Forum Antara Benua

Monday, January 29, 2007

Farewell Ramadhan Part 1

Text (Terjemahan) Forum Dunia Islam Antara Benua Al Ansar Foundation

Tarikh - Masa : 26 Oct'06 - 10 pm (Malaysia) / 26 Oct'06 - 12 midnite (Australia) / 26 Oct'06 - 4 pm (France) / 26 Oct'06 - 3 pm (Ireland) / 26 Oct'06 - 4 pm (South Africa) / 26 Oct'06 - 7 pm (Uzbekistan) / 26 Oct'06 - 10 pm (Indonesia ) / 26 Oct'06 - 9 pm(Thailand) / 26 Oct'06 - 10 pm (Singapore) / 26 Oct'06 - 10 pm ( Brunei ) / 26 Oct'06 - 10 am (Canada) / 26 Oct'06 - 4 pm (Syria)

Tempat : Chat room Eagropharma (Paltalk Private Conference )

Tajuk : Farewell Ramadhan 1427H

Perantara : garden_of_jannah

Panelis :
1. ansari008
2. heros_de_france
3. naga_lawan_otromen

Soalan : Ahli panel selalu memperkatakan pentingnya sahabat dalam perjuangan. Realiti kehidupan, semua orang ada sahabat, paling kurang seorang. Sebab kita semua hidup bermasayarakat. Tetapi banyak jemaah dan gerakan Islam masih tidak mampu menangani arus gelombang jahiliah. Adakah ini bermakna sahabat yang ada masih belum mampu menjadi pembantu dalam perjuangan ?

Jawapan :

Panelis 3 : Sewaktu Forum Antara Benua sempena Maal Hijrah yang lalu, kita ada membicarakan tentang hikmah hijrah Rasulullah S.A.W. dari Mekah ke Madinah. Antara hikmah penghijrahan Rasulullah S.A.W. ialah :

Untuk mengumpulkan pengikut-pengikut yang sanggup membina tali persahabatan berdasarkan hukum-hakam Allah. Pengikut-pengikut inilah yang dinamakan sahabat radiallahu anhuma. Mereka sanggup susah bersam-sama Rasulullah S.A.W. malah sanggup hidup merana demi melihat syariat Islam diagunggkan.
Untuk mencari tapak yang sesuai , keadaan persekitaran yang tenang, tanpa gangguan bagi membina fizikal, akal dan jiwa para sahabat. Madinah menjadi bagaikan suatu daerah suluk bagi Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. Setelah fizikal, akal dan jiwa para sahabat dibangun, mereka terjun ke tengah masyarakat untuk membaiki kepincangan masyarakat.
Setelah fizikal, akal dan jiwa para sahabat dibangunkan, mereka melahirkan system kehidupan Islam dalam bentuk lisanul hal atau amalan. Mereka bangunkan tempat ibadah iaitu masjid. Mereka bangunkan pendidikan. Mereka bangunkan ekonomi. Mereka bangunkan pentadbiran siasah kenegaraan. Mereka bangunkan ketenteraan dan lain-lain tuntutan hablumminAllah dan hablumminannas. Sebab mereka tahu dan yakin bahwa dakwah secara lisanul hal adalah lebih utama dari dakwah secara lisan. Di Madinah, walau Rasulullah S.A.W. menjadi pemimpin umat Islam sedunia kala itu, mana ada syarahan rasmi oleh Rasulullah untuk para sahabat. Syarahan dan ceramah rasmi oleh Rasulullah S.A.W. hanya ada satu slot sahaja dalam seminggu iaitu sewaktu khutbah Jumaat. Jadi saya menyimpulkan, jika ada orang boleh buat 21 slots ceramah dan syarahan seminggu, sepatutnya iman di kalangan pengikut-pengikut mereka mesti 21 kali lebih hebat dari iman dan ketaqwaan para sahabat. Kadang-kadang orang rasa mereka hebat, mereka rasa syarahan dan ceramah 21 slots seminggu itulah yang terbaik. Perasan mereka lebih hebat dari para sahabat radiallahuanhuma. Sebab itu senang-senang tolak ulamak salafussoleh. Sebab itu moderator selamba saja berzina. Sebab sudah rasa hebat dan dijamin syurga.
Hasil pembangunan system hidup menurut Islam, kefahaman dan tindakan dapat diselaraskan dan selari berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kalau haram, sama-sama diterima haram oleh sahabat yang lain. Kalau halal, sama-sama diterima halal oleh sahabat-sahabat yang lain. Dari pengamalan dan keselarasan inilah lahirnya identity dan syiar Islam. Perjuangan yang ada identity dan bersyiar, akan melahirkan pejuang-pejuang yang berprinsip.
Rasulullah S.A.W. mendidik para sahabat untuk berukhwah dan berkasih sayang sehingga mereka sanggup menjaga kepentingan sahabat yang lain dari kepentingan diri dan keluarga sendiri.

Walaupun Abu Lahab menuduh Rasulullah S.A.W. berhijrah kerana sudah frust berdakwah kepada orang Quraisy, Mekah. Yang peliknya di saat-saat akhir kehidupan Rasulullah S.A.W. , baginda telah berjaya menyebarkan iman bukan sahaja di Madinah , tetapi juga di Mekah. Walaupun Rasulullah S.A.W. tak masuk ke Mekah puluhan tahun untuk berceramah dan bersyarah. Sebab apa ? Sebab dakwah lisanul hal dan bermatlamat itu lebih bermakna dan lebih utama berbanding ceramah air liur untuk mengisi masa lapang dan halwa telinga. Seterusnya dakwah lisanul hal ini berkembang sehingga ke Afrika, Eropah, benua Timur termasuklah di kepulauan Nusantara oleh para sahabat dan salafussoleh. Inilah hebatnya dakwah lisanul hal berbanding dakwah ceramah air liur untuk isi masa lapang dan halwa telinga.

Pejuang yang jumud, akan mengambil dan mengikuti sunnah Abu Lahab, menuduh orang yang berhijrah sebagai frust dalam perjuangan dan tak layak berjuang. Pejuang yang jumud juga akan mengikut jejak langkah Abu Lahab menyerang peribadi orang yang berhijrah untuk melahirkan role model. Pejuang yang jumud juga akan mengikut cara hidup Abu Lahab memerangi Madinah, kerana khuatir orang yang berhijrah akan mampu menghimpun orang-orang yang bersedia menjadi sahabat dalam perjuangan untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi.

Al Quran dan Sunnah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai panduan. Sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W. , sahabat dan tabiin dihidangkan sebagai panduan untuk kita beramal. Terpulang kepada diri pejuang sama ada ingin memperjuangkan Islam dengan hati terbuka dan jiwa yang besar atau ingin memperjuangkan Islam dengan fikiran yang jumud serta mengikut gaya hidup Abu Lahab laknatullah.

Gerenti, akan ada suara-suara yang anti dengan perkataan laknatullah. Lantaklah mereka nak kata apa. Member sendiri berzina dia tak bising lak.

Peranan para sahabat dalam perjuangan ialah untuk sama-sama membantu dalam menegakkan hukum-hakam Allah di muka bumi. Kalau mengaku sahabat, tetapi masih tidak membantu dalam menegakkan hukum Allah sebaliknya meruntuhkan dan menghina hukum syariat, itu bukan sahabat. Itu adalah musuh Allah.

Panelis 1 : Hubungan yang paling intim antara dua manusia disimpulkan dalam makna persahabatan. Sahabat adalah orang yang paling akrab, rapat dan memahami sahabatnya yang lain. Ikatan inilah yang dapat membantu manusia mencapai cita-citanya. Tidak ada satu cita-cita pun dalam hidup kita boleh dicapai bersendirian. Hidup kita saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu Islam mengatur fitrah semulajadi manusia yang inginkan sahabat dengan satu abad yang tepat dan indah.

Kemenangan dan kegemilangan Islam di zaman Rasulullah dapat dicapai dengan adanya ikatan persahabatan yang sangat erat antara Nabi Muhammad dan pengikut baginda. Sahabat-sahabat Nabi yang seiya sekata dan sanggup berkorban apa saja demi perjuangan yang tercinta, telah dapat mengatasi apa jua halangan yang datang. Ikatan persahabatan bertunjangkan imanlah yang memberi kekuatan kepada mereka ketika diseksa di mekah, ketika berhijrah ke Habsyah dan Madinah, ketika berperang di medan Badar, Uhud dan Khandak.

Sahabat lebih bernilai dari harta. Tanpa sahabat, hidup akan sunyi dan malap. Tidak ada orang yang boleh kita jadikan teman dalam saat-saat genting. Sedangkan Rasulullah S.A.W. di gua Thur masih ditemani oleh Abu Bakar. Apakah kita merasa begitu hebat hingga menafikan pertolongan sahabat di kala susah ? Oleh itu, Islam telah menggariskan cara yang tepat untuk mengikat tali persahabatan. Banyak ayat Al Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. yang telah menjelaskan hakikat persahabatan yang sebenar. Antaranya Surah Ali Imran, ayat 103 :

Berpegang teguhlah dengan tali Allah bersama-sama dan jangan kamu berpecah-belah.

Ayat ini dengan tegas meletakkan asas persahabatan yang sebenar menurut Islam, iaitu berpegang teguh kepada hukum Allah.

Persahabatan yang dibuat atas dasar lain seperti kepentingan diri, ekonomi, ketenteraan dan lain-lain tidak diterima oleh Islam. Islam menuntut supaya bersahabat dengan sama-sama menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangan Nya. Firman Allah :

Bertolong bantulah dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, jangan bertolong Bantu dalam kejahatan dan kemungkaran.

Sahabat ada dua jenis, satu yang membawa kebaikan dan satu lagi membawa kejahatan. Sebab itu Rasulullah S.A.W. berpesan melalui sabdanya :

Seseorang itu atas perjalanan agama rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi sahabat.

Sahabat yang baik amal taqwanya akan mempengaruhi kita ke arah kebaikan, secara langsung atau tidak. Begitu juga sahabat yang rosak iman dan amalan syariatnya akan menjerumuskan kita ke arah kejahatan. Allah berfirman dalam surah An Najm :

Maka berpalinglah engkau dari orang yang tidak mempedulikan peringatan Kami, dan ia hanya inginkan kehidupan dunia semata-mata.

Sahabat yang baik membawa hati kita dekat kepada Allah. Melihat wajahnya menguatkan agama. Mendengar nasihat dan kata-katanya menyejukkan hati.

Saidina Ali berkata :

Sahabat yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping mu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan diri mu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan mu. Sanggup mengorbankan segala-galanya demi kepentingan mu

Allah mengutuk orang yang mengkhianati persahabatan. Sabda Rasulullah S.A.W.

Sesungguhnya orang yang amat dicintai Allah ialah orang yang mudah bermesra-mesra dan senang dimesrai. Dan sesungguhnya orang yang amat dibenci Allah ialah orang yang suka menaburkan fitnah dan suka memecah belahkan sesama saudara.

Inilah tuntutan persahabatan, yang jika kita dapat memenuhi tuntutan itu, bukan sahaja sahabat kita dapat manfaat bahkan manfaatnya akan melimpah ke seluruh manusia. Bukankah dunia telah mendapat manfaat dari persahabatan antara Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar ? Itulah erti dan pengaruh persahabatan dalam Islam. Wallahu a’lam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home