Forum Antara Benua

Monday, January 29, 2007

Farewell Ramadhan Part 5

Text Forum Dunia Islam Antara Benua Al Ansar Foundation

Tarikh - Masa : 26 Oct'06 - 10 pm (Malaysia) / 26 Oct'06 - 12 midnite (Australia) / 26 Oct'06 - 4 pm (France) / 26 Oct'06 - 3 pm (Ireland) / 26 Oct'06 - 4 pm (South Africa) / 26 Oct'06 - 7 pm (Uzbekistan) / 26 Oct'06 - 10 pm (Indonesia ) / 26 Oct'06 - 9 pm(Thailand) / 26 Oct'06 - 10 pm (Singapore) / 26 Oct'06 - 10 pm ( Brunei ) / 26 Oct'06 - 10 am (Canada) / 26 Oct'06 - 4 pm (Syria)

Tempat : Chat room Eagropharma (Paltalk Private Conference )

Tajuk : Farewell Ramadhan 1427H

Perantara : garden_of_jannah

Panelis :
1. ansari008
2. heros_de_france
3. naga_lawan_otromen



Soalan : Isu keamanan, hak asasi umat Islam dicabul, apakah peranan yang boleh dilakukan dalam dunia cyber dalam membela hak dan maruah umat Islam ?

Jawapan :

Panelis 2 : Ditimpakan kehinaan di mana sahaja kamu berada melainkan kamu menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri dengan manusia.

Itulah ayat Quran yang menjadi asas kehinaan dan kemuliaan maruah umat Islam. Menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri dengan manusia. Sejauhmana berjayanya peranan komuniti cyber dalam membela maruah umat Islam, adalah sejauhmana komuniti cyber berjaya menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri dengan manusia.

Hablumminallah dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Hablumminannas dengan melaksanakan segala tuntutan kemasyarakatan dalam bentuk fardhu kifayah. Menyelamatkan masyarakat dari dosa mengabaikan tuntutan fardhu kifayah. Dalam melaksanakan tuntutan fardhu kifayah, kita tidak boleh lari untuk hidup bermasyarakat. Mustahil kita seorang diri mampu melaksanakan kesemua tuntutan fardhu kifayah. Kitalah arkitek, kitalah doktor, kitalah tukang rumah, kitalah cikgu, kitalah tok imam dan sebagainya. Masyarakat yang mampu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah adalah masyarakat yang sama-sama terdidik dan mempunyai fahaman ilmu yang selaras dan selari dengan syariat.

Hijrahnya Rasulullah S.A.W. adalah untuk melahirkan contoh dan membentuk teladan kemasyarakatan berlandaskan suasana masyarakat yang kuat ukhwah dan perpaduan dan saling berkasih sayang. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. setelah berhijrah. Contoh gaya hidup sebagai seorang Muslim dizahirkan dalam bentuk amal perbuatan. Antara cakap, omong kosong dan berhujjah bodoh tanpa sandaran ilmu, menzahirkan amal perbuatan adalah lebih utama.

Kita boleh mengatakan dan bertempik, kitalah manusia yang berilmu banyak. Tapi kalau tidak beramal tak guna. Kita boleh kutuk orang tak mahu berdakwah. Kita boleh dabik dada mengaku "Akulah yang paling arif, paling hikmah, paling pandai tentang uslub dakwah", tapi kita pun masih dikudakan oleh ahli-ahli maksiat untuk melindungi dosa dan perzinaan yang ahli maksiat lakukan. Malah, orang yang mendabik diri sebagai pejuang Islam dunia cyber yang paling berhikmah serta paling arif dalam uslub dakwah Nabi S.A.W. , untuk berpoligami pun masih dayus untuk memaklumkan kepada isteri tua.

Macammana kita ingin membela maruah Islam kalau kita sendiri bersifat dayus ?

Apa peranan kita di komuniti cyber untuk mendaulatkan maruah Islam ?

Perteguhkanlah hubungan dengan Allah agar segala usaha dipermudahkan Allah dan diberkati Nya. Perteguhkanlah hubungan sesama manusia agar umat terbela dan bebas pergantungan dari system yang menyalahi syariat. Pastikan perjalanan di dunia cyber selaras dengan syariat. Gunakan kelebihan yang ada untuk menyampaikan ilmu dengan ikhlas tanpa dicelah kepentingan nafsu peribadi.



Panelis 3 : Iman, Islam dan Ihsan. Inilah dasar dan maruah umat Islam. Sejauhmana umat Islam mampu beramal dan mempertahankan dan memperjuangkan iman, Islam dan ihsan, sejauh itulah mulia dan berdaulatnya maruah umat Islam.

Maruah umat Islam banyak sudah dibicarakan di alam cyber. Rata-rata kesemua orang di alam cyber ini yang mengaku Islam, mengaku ingin memartabatkan dan mendaulatkan maruah Islam dan umatnya, walaupun yang berbicara sendiri keliru dengan Islam yang dianutinya. Walaupun yang berbicara sendiri mengajak orang untuk melakukan maksiat dan mungkar. Orang yang bertempik ingin mendaulatkan Islam, tapi dia sendiri menjadi bacul dan dayus dengan isterinya bila nak mengamalkan poligami. Inikah maruah yang yang kita canang-canangkan ?

Apakah maruah Islam itu dibina di atas dosa dan mungkar ? Apakah maruah Islam terletak pada fahaman sempit, jumud dan keliru manusia-manusia yang jahil muraqab yang berlagak bagaikan Tuhan membuat hukum atas kepentingan peribadi diri sendiri dan rakan-rakan yang maksiat ? Diri sendiri dan rakan-rakan semaksiat menuduh orang yang tidak sefahaman dengannya sebagai salah. Apakah maruah Islam itu tertegak dan didokong oleh manusia-manusia yang bacul dan dayus yang hanya berani berkokok di kampung sendiri sambil melarikan diri dari bersemuka dengan orang yang dituduh ?

Faktor kejahilan, factor ego, factor hasad dengki dan segala mazmumah memburukkan situasi umat Islam yang sedang ditekan dan ditindas oleh Yahudi dan Nasrani. Tak payah suruh kristian atau Yahudi cemarkan maruah umat Islam, cukup seekor manusia yang jahil berlagak bagaikan Tuhan, membuat hukum bagaikan firman, untuk diikuti oleh manusia jahil yang lain. Ini sudah cukup menghancurkan maruah Islam.

Dalam kita berkampung di alam cyber, ingatlah bahawa kita masih terikat dengan hukum syariat. Terdapat banyaknya komuniti cyber bukan bermakna Islam itu terhina dan hancur, sehancur hati-hati si munafik dari menerima kebenaran. Andainya kesemua komuniti cyber meletakkan yang haq di tempatnya dan yang bathil sama-sama dihancurkan bersama, takkan timbul krisis sesama umat Islam.

Cuba tanya, mengapa berlaku perpecahan di kalangan komuniti cyber ? Contoh yang terdekat yang saya nampak, bila ada moderator mencabul maruah keluarga orang, mangsa pencabulan menuntut haqnya, moderator yang maksiat dibela oleh orang yang mengaku kuat pegangan agamanya yang mampu berfatwa. Lantas mangsa yang menuntut haqnya terus ditindas dan dizalimi. Siapa yang cuba mempertahankan mangsa di musuhi. Perkara yang diharuskan oleh syariat di eksploitasi sehingga nampak macam haram. Perkara yang jelas dan nyata haram berdasarkan syariat, dipejamkan mata agar tak nampak. Ahli-ahli yang jahil dialihkan pandangan ke isu yang lain agar maksiat yang dilakukan dilupakan dan disembunyikan. Inikah yang dikatakan maruah Islam ?

Begitu juga tentang isu bertudung. Ada ulamak celop kata tak salah kalau orang dedah aurat terus dari pakai tudung yang tak sempurna.

Arwah tok saya pernah bagitahu kat saya :

"Kalau tak boleh amal semua, JANGAN pula kita tinggalkan semua"

TIDAK pulak arwah tok saya ajar :

"Kalau tak boleh amal semua, BOLEH terbaraikan semua"

Harap ada ustaz-ustaz kat sini tolong betulkan kalau ada yang tak betul dengan kaedah arwah tok saya.

Andainya iman, Islam dan ihsan sudah terbarai di kalangan moderator komuniti cyber, mana mungkin ahli komuniti akan memiliki jiwa perjuangan untuk mendaulatkan maruah Islam ? Tak nafi, ada aktiviti berbau iman dan Islam di komuniti cyber, tapi apakah aktiviti tersebut menjurus ke arah pembinaan insan atau apakah sekadar cukup syarat agar dinamakan komuniti Islam ? Andainya matlamat aktiviti menjurus kepada pembangunan jiwa insan, mengapakah para moderator masih berlazat-lazatan dengan mungkar dan maksiat ? Mengapakah para moderator masih mempertikaikan perkara yang diharuskan oleh syariat dan di masa yang sama memejam mata ke atas maksiat yang dilakukan oleh rakan-rakan baik dan penasihat komuniti ? Ikhtilat, fitnah, qazaf dan 1001 macam kemungkaran yang berlaku yang jelas dan nyata haram serta tidak ada khilaf, masih tidak diendahkan oleh moderator sebaliknya moderator sibuk dengan perkara yang tidak bersalahan dengan syariat dan perkara-perkara khilaf. Beginikah cara nak tebus maruah Islam ?

Andainya pendokong komuniti cyber sendiri mengambil sikap sambil lewa dan pilih bulu dalam menangani kemungkaran, dan pada masa yang sama moderator berhasad dengki dengan seruan makrufat, mana mungkin maruah Islam mampu didaulatkan kerana maruah pendokong dan moderator cyber sendiri sudah hancur dicabul oleh yang empunya diri.

Menegakkan maruah Islam di alam cyber perlu dimulakan dengan menegakkan maruah komuniti cyber. Tertegaknya maruah di sesuatu komuniti cyber mesti dimulakan dengan menegakkan maruah moderator komuniti. Andainya moderator sudah bacul dan dayus, datangkanlah 6666 ayat Quran dalam bicara, tempatnya masih di neraka. Andainya moderator sudah menjadikan hasad dengki dan fitnah sebagai pakaian hidup, datangkanlah ribuan hadis dalam bual bicara, maruah Islam akan terus di injak-injak oleh musuh-musuh Islam. Andainya moderator sudah menyempitkan ajaran Islam dan kurang senang ke atas usaha melahirkan role model oleh komuniti cyber yang lain, mana mungkin maruah Islam akan berdaulat di alam cyber ?

Tak payahlah moderator nak boast up dengan susur galur yang bersambung dengan darah Turki Osmaniah. Iman itu bukan sesuatu yang diwarisi. Kalau ada darah keturunan Nabi pun, tapi masih tidak beriman, masih buat maksiat, masih dayus, masih bacul, masih munafik, tak ada beza dengan sifat dan watak anak-anak Nabi Lut.

Saya mengambil kesempatan di forum ini untuk tidak jemu-jemu menyeru kepada saudara dan saudari dan diri saya. Lengkapkanlah diri kita dengan ilmu Islam. Beramallah dan berjuanglah agar keindahan iman, Islam dan ihsan dapat dizahirkan. Insan-insan yang ikhlas akan datang dengan sendiri tanpa dicanang untuk menjadi hawariy dalam perjuangan ini. Persetankan dengan manusia bacul, dayus, munafiq dan hasad dengki yang kurang senang dengan usaha kita. Bukan si bacul, dayus dan munafiq itu yang berhak menilai usaha kita, melainkan Allah jua. Runtuhkan kubu mungkar dan maksiat. Binalah iman, Islam dan ihsan di atas runtuhan jahiliah tersebut. Inilah peranan kita. Mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah dengan melaksanakan hukum-hakam Nya.

Panelis 1 : Sessi brainstorming kita semakin panas. Semoga apa yang dibahaskan disini akan memandu kita semua untuk berfikir dan menilai berdasarkan syariat.

Islam merupakan satu agama yang indah, harmoni dan tidak akan sesekali menyusahkan umatnya. Islam juga merupakan satu agama yang sarwajagat kerana memenuhi segala aspek kehidupan manusia. Tetapi sejak akhir-akhir ini Islam telah disalahtafsirkan dan orang Isalam sendiri mengatakan bahawa agama ini adalah agama yang radikal, berhaluan kiri dan sentiasa dahagakan darah korban manusia.

Lebih zalim, dengan perkembangan era IT, umat Islam yang jahil cuba menimba ilmu tanpa menadah kitab. Ilmu diceduk dari laman web tanpa bimbingan guru. Ayat Quran dan hadis diterjemah dan tafsir tanpa mengambil kira disiplin mentafsir ilmu sambil menafikan seerah Nabi, para sahabat dan salafussoleh dalam beramal. Maka berkisarlah ilmu dalam kepala manusia-manusia jahil yang mempersempitkan keindahan Islam itu sendiri.

Tak hairan kita dapati umat Islam sendiri yang dalam sedar tak sedar membantu musuh Islam mencemar maruah Islam. Saya pernah melayari beberapa laman web dan melihat perbincangan- perbincangan di laman web. Lebih banyak orang yang tidak layak mengupas ilmu Quran serta hadis dari yang layak. Tak hairan ulamak muktabar salafussoleh di perlekeh, ditolak fatwa dan pendapatnya sama ada secara nyata atau tak sengaja. Seolah-olah orang jahil ini mengatakan “Akulah yang lebih hebat dari orang di zaman salafussoleh”. Tapi kita lihat orang yang sebegini membiarkan rakan-rakan mereka membuat maksiat. Mereka sanggup bersekongkol dengan pendokong-pendokong ajaran sesat yang berdusta atas nama Nabi. Mereka serang orang-orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka. Kalau begini, macam mana kita nak tebus maruah Islam ?

Antara tajuk yang popular, bab maki hamun. Ada orang mendatangkan hujjah fatwa dan pendapat ulamak muktabar salafussoleh. Ada pula orang membangkang dengan menterjemahkan satu perkataan Arab ke bahasa Melayu, lepas itu dia hurai. Beginikah disiplin kita membuat dan mengikut fatwa dalam usul fiqh ? Terjemahkan satu perkataan Arab ke Melayu, lepas tu kita senang-senang nafikan pendapat dan amalan ulamak muktabar salafussoleh. Martabat apa kita nak beri pada dia ? Hujjatul Islam atau rahmatullah a’laihi ? Sebab mereka lebih mulia dan lebih arif dari ulamak muktabar salafussoleh.

Orang macam ini sibuk mempertikai persoalan yang diharuskan syarak sehingga terlupa ramai remaja kita dan remaja tua bangka yang berzina. Orang macam ini sibuk mempertikai perkara yang pernah dilakukan ulamak muktabar salafussoleh sehingga terlupa mengadu domba dan memfitnah itu haram.

Syarak mengharuskan mencela dan memaki golongan fasiq dan munafiq. Syarak juga mewajibkan memerangi dan membunuh golongan munafiq setelah kadar kerosakan yang mereka lakukan cukup untuk menyesatkan seorang Islam berpaling dari keimanan.

Mencela dan memaki adalah diharuskan ke atas golongan fasik dan munafiq. Paling lemah pun hukum mencaci dan mencela golongan fasiq dan munafiq ialah harus. Bukannya wajib. Sebaris kategori hukum perkara khilafiah.

Apa hukum zina ? Apa hukum fitnah ? Jelas haram. Zina, fitnah jelas haram. Zina jelas haram walaupun berzina dengan orang kafir, orang munafiq atau pun orang fasiq. Tak ada yang harus, makruh, sunat atau wajib tentang zina. Walaupun Datuk Dr Mashitah pernah keluarkan fatwa, hukum melacurkan diri adalah darurat dan dibolehkan. Inilah ulamak zaman modern Islam Hadhari.

Mencegah perbuatan yang nyata haram adalah wajib. Tapi perkara yang sepatutnya dijadikan tumpuan untuk dicegah, dibiarkan berlaku. Kita sibuk bergaduh pasal hukum harus, kita tak ambil kisah pasal dosa haram. Mana maruah kita ? Tak payah sebut maruah umat, maruah sendiri dah rosak.

Kalau pemimpin atau imam, lebih suka menyibukkan diri dengan perkara yang harus. Kemudian benci kepada orang-orang yang memerangi perkara yang haram. Hanya satu soalan, LAYAKKAH DIA MEMIMPIN ?

Inilah sifat orang yang berjuang guna internet. Suka pertikai benda yang tak salah. Benda yang jelas salah, pejam mata. Macam mana nak tebus maruah Islam?

Mengapa jadi macam ini ? Mengapa orang yang nampak alim, boleh cerita bab agama, tapi rasa marah bila ada orang mencela golongan munafiq ? Mengapa ada orang yang nampak alim, boleh cerita hal agama, tapi rasa marah bila ada pihak berkempen agar umat Islam memerangi zina dan dosa kemungkaran ?

Terfikir tak kita bahawa ini semua terjadi akibat telunjuk nafsu dan tipu daya syaitan ?

Orang berjuang guna internet, terutama yang jahil, dia buat macam ini disebabkan dua perkara :

Satu, mereka boleh tunjuk mereka pandai dengan menolak pandangan ulamak muktabar salafussoleh. Nanti orang akan lebih hormat pada dia. Orang kata dia kuat iman dan lebih hujjatul Islam dari Imam Ghazali.

Kedua mereka dan kawan-kawan dia sendiri melakukan yang haram yang sesuai dengan nafsu. Dengan mempertikaikan perkara yang diharuskan syarak adalah salah satu cara nak tutup mungkar yang sudah jadi darah daging mereka serta mengalih pandangan orang lain tentang kedudukan haram perbuatan maksiat yang mereka lakukan. Orang putih kata "reverse-psychology ".

Kalau begini sifat orang yang berjuang di internet. Macam mana nak tebus maruah Islam. Fikiran bercelaru. Perkara yang kedudukan hukumnya harus dipertikai sampai bertahun-tahun. Perkara maksiat yang dilakukan oleh kawan-kawan disembunyikan dan disorokkan atas alasan kononnya nak berhikmah. Orang yang sepatutnya memimpin rakyat ke arah iman sudah khianat dengan hukum Allah dan tidak amanah, macam mana nak tebus maruah Islam.

Jalan penyelesaiannya, kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah. Ikutilah orang salafussoleh. Letakkan orang yang betul ditempatnya. Biar ulamak yang memimpin, bukan ular dalam semak. Ular dalam semak kalau memimpin, rosak umat. Maruah bukan sahaja tidak tertebus, tetapi semakin tercemar. Wallahu a’lam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home