Forum Antara Benua

Monday, January 29, 2007

Farewell Ramadhan Part 7

Text Forum Dunia Islam Antara Benua Al Ansar Foundation

Tarikh - Masa : 26 Oct'06 - 10 pm (Malaysia) / 26 Oct'06 - 12 midnite (Australia) / 26 Oct'06 - 4 pm (France) / 26 Oct'06 - 3 pm (Ireland) / 26 Oct'06 - 4 pm (South Africa) / 26 Oct'06 - 7 pm (Uzbekistan) / 26 Oct'06 - 10 pm (Indonesia ) / 26 Oct'06 - 9 pm(Thailand) / 26 Oct'06 - 10 pm (Singapore) / 26 Oct'06 - 10 pm ( Brunei ) / 26 Oct'06 - 10 am (Canada) / 26 Oct'06 - 4 pm (Syria)

Tempat : Chat room Eagropharma (Paltalk Private Conference )

Tajuk : Farewell Ramadhan 1427H

Perantara : garden_of_jannah

Panelis :
1. ansari008
2. heros_de_france
3. naga_lawan_otromen


Soalan : Kalau kita masuk ke chat room yang bercorak Islamic, kita didedahkan dengan persoalan syurga, neraka, dosa, pahala. Sedangkan dalam realiti sekarang, manusia lebih ghairah membicarakan pembangunan duniawi, kecanggihan teknologi. Adakah umat Islam tak berfikir bahawa persoalan syurga dan nerak akan menjadikan seseorang itu mundur dan jumud ?

Jawapan

Panelis 1 : Terima kasih saudara XXXXXXX. Bertemu lagi kita disini untuk meneruskan dialog kita berkesinambungan dari dialog-dialog di Faith Clinic. Semoga hidayah Allah akan membuka pintu hati anda untuk menerima iman dan Islam suatu masa nanti.

Cuba kita lihat kehidupan realiti sebenar kita. Adakah orang yang mundur itu semua orang Islam yang asyik sebut syurga dan nerakakah ? Adakah orang yang bodoh dan jumud itu dari kalangan orang yang menyebut pasal Tuhan dan hari pembalasan sahajakah ?

Dalam hal maju mundur tamadun sesuatu kaum, orang yang Islam kena, orang yang tak Islam pun kena. Orang yang yang Islam susah, orang yang tak Islam pun susah. Orang Islam miskin, orang yang tak Islam pun miskin.

Tak percaya cuba lihat di Amerika, orang kaya begitu kaya. Tinggal di rumah harga juta-juta Dollar. Bukan beli harga juta Dollar, tapi sewa saja 2 atau 3 juta dollar sebulan. Tapi di Amerika juga orang miskin terlalu miskin. Ada yang tidur bawah jambatan, ada yang tidur di kaki lima. Dalam kotak dan lain-lain lagi. Yang kaya pula mengaut kekayaan berdasarkan penindasan. Biasalah sistem kapitalis. Tindas selagi boleh, walaupun bangsa sendiri.

Cuba pula lihat di India. Yang miskin-miskin papa kedana semua penganut Hindu. Majority miskin. Orang Islam ada juga miskin tetapi taklah seteruk orang Hindu. Sebab apa orang Islam yang miskin tidak seteruk orang hindu ? Sebab dalam Islam ada zakat. Orang Islam yang dididik dengan iman, yang dididik dengan syurga dan neraka, mereka akan mengeluarkan zakat. Zakat inilah yang disalurkan kepada fakir miskin. Secara tak langsung keadaan umat Islam tak lah semundur berbanding penganut gama lain. FORBES dan FEER mendedahkan orang yang kelima terkaya didunia ialah seorang muslim dari India yang zuhud bernama Hazim Premji. Presiden Wipro Ltd. Dia orang Islam. Walaupun sudah menjadi orang kelima terkaya didunia, dia tak pakai supir dan kereta mewah. Dia masih drive sendiri kereta Ford model 1979 ke pejabat.

Ada kristian mengajar penganutnya wajib mengeluarkan zakat pada kadar dan tempoh tertentu ? Ada Hindu atau Buddha mewajibkan penganutnya mengeluarkan zakat dan memberi garispanduan, siapakah yang layak menerima zakat ? Kalau kristian ada mengajar umat dia mengeluarkan zakat, saya rasa tak akan ada rakyat Amerika yang tidur dalam kolong parit. Cuba bayangkan, seorang artis di Amerika paling miskin berpendapatan USD 8 juta setahun. Ada berapa ribu artis di Amerika ? Banyak. Sampai boleh buat Hollywood. Pendapatan yang bernilai jutaan dollar, kalau 1 per 40 darinya dikeluarkan zakat, sudah berapa ? tetapi ini tidak berlaku. Sebab apa ? Sebab tidak diajar tentang syurga dan neraka. Tidak diajar bahwa membuat baik itu balasannya syurga.

Jadi kemunduran dan kejumudan sesuatu bangsa adalah faktor lain dan bukannya faktor Islam dan iman. Perkara inilah yang tidak kita faham dan keliru, termasuklah ahli-ahli agama dan mubaligh.

Tetapi, rahsia untuk umat Islam berdaulat dan bermaruah adalah TAQWA. Itulah antara perbezaan antara umat Islam dan bukan Islam. Kekuatan umat Islam adalah Taqwa. Kekuatan orang kafir adalah quwwah, kekuatan lahiriah. Untuk umat Islam berjaya, inilah syarat dan rahsianya. TAQWA.

Allah telah menetapkan umat Islam jika mahu berjaya sama ada di dunia atau di akhirat, mestilah dengan taqwa. Kerana dengan taqwa, maka umat Islam dibantu Allah.

Kita selalu dengar taqwa, taqwa, taqwa. Kita tahu ke taqwa ni apa ? Paling tidak seminggu dua kali kita dengar perkataan taqwa disebut oleh Tok Khatib. Apa taqwa ni ? Taqwa ialah kita melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah iaitu hukum yang wajib dan yang sunat, serta meninggalkan apa yang ditegah iaitu hukum yang haram dan makruh. Jika umat Islam melakukan perkara yang disuruh Allah, mereka bayar zakat secara langsung permasalahan mundur, miskin di kalangan umat Islam dapat diselesaikan. Jika umat Islam meninggalkan perkara yang dilarang Allah sama ada perintah haram ataupun makruh, umat Islam akan terselamat dari gejala sosial anak haram, sihat dari kena barah paru-paru sebab tak merokok dan sebagainya. Allah mewajibkan melahirkan segala aspek sistem kehidupan, perubatan, pendidikan, perkampungan, perundangan dan sebagainya. Secara tak langsung Islam mewajibkan umatnya membangun. Tetapi mengapa sehingga sekarang umat Islam tidak terbangun dan masih ditindas ? Itu bukan salah ajaran Islam, tetapi salah umat Islam kerana tidak mengamalkan ajaran Islam.

Darul Tauhid di Indon, pimpinan Kiai AA Gymnastiar. Beliau mampu membangunkan pendidikan Islam dari peringkat Tadika hingga ke peringkat Universiti dan diiktiraf oleh pihak Indonesia dan antarabangsa. Darul Tauhid juga mempunyai perkampungan sendiri, dan di perkampungan tersebut mereka laksanakan ta'alim dan tarbiah, serta perundangan kampung mereka sendiri. Alhamdulillah berkat ta'alim dan tarbiah Islami dari pendidikan mereka, tidak ada kedengaran gejala sosial yang berlaku sesama mereka. Mereka punya sistem perladangan sendiri untuk menampung hidup ahli-ahli dan dijadikan sumber jualan kepada masyarakat. Mereka mampu mempunyai jaringan ekonomi dari Utara Indonesia sehinggalah ke Irian Jaya, dari sekecil-kecil gerai jalanan sehinggalah hypermarket. Mereka punya kilang percetakan sendiri yang mencetak buku-buku, kitab dan majalah bagi menyalurkan tarbiah dan dakwah mereka. Stesen radio pun mereka ada dan lebih awal dari IKIM di Malaysia. Mereka tidak bergantung kepada musuh-musuh Islam lebih-lebih lagi menjadi anjing ahli politik sekular untuk hidup. Ini tanda apabila kikta amalkan ajaran Islam, kita sebenarnya memerdekakan diri kita dari kongkongan musuh Islam.

Kalau Asaari dan Rufaqa dabik dada bahawa Jemaah Rufaqa adalah yang terbaik di dunia ini. Kalau dibandingkan dengan Darul Tauhid, Rufaqa dan Asaari jauh berbeza. Sistem pendidikan Rufaqa, asas ilmu Tauhid Ahlus sunnah wal Jamaah pun dah tak lulus. Kalau Asaari yang jadi pemimpin sudah rosak aqidah dan ajaran yang dibawa bertentangan dengan ajaran ilmu asas ahlus sunnah wal jamaah atau ilmu sifat 20, takkan kita nak kata pendidikan Rufaqa berjaya ? Pelajar Rufaqa di Country Homes Rawang tu pun hanya tahu bernasyid. Kesihatan yang dijalankan oleh Rufaqa, tabib Skylab Rufaqa merogol pesakit. Ekonomi Rufaqa semua hutang bertimbun, nampak kulit, isi dalaman buruk. Apa yang dilakukan oleh Asaari dan Rufaqa hanya mendatangkan fitnah kepada jemaah-jemaah tarekat yang haq. Mengapa jadi begini ? Kerana tidak amalkan ajaran Islam yang sebenar.

Jadi ini menjadi hujjah, jika kita memperkatakan soal iman, soal akhirat, soal syurga, soal neraka, sepatutnya kita akan semakin maju. Sebab kita terpaksa memenuhi tuntutan sebagai khalifah Allah. Khalifah Allah kena mentadbir. Nak mentadbir kenalah ada sistem. Nak ada sistem kenalah membangun. Di sini kita sudahpun membangun dan maju. Wallahu a'lam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home