Forum Antara Benua

Monday, January 29, 2007

Farewell Ramadhan Part 8

Text Forum Dunia Islam Antara Benua Al Ansar Foundation

Tarikh - Masa : 26 Oct'06 - 10 pm (Malaysia) / 26 Oct'06 - 12 midnite (Australia) / 26 Oct'06 - 4 pm (France) / 26 Oct'06 - 3 pm (Ireland) / 26 Oct'06 - 4 pm (South Africa) / 26 Oct'06 - 7 pm (Uzbekistan) / 26 Oct'06 - 10 pm (Indonesia ) / 26 Oct'06 - 9 pm(Thailand) / 26 Oct'06 - 10 pm (Singapore) / 26 Oct'06 - 10 pm ( Brunei ) / 26 Oct'06 - 10 am (Canada) / 26 Oct'06 - 4 pm (Syria)

Tempat : Chat room Eagropharma (Paltalk Private Conference )

Tajuk : Farewell Ramadhan 1427H

Perantara : garden_of_jannah

Panelis :
1. ansari008
2. heros_de_france
3. naga_lawan_otromen





Soalan : Apa pendapat ahli panel golongan professional yang melibatkan diri dibidang agama ?

Jawapan :

Panelis 2 : Jangan salah faham ya. Bidang agama ni pun bidang professional. Jangan kita nak sempitkan agama. Inilah secular. Kita pisahkan antara agama dan kerjaya.

Penanya : Maksud saya, golongan yang belajar secular, macam kami, tetapi melibatkan diri dibidang agama. Jadi ahli projek keagamaan, jadi pengendali usrah, jadi penggerak program tazkirah dan sebagainya.

Panelis 2 : Penglibatan golongan secular dibidang agama merupakan petanda yang baik. Sekular dikaitkan dengan pemisahan anatara agama dengan system kehidupan masyarakat. Sedangkan penglibatan golongan secular dalam aktiviti keagamaan adalah suatu perubahan yang positif. Sekular itu sendiri merupakan garis pemisah antara urusan hidup dunia dan akhirat. Pengllibatan golongan secular dalam bidang agama, adalah petanda yang baik bahawa agama Islam dan kehidupan akhirat semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya golongan secular.

Tetapi.

Golongan secular yang berperanan di dalam mengendalikan program dan aktiviti agama, haruslah ingat dan pandai membawa diri. Letakkan diri di tempat yang sepatutnya. Jangan berlaku zalim. Bak kata pepatah Melayu, ukur baju dibadan sendiri. Kalau badan size S, jangan pula kita berlagak dengan memakai baju size XXL dengan tujuan nak bagi orang nampak kita kononnya badan besar. Cuba bayangkan, orang badan halus, kecil tapi pakai baju size besar. Tak padankan ?

Jadi golongan secular yang menceburi dakwah dan cuba menghidupkan aktiviti agama hendaklah sedar bahawa diri mereka bukanlah ulamak. Mereka tidak layak membuat fatwa. Mereka tidak layak menolak fatwa-fatwa imam mazhab dan imam mujtahidin walaupun fatwa tersebut tidak sesuai dengan kehendak akal dan nafsu mereka. Mereka tak layak mengaku kasyaf dengan hanya belajar cara-cara nak kira untung ribak sistem kewangan kapitalis.

Contoh yang jelas. Sisters In Islam. Mereka secular, dapatlah hidayah sikit-sikit. Rasa nak beragama tu ada. Tapi mereka mentafsirkan agama berdasarkan terjemahan bahasa Arab sepatah-sepatah berdasarkan nafsu. Apabila menyentuh persoalan wanita tidak boleh dizalimi, mereka sokong dan perjuangkan hak wanita sungguh-sungguh agar jangan sampai dizalimi. Tetapi bila menyentuh hak talak, hak poligami, mereka perangi dan serang agama sungguh-sungguh.

Contoh lagi yang paling hampir, dakwah cyber. Kita semua disini menceburi dakwah cyber, dan majority kita disini semua adalah golongan secular. Golongan ahli agama amat sedikit. Saya seorang pendidikan secular. Adik saya seorang pendidikan secular. Dari 600 lebih yang hadir di forum ini, saya rasa tak sampai sepuluh peratus yang hadir adalah ahli agama yang mendapat didikan agama secara formal. Jelas kita boleh lihat di ruangan Forum ahli secular yang berlagak ulamak, berdasarkan sepotong hadis atau ayat Quran yang diterjemah sepatah-patah sudah mampu menolak fatwa Hassan Al Basri, Imam Ghazali, imam mujtahidin dan salafussoleh. Contoh-contoh yang dibawa dalam menyokong hujjah mereka agak berat sebelah. Sambil berlagak kasyaf, contoh yang diberi dalam tulisan mereka, mereka mampu menyatakan apa yang tersirat di dalam hati orang yang mereka tidak setuju. Seolah-olah mereka mampu membaca isi hati orang lain dengan pandangan kasyaf. Inilah antara contoh secular yang bergelanggang di bidang agama.

Mereka mungkin boleh mengaku kasyaf IP sebab boleh kenal dan scan IP orang melalui perisian komputer, tapi jika seorang secular yang tidak mampu menghafal ayat Quran, memiliki kepakaran IT yang lebih tinggi dengan membuat perisian IP cloner, kasyaf IP dia pun tak boleh dipakai. Kalau kasyaf IP dia pun sudah salah dan tertipu dengan IP cloner, macam mana dia boleh jadi kasyaf hati dan mambaca isi hati manusia ? Hebat lagi seorang secular yang mampu membuat system keselamatan penggodam dari menggodam id dan room Islam walaupun dia tak hafal ayat-ayat Quran.

Apa pun hujjah yang didatangkan oleh golongan secular, hakikatnya mereka masih tidak layak mengaku diri mereka paling global hanya semata-mata belajar bahasa Arab sikit-sikit dan mampu menterjemah bahasa Arab sepatah-sepatah. Sekular tetap secular, mereka tidak layak meletakkan diri mereka sebagai ulamak. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah zalim. Berlaku zalim, bukan dari ajaran Islam.


Panelis 1 : Alhamdulillah, lahirnya orang secular yang berminat ke arah agama adalah tanda kebangkitan Islam. Kena ingat secular ini ada bukan pada orang belajar ilmu dunia dan memisahkan ilmu akhirat. Sekular juga berlaku ke atas ahli agama, dia belajar agama tetapi menjadi jumud. Tak mahu usaha untuk mendidik masyarakat. Lagi dahsyat orang belajar agama, gunakan agama untuk beli dunia dan jual akhirat. Belajar agama sikit, dah rasa ahli syurga. Kitab Imam Tarmizi dia tolak, Imam Maliki, Imam Syafie dia tolak. Tak tahu kenapa dan apa masalahnya ? Sebab nak jadi muftikah ? Ahli agama, ilmu banyak mana tetapi masih belum dapat pengiktirafan ahli syurga. Imam Tarmizi, Imam Maliki, Imam Syafie, mereka hidup di zaman yang telah Nabi S.A.W. sabdakan antara zaman umat yang terbaik. Ulamak modern sekarang, Qardawi atau Osman El Muhammadi atau Prof Ahmad Ibrahim atau Abdullah Md Zain hatta Tuan Guru Nik Aziz pun tidak setanding dengan Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Ghazali, Imam Tarmizi dan ulamak-ulamak di zaman salafussoleh.

Inilah yang mendatangkan fitnah kepada ahli-ahli agama yang ikhlas. Ahli agama yang sesat ni tak banyak. Tapi disebabkan mereka, seluruh ahli agama terfitnah. Orang munafik pula cukup suka kalau mempunyai ahli agama yang secular ni. Boleh diperalatkan untuk merosakkan Islam dan menyesatkan umat.

Wallahu a'lam.

Panelis 3 : Dunia reality di Malaya. Cuba kita balik ke tanah air. Lihat keliling. Fikirkan.

Kat kampung ada surau, Pengerusi Surau kampung, bekas D.O. pencen. Jalan-jalan lagi. Pergi ke Sekolah Anak Yatim XXXXXXX. Pengerusi Sekolah Anak Yatim bekas Pegawai Polis pencen. Kita jalan-jalan lagi, singgah nak jamak qasar di masjid, kebetulan ada jemaah Tabligh tengah bersyarah. Bila ditanya, uiksss pendakwah tu seorang bekas artis yang pernah menyetan. Kita jalan-jalan lagi. Singgah satu DUN, sembang-sembang dengan ketua kampung. Exco Agama DUN bekas cikgu matematik sekolah rendah. Semua secular. Kita jalan-jalan lagi kita jumpa seorang ahli fatwa mengeluarkan fatwa. Bila kita tanya, orang kata ahli fatwa tu dulu bekas Timbalan Perdana Menteri, sekarang dah jadi PM. Sebab itu Deepa-Raya pun tak apa, tak dosa. Jadi sekular tu amender ? Apa-apa pun, kena mula dengan definisi. Kalau definisi lari, terangkan berjela mana pun tak habis. Serupa gak dengan melaknat. Kalau pergi ke Melaka, tengah lepak kat kedai kopi, tiba-tiba :

“Hei laknat, aku ingat kau dah mampus. Kah kah kah”

Itulah cara seorang rakan bertanya khabar kepada seorang rakan yang lain di Melaka. Agaknya nanti, cara orang Melaka bertanya khabar akan dijadikan tajuk forum yang akan mendapat response yang tertinggi di sebuah portal di alam cyber. Ada orang melaka yang dah tak mengaku Melaka ke dalam chat room ni ?

Jadi jangan hairan kalau kita baca riwayat, Imam Hassan Al Basri melaknat dan mencaci Khalifah Harun Al Rashid. Jangan pelik Imam Hassan Al Basri mengaibkan pembesar-pembesar negara yang masih maksiat. Sebab mereka di zaman salafussoleh, sudah mendapat jaminan sebagai umat terbaik. Jadi kita yang secular ni tak yah nak komen dan tunjuk lebih alim dari orang salafussoleh.

Begitu juga kalau di Malaya, tetamu datang rumah. Tuan rumah akan hidangkan makanan cantik-cantik. Tapi kalau di tanah Arab, tetamu datang mereka raikan juga. Tetapi makanan dicampak-campak atas meja di depan tetamu, bila nak ajak tetamu makan. Bagi mereka itu adab.

Kat Malaya, kita hirup sup perlahan-lahan tak ada bunyi. Tapi kat Jepun, kalau nak hirup sup kena berbunyi SLLUUURRRRPPPPPP. Itu cara beradab kat Jepun. Kalau tak ada bunyi, orang Jepun kata tak beradab.

29 Ramadhan, adik saya dijemput oleh Ustaz Abu Basyar untuk berbuka puasa di Pasir Putih. Dalam majlis berbuka puasa itu, dia bertemu seorang student Master Kuliyyah Al Quran dan Hadis, UIA yang berasal dari Pakistan. Ulamak Pakistan tu datang ke Pasir Putih dan jadi Imam 2 Masjid Padang Pak Amat. Adik saya cerita, mereka bersembang, berbincang, baca Ayat Al Quran, baca doa sewaktu majlis berbuka. Selesai berbuka ulamak Pakistan tu bertanya kepada adik saya :

"Are you a scholar ?" (Awak seorang ulamakkah ?)

Adik saya jawab :

"Nope. I'm not. I am not a scholar, I am a secular." ( Bukan. Saya bukan ulamak, saya seorang sekular )

Begitulah kisahnya. Cukup mudah nak kelirukan orang awam. Andainya seorang ulamak dari Pakistan yang ada degree Al Quran dan Sunnah dan sedang membuat Master di UIA pun mudah tertipu dengan seorang secular, yang pakai gamis, berserban, boleh baca doa makan, boleh baca Al Quran, boleh sembang sikit-sikit bab ilmu agama walau tak ada sandaran dalil Quran dan hadis, boleh tertipu dengan seorang sekular yang disangkakannya ulamak. Lebih lebih lagilah di kalangan orang awam, cukup mudah tertipu dengan orang sekular yang berlagak jadi ulamak fatwa.

Ni ramai orang sekular marah dengan statement saya ni. Tak caya tunggulah. Mesti keluar isu ini dalam forum portal, sebab orang sekular mana boleh kalah. Kalau dah sekular tu buatlah cara sekular, jangan nak berlagak alim-ulamak lak. Biarlah hal ehwal ilmu agama dan penetapan hukum diserah kepada ahlinya. Kita hanya menyampai dan yang paling penting beramal dengannya.

Jadi kita kembali kepada definisi. Sekular ni amender ? Amender secular ni sebenarnya ? Nama kek rayakah ? Nama model baru kereta protonkah? ? Nama juara Akademi Fantasia terbarukah ? Nama mufti baru Negeri Perliskah ?

Sekular adalah satu cara hidup yang memisahkan urusan hidup dengan agama. Pendidikan dipisahkan dengan agama. Politik dipisahkan dengan agama. Ekonomi dipisahkan dengan agama. Nak keluarkan fatwa, itupun dipisahkan dari agama. Sebab itu ramai orang berfatwa tak ikut adab berfatwa. Tak ikut ilmu berijtihad. Sebab itu fatwa dikeluarkan berdasarkan :

“Pada pandangan saya ini haram”

“Pada pandangan saya ini halal”

“Tak salah nak kongsi raya dengan deepavali”

Ini pun secular juga. Sebab tak ikut peraturan agama dalam membuat hukum dan fatwa.

Bila ini terjadi, maka jadilah urusan hidup terkontang-kanteng menunggal tanpa agama. Pendidikan tanpa sandaran agama. Ekonomi tanpa sandaran agama. Hinggakan pentadbiran keagamaan pun tanpa sandaran agama kerana diurus oleh orang-orang secular. Orang secular menerajui dan mengurus institusi agama, bagaikan mengharapkan si mulhim untuk mempercayai kewujudan Allah. Selagi bernama mulhim, selagi itulah dia tidak mempercayai Allah. Begitu juga selagi bernama secular, selagi itulah urusan duniawi akan terpisah dengan urusan ukhrawi.

Sebab itu kita lihat institusi yang nampak beragama, bila diuruskan oleh orang sekular dihiasi dengan maksiat, permusuhan, perbalahan, hasad dengki, provokasi dan pelbagai perkara yang nampak macam muzakarah tetapi adalah mujadalah. Nampak macam ukhwah tetapi adalah perseteruan. Nampak macam dakwah tetapi sebenarnya dakyah. Maka terjadilah pertukaran hukum.

Lihat saja pembahagian hukum. Sepatutnya kita memusuhi orang yang membuat maksiat. Tetapi bila orang secular campurtangan, kita memusuhi orang yang menegur maksiat dan mempertahankan dan mendewakan orang yang melakukan maksiat atas alasan hikmah. Hujjah-hujjah dikeluarkan, secara tak langsung menolak fatwa dan pandangan ulamak salafussoleh.

Mungkin Ustaz Ansari mengatakan ini petanda baik kebangkitan Islam. Tetapi saya mengatakan di dalam lipatan petanda yang baik, terdapat ruangan bala. Bala kerana hukum Allah dipermainkan. Ini hasilnya apabila golongan secular menerajui dan mengurus bidang agama. Bala apabila orang secular menerajui agama. Orang secular bila bercakap mengenai agama, mereka tak guna neraca iman. Tapi guna neraca lahir dan nafsu semata. Mereka lebih suka menuduh orang tak berhikmah, tak mahu berdakwah, tak reti uslub dakwah, tak faham hadis. Mereka lebih suka bermusuh dengan orang seru makrufat dengan melemparkan pelbagai tuduhan, dari mencegah mungkar yang dibuat oleh kawan-kawan. Mereka lebih suka berkertas kerja, berteori dari beramal. Mereka suka mendatangkan hujjah ayat Quran dan hadis dari beramal dengannya.

Inilah akibat jika orang secular menerajui ilmu agama. Hinggakan kongsi raya yang difatwakan oleh jawatan kuasa fatwa kebangsaan sebagai merosakkan aqidah pun mereka boleh override dan kata tak salah dan baik untuk integrasi dan liberalisasi kaum dan agama. Agaknya nak tunggu anak cucu dia mati sebagai Hindu baru dia nak sedar.

Habis tu yang dulu menyetan jadi artis tapi sekarang jadi pendakawah bagaimana ?

Sebab itu kena kembali kepada definasi.

Ada orang jadi secular tulen. Sekular tulen inilah yang menjadikan matlamat menghalalkan cara. Mereka ubah istilah saja dalam memisahkan antara urusan dunia dan urusan akhirat. Pesta maksiat yang berikhtilat, diubah kepada Malam Amal Mangsa Tsunami. Golongan inilah yang berkata :

“Tak boleh berkasar dengan golongan munafiq sebab ada hadis dan ayat Quran kata kena berlemah lembut dengan semua orang dan perbuatan itu tidak berhikmah.”

Agaknya kalau ada perogol, merogol anak dara dia depan mata dia, dia akan kata kepada perogol :

“Berlemah-lembutlah merogol anak dara saya, sebab ada hadis dan ayat Quran menyuruh kita berlemah-lembut dengan semua orang jadi berhikmahlah bila merogol anak dara saya”.

Inilah bahana apabila orang secular menerajui agama. Hanya berpandukan makna yang zahir tanpa mengambil kira bagaimana golongan salafussoleh beramal dengannya.

Ada juga golongan secular , pendidikan asas secular tetapi ada sedikit-sedikit rasa cintakan agama. Sedikit saja, tak banyak. Pendidikan asasnya secular, tapi rasa nak beragama ada dalam diri. Golongan inilah kadang-kadang menjadi abid yang jahil. Atau menjadi sufi yang menolak feqah atau menjadi golongan feqah yang menolak sufi. Bidaah sana, bidaah sini. Dengan orang yang sesekular dengannya dia berlagak sufi, tetapi dengan orang yang dia tak suka, dalam diam dia mencaci. Sangat jarang golongan ini dapat menyeimbangkan antara ilmu dan amal. Lebih banyak teori dari praktikal. Bolehlaaah simpan janggut sejemput kat dagu, tapi bila bab beramal dengan amalan sunat yang lain, bila dia tak mampu nak amal, dia cari macam-macam alasan untuk menyembunyikan kelemahan diri dia. Kalau ada orang boleh beramal lebih dari dirinya, dia akan kata orang yang beramal tunjuk riyak. Kalau ada orang yang mampu menyeru ke arah makrufat, dia tuduh tidak berhikmah. Kalau ada orang berhijrah untuk melahirkan contoh dan mendidik diri, dia tuduh dan label meninggalkan mad’u dan frust dalam berdakwah. Jadi tak hairan mereka bersikap tasamuh dalam berpegang kepada sesuatu hukum. Pendirian mereka sendiri sering berubah-ubah macam sesumpah. Kejap hitam, kejap putih, kejap hijau, kejap merah. Tak ada prinsip yang jelas. Ini adalah kerana mereka tidak mahu menguasai ilmu agama dan tidak sempat melihat dan beramal dengan agama secara keseluruhan. Maklum sajalah belajar ilmu cara nak kira ribak lebih formal dari belajar ilmu agama. Kadang-kadang bila dengar dia baca hadis pun, makhraj banyak berterabur. Dia bercakap tentang dakwah, dia sendiri tak pernah melakukan dakwah secara lisanul hal. Sebab itu kadang-kadang kita boleh lihat dalam hidup reality, mereka berlagak macam mujahid, tapi takut bini.

Saya yakin majority antara kita pada malam ini adalah dari aliran secular. Jadi berperananlah ditempat saudara-saudari. Jadikanlah diri kita bagai sahabat Rasulullah S.A.W. di zaman Rasulullah S.A.W.. Para sahabat tak pernah hendak menjadikan diri mereka seorang Nabi. Mereka tunduk dan patuh kepada wahyu Allah dalam Al Quran dan sabdaan Rasulullah S.A.W. Begitu juga kita, letaklah diri kita sebagai pendokong agama yang bermaruah dan berwibawa. Letakkanlah diri kita sebagai umat yang menyeru makrufat, berpandukan kepada keempat-empat sumber hukum yang telah sedia ada. Jadikanlah Rasulullah S.A.W., para sahabat dan orang salafussoleh sebagai teladan dalam beramal bukannya kita memandai dalam mengubah hukum.

Biarkan golongan yang jelas ilmu agama dan amalnya mentadbir. Jangan dicampuri urusan pentadbiran agama oleh yang lebih berhak. Jika pengurusan jentera agama, tak kira sama ada di peringkat negara, atau kampung atau universiti atau chat room, dikuasai oleh golongan secular, maka tak mustahil peristiwa mengubah azan ke bahasa Turki akan berulang. Tak mustahil sejarah pembunuhan Hassan Al Banna oleh Raja Farouk dan Jamal Abdul Nasir akan berulang. Tak mustahil lahirnya agama baru seperti lahirnya agama pancasila oleh Sukarno akan berulang.

Perjuangan Islam jika hendak berdaulat, hendaklah diterajui oleh ahli agama yang ikhlas. Singkaplah lembaran sejarah silam. Umar Abdul Aziz, dia adalah khalifah dan manusia yang paling bertaqwa di zamannya. Maka tidak hairanlah pentadbirannya menjanjikan keadilan dan kasih sayang yang meratai setiap inci bumi pentadbirannya. Diceritakan serigala dan kambing boleh tinggal sekandang di zaman Umar Abdul Aziz. Lihat juga pentadbiran Muhammad Al Fateh, dia adalah manusia yang paling bertaqwa di zamannya, maka tidak hairanlah kejayaan demi kejayaan diperolehi dalam setiap pertempuran dalam mendaulatkan syariat Islam. Terhasilnya krisis dan perseteruan terutamanya di chat room, adalah kerana pentadbir chat room adalah dari golongan secular yang tidak bertaqwa. Maka tidak hairanlah dalam chat room sendiri, ahli-ahli bertelagah dan berkrisis.

Kerosakan-kerosakan dan krisis yang berlaku kini, akan terubat dan dapat diselesaikan kiranya Ahlul-Taqwa mentadbir dan menguruskan agama. Maka sudah sampai masanya kita menilai semula pentadbir-pentadbir agama, sama ada bertaqwakah atau tidak .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home