Forum Antara Benua

Monday, January 29, 2007

Farewell Ramadhan Part 4

Text Forum Dunia Islam Antara Benua Al Ansar Foundation

Tarikh - Masa : 26 Oct'06 - 10 pm (Malaysia) / 26 Oct'06 - 12 midnite (Australia) / 26 Oct'06 - 4 pm (France) / 26 Oct'06 - 3 pm (Ireland) / 26 Oct'06 - 4 pm (South Africa) / 26 Oct'06 - 7 pm (Uzbekistan) / 26 Oct'06 - 10 pm (Indonesia ) / 26 Oct'06 - 9 pm(Thailand) / 26 Oct'06 - 10 pm (Singapore) / 26 Oct'06 - 10 pm ( Brunei ) / 26 Oct'06 - 10 am (Canada) / 26 Oct'06 - 4 pm (Syria)

Tempat : Chat room Eagropharma (Paltalk Private Conference )

Tajuk : Farewell Ramadhan 1427H

Perantara : garden_of_jannah

Panelis :
1. ansari008
2. heros_de_france
3. naga_lawan_otromen

Soalan : Ramai orang sewaktu masih di alam kampus, cukup aktif dan tertonjol dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti dakwah dan perjuangan. Tetapi setelah berumahtangga, meninggalkan alam kampus, mula bekerja. Komitmen mereka ke arah usaha-usaha dakwah berkurangan. Apa pandangan ahli panel ?

Jawapan :

Panelis 2 : Inilah resam kehidupan. Ada orang berjuang hebat diawal perjuangan tetapi kelajuan dan kelancaran perjuangannya menjadi perlahan dan semakin perlahan. Jika tidak diselamatkan, maka akan terhentilah perjuangannya.

Sewaktu bujang, sewaktu di alam kampus. Individu tersebut tidak dipertanggungjawabkan dengan bebanan menjaga keluarga dan mencari nafkah hidup. Segala-galanya tanggungan mak bapak dan penaja. Nak duit, telefon ayah minta dititip wang poket. Kalau bekerja part-time pun, hanya sekadar untuk menambah wang poket dan bukan sepenuh masa. Lebih kepada PRN. bila perlu.Masa lebih ditumpu kepada pembelajaran dan masa terluang digunakan untuk aktiviti perjuangan.

Setelah habis belajar, mula berkerja, sudah ada isteri dan anak-anak. Dia sudah mula fikir macam mana nak mencari nafkah. Sudah mula fikir tugas-tugas pejabat. Sudah mula fikir tanggungjawab untuk menjaga ayah yang sudah tua. Sudah mula fikir tentang rumah besar, kereta besar, gaji besar agar boleh cakap besar. Inilah manusia dan inilah dunia.

Yang rugi, ialah perjuangan Islam. Kerana mujahidnya gugur sebelum syahid.

Sebab itu As Syahid Hassan Al Banna dalam kitabnya Peraturan dan Harapan menggariskan 3 bentuk program yang wajib ada dalam gerakan perjuangan.

1. Program Fardhu Ain
2. Program Munajat
3. Program Usrah

Program Fardhu Ain agar ahli-ahli kenal hukum-hakam Allah. Agar ahli beramal bersungguh-sungguh dalam menegakkan dan memperjuangkan hukum-hakam Allah. Pastinya dalam mengendalikan program ini mempunyai taraf ilmu bukan sekadar Fardhu Ain malah termasuk juga menguasai ilmu-ilmu Fardhu Kifayah.

Program Munajat, program zikir untuk ahli-ahli. Zikir salah satu jalan dalam mendekatkan diri dan hati kepada Allah. Dalam program ini, jiwa rohani ahli-ahli dibangun. Hati yang keras, dipalu dengan alunan irama zikir dan munajat sebagai tanda kelemahan seorang hamba yang mengharapkan bantuan Allah dalam perjuangan.

Program Usrah bagi menanam doktrin perjuangan yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah. Uslub perjuangan diperjelaskan kepada ahli. Motivasi diberi kepada ahli agar para pejuang terhibur dengan kesukaran yang dihadapi. Ahli-ahli dibimbing untuk beramal. Pengalaman dalam perjuangan dan menghadapi kesukaran dikongsi bersama agar jiwa perjuangan dibajai. Kefahaman ahli kepada matlamat perjuangan dan pentingnya beramal dengan ilmu diperjelaskan kepada ahli. Sebarang masalah yang dihadapi ahli, ditanggung dan hadapi bersama. Program muhasabah, tegur-menegur, nasihat menasihati dijalankan, agar ahli-ahli tidak tergelincir dari landasan perjuangan.

Bila tiada garispanduan dalam berusrah, maka sebab itu kita lihat, peraturan kawan-kawan atau moderator yang dijadikan panduan. Peraturan dari Allah kita main-mainkan. Ini jelas kita boleh lihat di chat room Malaysia.Bila ada sebuah lagi chat room yang nak memperjuangkan Islam, adalah moderator dari chat room yang mengaku memperjuangkan Islam yang hasad dengki. Di suruh tutup chat room baru. Bila tak ditutup, provokasi demi provokasi dilakukan. Hairan ya. Yahoo yang dimiliki oleh Yahudi pun izinkan orang Islam buka chat room Islam. Ini adalah ustaz yang datang dari mana, suruh tutup chat room Islam yang lain. Kalau moderator sudah lebih jahat dari Yahudi, apa yang hendak diperjuangkan ?

Begitu juga antara fungsi usrah untuk menanam kefahaman ahli-ahli agar yakin dan bimbing ahli untuk beramal. Justeru itu perlu ada terget masa. Kena ada dateline untuk menilai sejauhmana keberkesanan perjalanan usrah. Kalau lepas kuliah, masih buat mungkar, setahun, dua tahun, tiga tahun dan mungkar yang terjadi semakin banyak dan parah. Ini tanda perjalanan usrah bermasalah. Kalau dulu setakat mengaku bercakap dan bersembang dengan Nabi. Selepas bertahun usrah, boleh mengaku bercakap dengan Allah. masya-Allah.

Usrah apa ini ?

Kalau dulu, maksiat setakat ajak anak dara orang buat maksiat, sekarang maksiat sudah sampai berzina dan memruntuhkan sistem kekeluargaan Islam.

Usrah apa ini ?

Kalau dulu, kawan-kawan yang buat maksiat terasa panas bila ditegur. Sekarang, setelah bertahun-tahun, moderator, ustaz, ulamak, semua terasa panas bila kenyataan umum maksiat diutarakan. Apakah tukang usrah pun sudah rosak dan bermasalah ? Sama-sama fikir guna akal fikiran yang Allah kurniakan.

Usrah apa ini ?

Berlakunya keadaan mujahid yang gugur sebelum syahid, adalah kerana kegagalan menjalankan ketiga-tiga program tersebut. Kita berusrah, tetapi usrah kita lebih kepada sembang-sembang kosong dan mengumpat. Program usrah lebih untuk menonjolkan peribadi sendiri dari menonjolkan peribadi Rasulullah S.A.W. Kita tidak serius mengendalikan program fardhu ain, sebab itu kita tidak dapat membezakan antara yang dibolehkan dan yang tidak dibolehkan oleh syariat. Sebab itu kita boleh berlakon dengan baik menjadi seorang yang tawadduk sedangkan di dalam hati bersarang sifat hasad dengki dan pendendam. Sebab itu kita boleh bertopengkan ayat-ayat Al Quran dan Hadis berdasarkan akal fikiran dan ilmu kita yang cetek untuk menyembunyikan mazmumah diri sendiri dan maksiat kawan-kawan. Bila ada program zikir, kita katakan ianya bidaah. Bila ada orang mendedahkan maksiat kawan kita, kita tuduh orang itu tidak berhikmah sambil menjadi syaitan bisu cuba me-reverse psychology ahli-ahli yang lain. Bila ada jemaah yang lebih berjaya dalam berdakwah dari kita, kita kata uslub mereka tak selaras dengan uslub Rasulullah S.A.W. sedangkan moderator yang mengaku berilmu, pandai uslub Rasulullah S.A.W. member sendiri buat maksiat dia tak berani tegur. Maka gugurlah mujahid secara berjemaah sebelum syahid.

Panelis 1 : Setiap sesuatu bermula dengan niat. Ramai pelajar, ikut jemaah bukan atas niat mahu jadi pejuang agama. Niat lebih kepada mengisi masa lapang. Ada juga yang niat untuk cari pasangan hidup. Yang lelaki nak cari isteri, yang perempuan nak cari laki. Ada juga masuk jemaah untuk cari popular, nak tunjuk bakat bersyarah dan berhujjah. Jemaah usrah pula buat program pun untuk isi masa lapang. Tak ada misi dan visi. Tak ada program yang berkala.

Alhamdulillah, saya dimaklumkan ada sahabat-sahabat kita dalam usrahnya sudah mengupas kitab Minhajul Abidin. Dalam kitab tersebut ada disebut mengapa perjuangan jadi sejuk di kalangan pejuang. Cuba kita buka balik bab aqabatul awa'iq. Perkara-perkara yang menghalang dalam beribadah kepada Allah. Dunia, manusia, syaitan dan nafsu.

Dengan sebab dunia, manusia mencintai dunia. Mengejar dunia dan menjadikan dunia matlamat sedangkan dunia hanya menjanjikan nikmat yang sementara. Mereka lupa kepada akhirat yang menjanjikan kenikmatan yang kekal abadi. Sebab itu mereka mengejar segala macam nikmat dunia. Pangkat, harta, wanita, kemahsyuran, pujian dan macam-macam lagi. Untuk mendapatkan semua ini, mereka sudah tak fikir halal haram. Berlakon jadi warak pun tak apa.

Manusia juga menjadi penghalang dalam perjuangan. Orang hasad dengki. Orang munafik. Orang fasik. Kalau isteri kita tak dididik dengan iman, isteri jadi penghalang. Kalau anak tak dididik dengan iman, anak juga jadi penghalang. Kalau kita tak didik isteri dan anak-anak, hakikatnya kita adalah dayus. Dayus ini bukan sebab takut kepada bini saja. Tak didik isteri dan anak-anak sehingga mengganggu usaha menegakkan agama, itu pun dayus juga. Kalau sudah dayus, perjuangan tak perlukan lelaki dayus dalam barisannya.

Dari Abdullah dari ayahnya berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Allah `Azza wa jalla tidak melihat 3 golongan di hari qiyamat iaitu penderhaka kpd kedua ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus(Hadis riwayat An-Nasaie)

Ada orang suka guna hadis bab tertentu saja dari kitab An Nasaie. Nampak ghairah nak beramal dengan hadis An-Nasaie. Tapi hadis An Nasaie pasal dayus dia tak mahu amal. Inilah dayus namanya. Sebab itu tak mampu berjuang sampai hujung.

Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar diistiqamahkan kita dalam beramal dan berjuang. Sehingga kita kembali kepada Allah dalam keredhaan NYA. Wallahua a'lam

Panelis 3 : Sesuatu perjuangan hendaklah ditegakkan atas dasar iman dan taqwa. Matlamat perjuangan perlu jelas. Mekanisme dalam perjuangan juga perlu jelas. Baik niat, amal perbuatan dan percakapan hendaklah jelas dan selaras dengan syariat sebagaimana takrifan iman itu sendiri.

Iman ialah membenarkan dengan hati, dilafazkan dengan perbuatan dan diamalkan dengan perbuatan.

Kalau hati berniat nak cari glamour, mulut melafazkan ingin perjuangkan Islam, dari segi perbuatan dia berzina, memfitnah, mengadu domba. Ini bukan pejuang namanya. Secara langsung kita tau sejauhmana ikhlasnya keimanan seseorang.

Benar, syurga dan neraka hak Allah. Tetapi secara ilmiah, kita mampu menilai sama ada ke syurgakah atau ke nerakakah seseorang itu. Takkanlah orang yang berzina itu ahli syurga. Takkanlah orang yang memfitnah itu ahli syurga. Takkanlah orang yang dayus itu ahli syurga. Takkanlah orang yang menzahirkan Islam menyembunyikan kekufuran itu ahli syurga.

Ada orang berlagak macam sufi kampung, berbaik sangka tak bertempat. Orang yang jelas buat maksiat dan ajak ke arah maksiat, dia berbaik sangka, dijadikan penasihat untuk menegakkan kebenaran. Orang yang memperjuangkan makrufat, dia berburuk sangka dan dia fitnah. Inilah munafiq laknatullah Hah nanti adalah seekor mamat kata saya mencarut, saya memaki. Lantaklah, bukan si mamat tu yang bagi pahala kat saya. Kalau syariat menghalalkan kita melaknat golongan munafiq dan fasiq apa salahnya ? Syariat jelas mengharamkan zina, si mamat tu boleh rasa susah bila orang membenci zina dan ajak ke arah maksiat, tak apa lak. Apa sebenarnya yang hendak diperjuangkan ? Nak perjuangkan kebenaran atau kemungkaran ? Semuanya bermula dengan niat.

Pejuang sejati, dia berniat untuk menjadi hamba Allah, percakapannya menjurus ke arah ketaatan kepada Allah dan amal perbuatannya ke arah pengabdian kepada Allah.

Engine perjuangan yang dulunya laju menjadi slow, serupalah macam engine kereta. Ada tiga faktor yang menyumbang ke arah kelajuan perjuangan.

1. Pertama faktor kereta

2. Kedua faktor engine

3. Ketiga faktor foreman

Andainya kereta itu memang dibuat untuk berlumba, maka memang sudut fizikalnya memang akan berlumba. Tak ada kereta lumba digunakan untuk bajak sawah bendang. Begitu juga engine kereta. Andainya body kereta, formula one, tetapi engine motosikal kapcai, tak laju juga. Tetapi jika body kereta F-1, engine Ferrari, tetapi tukang foreman half-past six, hancus kereta. Patut guna spare part yang ORI dia guna spare-part yang nampak saja ORI tapi made in Siam atau Taiwan.

Begitu juga manusia yang ingin menjadi pejuang. Perlu mempunyai persiapan fizikal, mental dan spiritual. Andainya fizikal nampak macam pejuang, tetapi tiada persiapan mental dan spiritual, perjuangan pun tak ke mana. Jika fizikal sudah bersedia, tetapi hatinya mempunyai niat yang bercabang, perjuangan pun tak ke mana. Mental pula jumud dan berfikiran sempit, tok naqib perjelaskan berpuluh kali dalam usrah pun, tak faham-faham. Perjuang lain dah sampai peringkat mengIslamkan orang kafir, dia masih berkisar bab maki-hamun. Dia masih dormant di satu titik kodinit yang tak bergerak-gerak. Membazir masa dan tenaga dalam hal yang tak sepatutnya.

Begitu juga dengan tok naqib, kalau fizikal, mental dan spiritual seseorang absolutely fantastic, tetapi tok naqib pula seorang yang jumud yang nampak perjuangan itu hanya bersyarah, yang nampak perjuangan itu hanya dalam chat room saja bukan di tempat lain, tok naqib ahli maksiat, tak pandai susun program. Jangankan nak membangunkan perjuangan orang lain, nak membangunkan iman, Islam dan ihsan dalam diri sendiri pun hancus. Jangankan nak membangunkan iman, Islam dan ihsan dalam masyarakat, pembangunan iman, Islam dan ihsan dalam keluarga sendiri pun terbarai. Jadi bagaimana pejuang yang dididik akan terus laju dalam perjuangan ?

Kena ingat. Perjuangan ini bukan bercakap-cakap saja. Perjuangan ini bukan bagi ceramah saja. Perjuangan ini bukan boleh cerita kat orang pasal apa jadi kat langit ketujuh, lepas tu benci bila tengok perempuan pakai tudung. Perjuangan yang lebih utama ialah perjuangan dalam bentuk amal perbuatan. Cakap-cakap juga, tapi kalau 100% cakap-cakap, 100% ceramah, itu meriam buluh. Nak harapkan kuat aje bunyi berdentum, silap-silap yang main meriam mati dulu. Orang yang banyak cakap, tapi tak beramal, malah memusuhi pula orang yang beramal, ini bukan perjuangan menegakkan Islam. Ini perjuangan menentang Islam.

Seperkara lagi, jangan dipersempitkan perjuangan kepada bagi ceramah, anjurkan aktiviti ceramah, ajak orang berhimpun dalam satu komuniti. Perjuangan bukan itu saja. Perjuangan yang lebih besar ialah perjuangan melawan hawa nafsu. Kalau boleh bersyarah dan berceramah, dalam masa yang sama simpan awek ramai-ramai, itu maksiat. Kalau boleh himpun orang ramai-ramai dalam satu komuniti, tapi lepas itu ajak buat maksiat, mengorat bini orang, berzina dengan bini orang, itu maksiat juga. Kalau kita mempersempitkan perjuangan ini setakat bagi ceramah, berkumpul dalam satu komuniti sambil menafikan usaha pihak lain dalam menzahirkan syariat Islam, tak ada beza dengan kepala otak si dayus yang jumud walau dia mengaku dia global.

Seperti yang pernah saya katakan, perjuangan ini bukan diukur diawalnya tetapi di akhirnya. Kalau diawal perjuangan kita boleh tunjuk kita warak, kita baik, kita banyak ilmu, tetapi dihujung perjuangan aqidah kita rosak, syariat kita cacat. Hancus, tak ada nilai disisi Allah. Contoh terhampir dan terjelas, Asaari dan Arqam. Peringkat awal perjalanan Arqam, dia boleh buat sekolah, buat kicap, sos, mee, suratkhabar, majalah, kaset. Tapi dipertengahan jalan rosak aqidah. Hancus. Tak ada nilai di sisi Allah.

Sebab itu perlu ada jemaah dan perlu ada sahabat. Sahabat akan membantu kita ketika kita sejuk dalam perjuangan. Sahabat akan tiup semula bara perjuangan agar api perjuangan marak kembali dan membakar hangus segala kemungkaran.

Kadang-kadang kita boleh lihat di alam cyber. Wah tok guru hebat bagi syarah hadis walau selamba saja fitnah orang, hasad dengki kat orang. Hadis 40 dia kupas pakai ilmu yang entah mana dia belajar kita pun tak tahu. Ni kira lajulah dalam perjuangan. Tapi bila bab nak amal poligami, pecah tembelang. Rupanya takut kat bini tua. Dayus.

Begitu juga, macam Asaari dan Rufaqa. Kalau dulu waktu awal perjuangan dengan jubah, serban, yang muslimahnya berpurdah. Buat macam-macam amal ibadah yang lain. Allah uji sikit saja, tak banyak. Taklah sampai mengancam nyawa. Terus tinggal jubah, serban dan purdah. Sebab apa ? Sebab sudah cacat aqidah dan syariat. Beramal bukan kerana Allah, beramal kerana tok guru. Berjuang bukan kerana Allah, tetapi kerana kepentiangan duniawi, nak hidup senang tanpa usaha, nak kuasa, nak berbini ramai, tapi berbini ramai style Asaari dan Rufaqa gentleman, tak macam sesetengah orang yang dayus. Kekarutan Asaari dan Rufaqa sampai sanggup berdusta atas nama Rasulullah S.A.W. Dajjal akhir zaman. Laknatullah a'laihim.

Sebab apa jadi begini ? Sebab berjuang bukan atas dasar iman, Islam dan Ihsan. Berjuang atas dasar kepentingan duniawi. Nak tunjuk banyak ilmu, nak tunjuk pandai berijtihad, nak tunjuk alim, nak tunjuk sufi. Tapi dalam diam-diam, dia tiup api permusuhan di hati orang yang memuja dan memujinya. Dalam masa yang sama, dijadikan ahli-ahli maksiat sebagai penasihat dalam memperjuangkan Islam. Hebat. Mana mungkin Islam tertegak dengan lidah musuh Allah ? Alangkah kelirunya pejuang akhir zaman.

Jadi persoalan perjuangan laju sewaktu permulaan tetapi slow diakhir perjuangan, sebenarnya banyak berpunca dari niat yang tak betul dalam perjuangan. Selebihnya adalah faktor tarbiah dan pemimpin yang memimpin perjuangan. Kalau tak ada tarbiah yang berterusan, maka jadilah perjuangan itu semakin slow, dan slow dan slow yang akhirnya terhenti.

Faktor pemimpin yang khianat, yang tidak mendidik dengan ikhlas dan tidak memimpin untuk beramal, yang dalam hatinya bercabang-cabang niat keduniaan. Ini pun penyebab orang jadi slow dalam perjuangan.

Kita tidak menafikan, bila sudah habis belajar, ada kerja, komitmen dan masa kita semakin terhad. Orang yang ikhlas dalam perjuangan, dia akan jumpa tok naqib dan berbincang, bagaimana nak dijadualkan perjuangannya. Dia sama sekali tidak menjadikan perjuangan menegakkan hukum-hakam Allah sebagai aktiviti part-time atau isi masa lapang.

Perjuangan adalah tuntutan agama. Perjuangan adalah tuntutan agama. Perjuangan adalah tuntutan agama. Ianya bukan kerja part time, sebaliknya seluruh tenaga dan masa hendaklah ditumpukan kepada perjuangan. Nanti adalah suara-suara cakap belakang, macam mana nak berjuang kalau dah ada keluarga, nak berkerja cari nafkah dan lain-lain lagi ? Sebab itu saya kata jangan dipersempitkan uslub perjuangan. Jangan jadi pejuang yang jumud. Jangan berjuang style orang jumud. Orang jumud, kalau dia suka bersyarah, dia anggap bersyarah sajalah perjuangan. Orang jumud, kalau dia minat berforum, dia kata berforum sajalah perjuangan. Orang yang tak berforum tak berjuang. Kalau orang minat chat room A, chat room A sajalah yang berjuang, selain chat room A itu semua ahli neraka gamaknya. Oleh itu jangan berjuang ikut style orang jumud. Dah le jumud, bodoh sombong pulak tu.

Ada banyak cara untuk berjuang. Tak semestinya dengan bersyarah. Kalau anda seorang arkitek, teruskan duduk di tempat anda sebagai arkitek. Namun gunakan kedudukan anda demi kepentingan Islam. Begitu juga halnya dengan profession yang lain. Berperananlah di tempat anda, berdasarkan bakat dan kepakaran yang anda miliki. Gunakanlah bakat dan kepakaran saudara-saudari untuk menegakkan Islam.

Ni adalah sekor pakar IT, disebabkan nak berjuang punya pasal, sanggup ikut hasutan tok guru yang munafik untuk hack portal web Islam. Untuk pengetahuan saudara saudari, portal teratak-ilmu sudah dua kali kena hack dengan orang munafik.

Lantaklah, bukan dia orang yang buat dunia dan alam ini. Portal kita yang baru ni pun sudah mula aktif semula. Terimakasih kepada abang Zul.

Kepada tok-tok guru yang munafik. Saya nak berpesan. Disebabkan anda berani menjanjikan syurga dan pahala pada orang yang buat maksiat, apa kisah kita nyatakan kebenaran berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Manusia yang hasad dengki dan munafik inilah golongan yang mendapat laknat dari Allah. Hah bila saya sebut laknatullah, adalah orang jadi phobia. Nanti adalah suara cakap-cakap belakang lagi yang timbul. Nak cakap berdepan tak berani.

Lantaklah mereka nak kata apa pada kita, yang penting kita punya prinsip dan matlamat yang jelas dalam perjuangan kita. Kalau kita kata putih, kita ada rujukannya dan kita akan pegang prinsip yang sama-sama kita persetujui.

Ada orang mengaku berprinsip, sekejap kata A, sekejap kata B, bila bini datang, bini dia kata C, cepat-cepat dia ikut kata bini, C. Tak ada prinsip. Ada juga sorang mamat, dia kata maki hamun ini salah, haram, dia kutuk kaw kaw chatter yang memaki hamun orang munafiq. Tapi bila ada member dia sendiri yang ahli maksiat, maki hamun orang yang tegur maksiat, mamat tu senyap pulak. Tak pulak si mamat tu bising kutuk member dia yang ahli maksiat tu, haram, salah memaki hamun orang yang tegur maksiat yang dia lakukan. Apa punya munafiq daaaa. Untuk nak cover sifat munafiq, dia akan kata, "ooh itu tidak relevan, di luar tajuk perbincangan."

Kita sudah persetujui bersama. Kita akan berusaha mengikuti jejak salafussoleh. Biar mereka memperlekehkan ulamak-ulamak mazhab seperti mereka lakukan di program Gerakan Tajdid. Biar mereka tolak ulamak-ulamak salafussoleh atas alasan tidak relevan. Kerana kita yakin, contoh dan pemikiran yang dibawa oleh Imam Mazhab dan ulamak salafussoleh lebih berjaya dari ulamak-ulamak chatting dan ustaz celop yang ada kini. Mereka ulamak-ulamak salafussoleh dan Imam Mazhab, hidup dan matinya mereka dapat dilihat dan dinilai dalam kemuliaan. Ulamak chatting dan ustaz celop bagaimana ? Hidup mereka pun penuh hipokrit, bacul dan dayus. Ehhh takkan kita nak ikut ustaz celop yang bacul lagi dayus.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home