah S.A.W. telah berdakwah kepada kaum Auz dan Khazraj. Suatu ketika sebelum Auz dan Khazraj kenal siapa Muhammad Bin Abdullah, dua kabilah ni dilaga-lagakan oleh bangsa Yahudi. Tetapi setelah kedua-dua kabilah ini menerima iman, Islam dan ihsan, lahirlah ukhwah dan kasih sayang sesama mereka. Dan Rasulullah S.A.W. menyatukan kedua-dua kabilah ini dan diberi nama baru baginya iaitu ANSAR. Golongan ansar inilah yang menerima Rasulullah S.A.W. tatkala baginda di sukarkan dan ingin dibunuh oleh kafir Quraisy. Ansar ini juga yang sanggup berkorban demi kesejahteraan dan keselamatan iman kaum muhajirin. Dan kaum Ansar ini juga merupakan ahli-ahli Badar yang turut sama berperang dan gugur sebagai syuhada.

Di Madinah, Rasulullah S.A.W. melahirkan contoh. Menjadikan Madinah role model. Di wujudkan sistem ekonomi. Diwujudkan sistem kesihatan. Diwujudkan sistem kebajikan. Diwujudkan sistem pendidikan. Diwujudkan sistem ketenteraan walaupun jumlah anggota tenteranya yang pertama bilangannya hanyalah 313 orang dan bersenjatakan pelepah tamar. Segala sistem keperluan hidup yang berbentuk fardhu kifayah terzahir dan menjadi realiti di Madinah. Akhirnya Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia yang mempunyai segala sistem pentadbiran. Madinah menjadi role model kepada pembangunan segala sistem kemasyarakatan yang ada didunia ini dari dulu, kini dan selamanya.

Persoalannya. Adakah Rasulullah S.A.W. merajuk dan tidak mahu berdakwah kepada kafir Quraisy Mekah ? Patutkah kita kata Rasulullah S.A.W. tidak mahu berdakwah kepada Quraisy Mekah ?

Persoalannya lagi. Adakah Rasulullah S.A.W. meninggalkan sasaran dakwah ? Patutkah kita menuduh Rasulullah S.A.W. meninggalkan sasaran dakwah ?

Persoalan-persoalan itu merupakan antara tuduhan yang dilemparkan oleh Abu Lahab ke atas Rasulullah S.A.W. Abu Lahab cuba menggambarkan Rasulullah S.A.W. frust dalam perjuangan lalu lari ke Madinah sebagai jalan escapism. Saya rasa familiar pulak tuduhan yang saya terima dengan tuduhan yang Rasulullah S.A.W. terima. Ada keturunan Abu Lahab ke kat chat room MXQXXXM ? Elok buat DNA test.

Dua persoalan yang saya ceritakan tadi itu saya serahkan kepada saudara dan saudari untuk memikirkan jawapannya berdasarkan akal fikiran yang bersyariat. Akal fikiran yang bersyariat ya, bukan akal fikiran yang bersarat. Akal fikiran yang bersarat tu dah jadi lain. Sarat dengan buruk sangka, sarat dengan mazmumah, sarat dengan rasa ujub, sarat dengan idea penipu, sarat dengan rasa phobia, sarat dengan hasad dengki, sarat dengan rasa dendam. Jadi kenalah nilai dengan akal yang bersyariat.

Jadi inilah yang ingin dilakukan oleh jemaah nuqaba' di Teratak Ilmu. Mereka ingin menjadikan Teratak Ilmu role model walau dalam kedaifan. Saya ulangi lagi. Nak buat Role Model. Role Model. R - O - L - E - M - O - D - E - L.

Ini yang jemaah nuqaba' Teratak Ilmu sedang usahakan dalam keadaan daif. Yalah mana tak daif, tukang isi program tak ada ilmu. Program pulak hanya 7 slot seminggu berbanding chat room yang lain. Chat room yang lain sampai 21 slot seminggu. Pengisi slot di chat room lain semua banyak ilmu dan hebat-hebat belaka. Bukan pengisi sahaja banyak ilmu, yang jadi ahli pun hebat-hebat ilmu mereka. Daripada moderator, pengisi program sampailah kepada ahli-ahli mampu berijtihad berdasarkan " Pada pandangan saya ...bla bla bla...." , "Pada fikiran saya ...bla bla bla bla ...". Hebatkan. Sumber hukum sudah bertambah kepada lima iaitu pada pandangan peribadi saya. Dan kehebatan sumber hukum yang kelima inilah mengoverride kesemua sumber-sumber hukum dan ilmu usul yang ada. Hebat, cukup hebat mereka ini.

OK, berbalik kepada cerita saya. Betulkah saya merajuk ? Betulkah saya frust ? Saya rasa orang yang menuduh itu bukan sahaja alim, ahli fatwa dan sudah dijamin syurga, dia juga seorang ahli kasyaf. Boleh baca hati orang. Masya-Allah. Boleh baca hati orang tu. Hebat sungguh.

Sebab apa saya katakan begitu. Bagaimanakah seorang yang tak pernah berjumpa dan berdialog dengan saya boleh jump to conclusion saya frust dengan room MXQXXXM ? Begitu juga persoalan, seorang yang tak pernah berjumpa dan berdialog dengan saya boleh jump to conclusion, saya tak mahu berdakwah. Hebat dan amat hebat. Ada hadis, takutilah firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah. Masya-Allah, kira orang yang menuduh saya ni orang mukmin dari kategori haqqul yakin, sebab itu senang-senang buat fatwa, senang-senang jumpa moderator Teratak Ilmu, suruh tutup chat room Teratak Ilmu, senang-senang provoke chat room orang, senang-senang fitnah orang, senang-senang halalkan maksiat kawan-kawan walaupun tahap maksiat berzina dengan bini orang. Sebab apa dia buat macam tu ? Sebab dia sudah dijamin syurga agaknya. Pelik juga ya. Orang yang dah dijamin syurga, tapi bab nak kahwin seorang lagi, nak tambah bini muda, putar belit bini tua. Dayus dan bacul gak. Ingatkan bacul dan dayus dengan orang yang dituduh, rupanya bacul dan dayus dengan bini juga.

Bila saya berhijrah dari MXQXXXM ke room Teratak Ilmu, adakah ianya haram ? Adakah ayat Quran ke yang mengatakan,

"Barangsiapa berhijrah dari chat room MxQXXXM ke chat room Teratak Ilmu maka hukumnya haram masuk neraka". Surah Kelam ayat 999.

Adakah ayat Quran atau hadis menyebut macam tu ? Adakah ?

Kelakarkan. Tak payah kata saudara-saudari atau ahli panel yang lain. Saya pun kalau boleh nak gelak sama macam awak semua. Tapi disebabkan dah jadi ahli panel, pegang mic, depan webcam, kenalah control macho. Nanti saya gelak depan webcam satu dunia tau saya kaki gelak.

Saya tak pernah jumpa ayat Quran cenggitu. Tapi saya pernah jumpa ayat Quran begini :

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Al Baqarah : ayat 10


Jadi begitulah ceritanya. Tak salah saya nak pergi ke mana. Sebab saya yang punya diri, saya tahu ke mana saya kena pergi untuk didik dan baiki diri saya yang jahil, bodoh dan banyak dosa ni. Saya bodoh tak ada ilmu, takkan saya nak lepak kat room yang dibuat dengan niat untuk jadi hamba moderator ? Saya nak jadi hamba Allah. Kalau boleh saya nak lepak di room yang kurang hasad dengki, yang tak ada fitnah memfitnah. Kalau boleh saya nak lepak dan timba ilmu di room yang ada perkara bertolong bantu buat kerja kebajikan dan taqwa, bukan bertolong bantu kawan-kawan cari pasangan zina. Satu lagi saya tak nak bersetiakawan dalam hal ehwal buat maksiat. Dosa saya yang sedia ada pun dah bertimbun. Ni nak menambah dosa dengan bersetiakawan dalam perkara mungkar dan maksiat. Jelas ya ?

Gelak kau orang ya.

Saya dituduh mempertahankan seorang yang suka memaki-hamun. Orang yang memaki hamun moderator MXQXXXM, apa salah. Moderator MXQXXXM ceroboh maruah anak dara dia. Memang patut dia maki. Saya pernah beritahu kat dia, sepatutnya dia jangan maki. Syariat menghalalkan darah orang menceroboh maruah diri dan ahli keluarganya. Sepatutnya dia bunuh saja moderator MXQXXXM tu. Sebab begitulah hukum yang termaktub dalam Islam. Apa kisah seorang chatter memaki moderator MXQXXXM yang menceroboh maruah anak daranya sedangkan syariat menghalalkan chatter tu membunuh moderator MXQXXXM dengan apa cara pun. Kita nak ikut hukum syariat atau nak ikut cakap ustaz celop ? Salahkah saya membantu orang yang dizalimi dan diceroboh maruahnya oleh moderator MXQXXXM ?

Dalam hadis Rasulullah S.A.W.

Tidak ada seorang Muslim yang menolong seorang Muslim yang lain dalam sesuatu keadaan dimana kehormatan maruahnya telah diceroboh, dan dirinya telah dan dirinya telah diperlakukan secara sewenang-wenang, melainkan Allah akan menolong orang itu dalam kesusahannya di tempat lain, di mana ia merasa perlu pertolongan itu dari Allah. Dan tidak ada seorang pun yang mengecewakan seorang Muslim yang lain dalam suatu keadaan, di mana kehormatannya telah diceroboh, melainkan Allah akan mengecewakan orang itu pada suatu keadaan lain, di mana ia sangat-sangat mengharapkan pertolongan dari Allah.

Semua kenal id cXXXXXXXXXXXXXe. Sesiapa yang membaca Hikayat Universiti Kelam tulisannya, akan tahu apa sebenarnya yang berlaku antara cXXXXXXXXXXXXXXe dan moderator MXQXXXM. Maruah anak dara dia diceroboh oleh moderator MXQXXXM, dan dia bangkit memaki moderator MXQXXXM. Salahkah saya membantu dia mempertahankan maruah dia dan keluarga dia ? Kalau boleh saya nak bantu dia bunuh si penceroboh maruah tu.

Salahkah ada pihak yang mempertahankan moderator MXQXXXM yang terus-terusan melakukan maksiat ? Ya memang salah. Jangan kamu bertolong bantu dalam melakukan mungkar dan maksiat. Ada ayat Quran yang mengatakan begitu. Nak kata tak ada usaha teguran secara lemah-lembut, saya boleh senaraikan nama chatters yang pernah menegur sama ada di chat room atau pun secara email. Tapi usaha tersebut tak berjaya sebaliknya si penegur di musuhi. Takkan moderator MXQXXXM tak tahu apa yang dilakukan itu suatu kemungkaran. Hukum siapa yang ingin kita ikut ? Hukum Allah atau hukum moderator MXQXXXM ? Ramai pihak khususnya di MXQXXXM tak bersetuju dengan kenyataan saya. Lantaklah, selagi syariat tidak mengharamkan, nyatakanlah kebenaran walau ianya pahit. Dunia ni bukan moderator MXQXXXM atau TXXXXXXXXXK yang buat. Dunia dan akhirat Allah yang punya.

Saya pun pernah memaklumkan kepada sahabat saya kXXXXXXXXXXX3, jika ada sesiapa di MXQXXXM yang tidak puas hati dengan saya boleh PM saya dan maki saya puas-puas macam moderator MXQXXXM pernah buat pada saya dulu. Dulu saya pernah dipanggil oleh moderator MXQXXXM, saya diugut untuk diaibkan semata-mata saya tidak setiakawan bersama moderator MXQXXXM dalam berbuat maksiat. Tak apalah dia nak kata apa kat saya. Bukan mereka yang bagi pahala dan menciptakan saya. Yang penting jangan diganggu majlis ilmu di Teratak Ilmu. Malangnya, tidak seorang pun yang menghubungi saya termasuklah orang yang menuduh. Sebaliknya gangguan demi gangguan masih berlaku. Yang terakhir dan agak berat apabila portal Teratak Ilmu yang sedang dalam proses soft launch kena hack sebelum Ramadhan baru ni. Alhamdulillah, ada sahabat kita yang tolong buat semula scripts portal tersebut dan ditambah dengan beberapa ciri keselamatan. Jazakallah abang Zul. Tanpa abang Zul payah juga nak buat.

Bila saya ceritakan peristiwa ini, nanti adalah suara yang akan berPM sesama mereka mengatakan saya cuba nak ungkit balik isu lama. Saya bukan ungkit balik. Cuba tengok posting email di group dan Portal Teratak Ilmu, ada tak isu ini dijadikan bahan provokasi ? Orang munafiq yang masuk nak buat provokasi memang ada. Bukan orang di usrah Teratak Ilmu mulakan. Saya rasa, semua pihak bersetuju. Ini fakta. Cuba pula lihat di Portal orang yang menuduh. Isu ini yang di bincangkan sampai meleret-leret oleh TXXXXXXXXXK. Bukan orang Teratak Ilmu, bukan saya. Siapa yang mengungkit ? Itu tak masuk text PM antara moderator yang kita berjaya pintas. Ada saja perancangan dari orang munafiq dan hasad dengki nak provoke kita.

Cuba suruh mereka cermin diri tu sikit. Siapa yang bawa isu ni meleret-leret ? Siapa yang mengungkit ? Saya tak kecoh pun. Tapi orang yang hasad dengki, pendendam, kita boleh lihat bagaimana mereka memanipulasi hukum dan menghentam orang yang tak sependapat dengannya, di masa yang sama dia mempertahankan ahli maksiat yang berzina dan merosakkan institusi kekeluargaan. Cubalah cermin diri sikit.

Jadi sekali lagi saya memohon maaf kepada saudara-saudari, disebabkan saya yang jahat, tak ada ilmu, banyak mazmumah, maka saudara-saudari terpaksa berhadapan dengan masalah gangguan-gangguan sewaktu majlis ilmu berlangsung.

Persoalan kedua yang diutarakan oleh saudari XXXXXXXXX, nanti kredibiliti saya hilang dan orang dah tak percayakan saya.

Bagus. Amat bagus. Itu yang sebaiknya. Jangan percayakan saya. Itu yang saya mahu. Saya ulang sekali. Jangan sesekali percayakan saya. Jangan sekali-kali jadikan saya suri teladan untuk diikuti. Jangan jadikan saya ikutan atau teladan. Jangan !!! Sebab apa ? Sebab saya tak leh jamin awak semua masuk syurga. Jadi tak layak awak ikut saya. Yang patut dijadikan teladan ialah Rasulullah S.A.W. Ini ada difirmankan Allah dalam Al Quran. Kemudian jadikan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. yang bagai bintang-bintang bergemerlapan sebagai ikutan. Ambil salah seorang sahabat sebagai ikutan, insya-Allah akan selamat dunia dan di akhirat. Kemudian last sekali, Rasulullah S.A.W. sebut "sebaik-baik kurun adalah di kurun ku, dikurun sesudah ku dan di kurun selepas itu", iaitu ikutlah orang salafussoleh yang hidup sekitar 300 tahun dengan zaman Rasulullah S.A.W.

Rasul tak sebut Qardawi itu sebaik umat. Tak juga sebut Asri Zainal Abidin itu ahli syurga yang boleh jadi teladan. Tak juga disebut Asaari Rufaqa pendusta agama itu teladan. Lebih-lebih lagi ulamak-ulamak chatting yang hidup sekarang termasuklah TXXXXXXXXXK yang takut bini. Tu semua tak layak dijadikan teladan. Anytime kita boleh pertikai. Lebih-lebih si bacul dan dayus yang takut bini, kalau ikut dia, saya gerenti kita semua masuk neraka.

Kepada ahli-ahli syurga yang alim, arif, ahli fatwa, kasyaf lagi dijamin syurga macam TXXXXXXXXXK. Orang macam kita ni tak layak untuk ikut dia orang. Dia orang enggang. Kita bukan enggang. Kita apa ?

Pipit ??? Awak kata kita ni burung pipit.

Kita manusialah. Amenderlah kau orang ni. Bukan burung pipit. Bukan enggang. Enggang haiwan makan bangkai. Kita manusia bukan haiwan. Kita tak makan bangkai. Kita makan makanan yang dihalalkan oleh syariat. Kita manusia ada akal. Haiwan burung tak ada akal. Lebih-lebih lagi enggang, enggang suka makan bangkai. Bangkai itu najis. Bila makan najis sebab itu hati gelap, tak dapat beza yang halal dan haram.

Gelak lagi kau orang ya. Tak apa sesekali kita ceriakan program dengan kelakar badut. Asyik serius saja. Nanti tension pula. Saudari XXXXXXXXX tanya secara personal, saya jawab pun secara personal.

Cuba saudari XXXXXXXXX lepas forum ini, masuk ke MXQXXXM dan tulis beberapa Forum di portal MXQXXXM, antaranya :

Pertama : Mengapa moderator MXQXXXM masih terang-terangan buat maksiat walau sudah ditegur.Bulan puasa pun melalak melolong. Syaitan kena rantai, ada pula di kalangan manusia yang take over kerja syaitan. Isshh isshhh isshhhh. Agaknya bila TXXXXXXXXXK nak buat forum untuk menegur orang-orang kuat MXQXXXM yang masih sedap membuat dan mengajak orang ke arah maksiat ?

Kedua : Mengapa moderator MXQXXXM masih memprovoke room Teratak Ilmu sedangkan room MXQXXXM pun moderatornya tak terdidik masih karaoke dan enjoy di room PXXXXXXXA. Jangankan room, isteri sendiri pun moderator MXQXXXM tak terjaga, ni nak sibuk dengan room orang dan diri orang.

Ketiga : Cuba tanya di forum MXQXXXM, mengapa moderator MXQXXXM memusuhi orang yang pernah mencemar maruah anak gadis oleh moderator MXQXXXM atas alasan tidak berhikmah , masa yang sama, moderator MXQXXXM menyokong moderator yang menceroboh maruah orang.

Keempat : Apa moderator MXQXXXM khususnya TXXXXXXXXXK dapat dengan berdendam dengan saya dan Teratak Ilmu ?

Saya yakin, soalan-soalan forum itu sama ada akan didelete atau diedit untuk menzahirkan betapa baik, soleh dan dijamin syurganya moderator MXQXXXM. Dan alasan yang akan diberikan kepada saudari XXXXXXX oleh TXXXXXXXXXK ialah kesemua persoalan tersebut tidak relevan.

Jadi saya harap isu ini, kali terakhir dibincangkan. Sebab itu saya malas nak layan sangat isu-isu begini. Hanya adalah dua atau tiga orang sahabat kita yang suka probok si pengacau dan kuncu-kuncunya, mereka probok pulak ahli-ahli syurga dan ahli fatwa tu. Biar sesekali mereka rasa bagaimana kena probok.

Jangan dibazirkan tenaga dan fikiran kita melayani orang-orang yang sudah dijamin syurga di MXQXXXM. Kerja kita banyak. Kehadiran saudari garden_of_jannah bersama rakan-rakannya pun hampir tak terlayan. Elok kita sibukkan dengan orang-orang yang dahagakan kebenaran dari membuang masa dengan orang yang nak suruh kita iktiraf kealiman dan keahli syurgaan mereka. Biarkan mereka dengan rasa dendam kesumat mereka kepada kita. Kita terus dengan usaha kita membaiki diri dan menyebarkan makrufat kepada masyarakat.

Keprihatinan Teratak Ilmu mendapat perhatian dari seorang chatter lama di YM. Dia mengamati perjalanan chatting di chat room Islam sejak room Islamcarahidup lagi yang dikendalikan Pak Notan. Pada penghujung tahun 2002 dia telah memeluk Islam di PERKIM Jalan Ipoh. Setelah Teratak Ilmu beroperasi, dia telah menghubungi pihak Teratak Ilmu agar pihak Teratak Ilmu menyediakan slot untuk ahli keluarganya yang kristian, aethist dan Buddha. Hasil diskusi, bagi mengelakkan gangguan yang sama di Teratak Ilmu berlaku dalam program khusus untuknya, kami beralih arah ke Paltalk. Program tersebut dirahsiakan dari ahli-ahli Teratak Ilmu. Di kalangan moderator Teratak Ilmu pun, tak semua yang tahu bagaimana untuk masuk ke program tersebut.

Indah dan cantiknya hidup berukhwah, jemaah nuqaba' dan ahli Teratak Ilmu, tidak pula gusar dengan program baru yang dilakukan di luar Teratak Ilmu. Tidak pula jemaah nuqaba' menyuruh program di Paltalk itu dihentikan dan room di Paltalk ditutup. Tidak juga jemaah nuqaba' di Teratak Ilmu menuduh pengisi program di room milik garden_of_jannah sebagai meninggalkan sasaran dakwah di Teratak Ilmu. Tidak juga tuduhan pendakwah merajuk dan tidak layak berdakwah. Sebaliknya jemaah nuqaba' dan ahli-ahli Teratak Ilmu iringi program di garden_of_jannah dengan doa dalam tahajud dan munajat mereka. Beginilah nilai ukhwah yang berteraskan iman. Alangkah indahnya suasana ini. Dan alangkah indahnya andainya kita mampu menirunya. Ini lebih indah dan lebih manis dari berdendam dan berhasad dengki seperti yang ditunjukkan oleh TXXXXXXXXXK dan MXQXXXM. Berkat doa dari sahabat-sahabat yang sama-sama mendoakan kelancaran program ini, Alhamdulillah, Allah buka hati-hati orang yang pernah menyembah salib dan aethist untuk memeluk Islam. Inilah berkat doa ikhlas dari saudara-saudari semua. Inilah keindahan dan kemanisan ukhwah dalam perjuangan. Ikatan ukhwah yang lahir dari keikhlasan untuk meningkatkan iman agar kita beroleh kasih sayang Allah.

Iringilah perjuangan ini dalam tahajud dan munajat saudara dan saudari. Perjuangan kita masih jauh dan belum bernoktah. Selagi kita belum menempuh saadah dan sakinah di syurga Allah, selagi itulah kita masih kena terus berjuang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home